webnovel

Cinderella seorang Putera

Tác giả: TheWhiteButterfly
Thiếu niên
Hoàn thành · 228.4K Lượt xem
  • 33 ch
    Nội dung
  • 4.8
    15 số lượng người đọc
  • NO.200+
    HỖ TRỢ
Tóm tắt

Orange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampukah dia melepaskan diri daripada si putera atau The devil? Mampukah dia merealisasikan impian untuk bersama lelaki idamannya.

Thẻ
1 thẻ
Chapter 1Bab 1 : New Year

31 disember 2017. Esoknya 01 Januari 2018. Beberapa hari lagi hari persekolahan akan bermula. Bermulanya hari-hari yang memerlukan mereka yang masih bersekolah bangun awal dan dihujani dengan kerja-kerja sekolah dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir dia bergelar seorang pelajar Pra-U. Betapa cepatnya masa berlalu.

Orange menggeliat malas di katilnya. Selimut tebalnya itu ditarik hingga hanya matanya yang tidak diliputi selimut. Dia sepertinya tidak mahu kalendar itu bertukar kerana dia bahagia berada di rumah. Bangun.Makan.Baca novel.Tidur. Menonton rancangan kegemarannya. Heaven. Orange memejamkan matanya kemudian menarik nafas dalam-dalam.

Dia kemudiannya terkial-kial seketika mencari telefon bimbitnya. Semalam dia menonton Runningman sehingga terlelap dan dia sendiri kurang pasti keberadaan telefon bimbitnya itu kini. Dalam kekalutan itu, dia masih tidak berganjak dari baringnya. Hanya tangannya yang memainkan peranan penting dalam menjejaki keberadaan telefon bimbit kesayangannya itu.

Setelah beberapa minit mencari akhirnya dia berjaya mencapainya di sebalik timbunan patung doraemonnya. Dia menarik nafas panjang. Penat sendiri. Matanya terkebil-kebil melihat skrin telefonnya memaparkan 25 panggilan tidak berjawab. Pantas jari jemarinya mencari gerangan siapakah itu.

CORINA

Orange tersenyum sendiri. Rupanya teman baiknya itu. Teman baik aka sepupu kesayangannya aka satu-satunya bff nya sejak dari bangku tadika sehingga kini atau pendek kata, boleh dikatakan sebagai satu-satunya sahabat yang pernah dia ada. Till jannah.

what happen? Sorry, tertido semalam. My oppa watching me till pagi. He he he

Ringkas mesejnya. Dia tahu mesti ada sesuatu yang berlaku. Ini bukan kali pertama dan bukan juga luar biasa berlaku. Dalam seminggu semestinya perkara tersebut akan berlaku beberapa kali.

Minggu lalu, dia bergaduh dengan teman lelakinya dan menelefon dirinya pada jam3.00 pagi. Kemudian selang beberapa hari, sekali lagi dia menelefonnya pada jam2.00 pagi kerana teman lelakinya cemburu dengan pos-posnya di ig dan mengugut untuk meminta putus dan seperti hari-hari yang sebelumnya semuanya berkaitan dengan teman lelakinya.

Kalaulah dia menjadi Corina memang sudah lama dia tinggalkan lelaki tersebut. Menyusahkan hidup sahaja. Harap muka sahaja hensem tapi perangai hampeh. Kalaulah dia Corina, dia masih boleh mencari lelaki yang lebih kacak dan baik berbanding Hans. Kalaulah dia Corina...

Orange menarik nafas dalam-dalam. Malangnya, dia bukan Corina dan jauh sekali akan menjadi seperti Corina walaupun dalam kehidupan akan datang. Dia hanya Orange dan sentiasa Orange. Gadis yang tidak pernah disedari kewujudannya oleh sesiapa pun apabila dia berada di luar. Dia seakan bayang-bayang Corina yang tidak akan pernah disedari sesiapapun. Orange sedih memikirkan dirinya sendiri. Corina si gadis popular di sekolah sejak dari bangku tadika dan disenangi ramai, mempunyai ramai peminat yang disayangi guru-guru dan saudara-mara. Orange? Si gadis pendiam, penuh misteri, tidak mempunyai sahabat kecuali Corina, tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti sekolah kecuali pdp, malahan guru-guru juga tidak mengenali namanya. Hanya si 'pelik'. Iya,itulah namanya yang dikenali iaitu si Pelik. Jauh sekali mempunyai teman lelaki. Kirim salam dari jauh.

Bạn cũng có thể thích

ALEEZA LUNA:waiting for the prince (Malay)

Gadis misteri bernama Aleeza luna yang suka mengigati dendam baginya maaf tidak cukup pasti perlu dengan perbuatan. Gadis itu di benci satu kelas kerana dia merupakan anak yatim dari rumah anak yatim yang berhutang banyak. Tiba-tiba jejaka bernama Prince Rigel Avan pindah ke situ. Jejaka itu bukan sebarang orang dia merupakan pewaris harta jika tiada harta sahaja sudah kaya dan berkuasa apa lagi jika sudah mewarisi harta. Ada satu rumor yang mengatakan jika mahu menjadi isteri kepada Prince Rigel Avan mereka perlu membuat seorang perempuan bunuh diri dengan membuli perempuan itu sampai bunuh diri. Hanya seorang sahaja yang berhati tisu dan tidak berguna ya betul wanita itu adalah Aleeza luna sekarang semua telah membuli gadis itu. Tapi yang paling membuatkan gadis itu terkesan apa bila seorang wanita popular mengupah seorang lelaki untuk membulinya sampai separuh mati. Lelaki itu adalah Adrean Darian lelaki yang membuli beribu-ribu wanita sampai memilih untuk mati. Wanita popular yang mengupah Adrean Darian adalah Nissa aisy dari luaran saja yang lembut tapi hati sungguh hitam dan busuk Tidak lupa MISTERI Aleeza luna misteri ada sahaja sesuatu rahsia yang di rahsia kan gadis itu. Apakah rahsia gadis itu? Adakah dia dapat bertahan? SIAPAKAH HANTU PUTERA ITU? 'Sepatutnya aku dibuli bukan jadi pembantu' ______________________ START:13/MAC/2022 END:______ WATTPAD STORY MANIS_GULA_GULA: 4 SERIES ADGRE:1 ______________________ ⚠️Tiada kaitan dengan cerita sebenar ⚠️ ❎No plagiat ⚠️Bullies ⚠️Mengandungi Ayat kasar

Manis_gula_gula · Thiếu niên
Không đủ số lượng người đọc
9 Chs

số lượng người đọc

  • Đánh giá xếp hạng tổng thể
  • Chất lượng bài viết
  • Cập nhật độ ổn định
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới
Các đánh giá
đã thích
Mới nhất

HỖ TRỢ