webnovel

Chapter 14

Pagi itu mereka dikejutkan dengan kedatangan wakil Kim clan dan wakil Yeo clan yang pergi ke kediaman rahsia milik keluarga Moon , datang bersama dengan pengawal istana membawa scroll utusan dari Bendahara Kim yang merupakan wakil pemerintah ketika itu,

keadaan di luar kelihatan agak tegang setelah Leedo dan Xion mula menghalang mereka untuk masuk ke dalam,Min yang terjaga kerana terdengar bunyi Leedo seakan berbalah dengan seseorang lalu mengintip di celah jendela biliknya,

"Haish, ni mesti si ketot tu cakap aku di sini kan? sampai wakil Kim Clan dan yeo Clan datang ke sini?" Min yang masih berbaju tidur itu hanya mengunakan ala-ala cardigan bahagian luar baju hanbok dengan wajah mengantuknya menyapa para bendahara dan pengawal segala utusan yang datang menjemputnya,

"Your highness, ni scroll yang perlu tuanku tanda tangani" Pengawal istana memberi Leedo scroll utusan itu lalu memberinya kepada Min,

'Jadi perkahwinan tu bulan depan, aku tak sedarkan diri hampir seminggu jadi aku ada lebih kurang 2-3 minggu je lagi, haish,'

'apa boleh buat aku terpaksa lah 'pura-pura' menerima tawaran mereka, lagi pun aku tak sanggup nak tengok kerajaan ni musnah seperti mana yang aku nampak dalam mimpi tu,'

'tak tu bukan mimpi, aku yakin tu sebuah ramalan,'

'aku tahu, yang Youngjo akan jadi pemerintah seterusnya setelah kepergian aku,'

'tapi,macam mana aku mati?'

"Min! kau ni tak bincang dengan aku pun tentang persetujuan tu!" Seoho menerjah masuk ke bilik, sepertinya berita keberangkatannya bersama pihak istana itu telah sampai ke telinganya,

"Sepertinya kau dah tahu lebih awal, Seoho-shii, kau tahu kan walau apa pun jalan yang aku pilih, aku tetap kembali ke istana,"

"Min-ahh, kau..." Seoho menahan Min, lengan Min di pegang perlahan,

"Jangan risau, kau pun tahu, aku masih seorang puteri, aku boleh uruskan," Min tersenyum lalu keluar dari biliknya,

Seoho memandang langkah Min yang sudah masuk ke peladin yang akan dibawa ke istana, Min sepertinya lebih selesa menunggang kuda mahupun naik pedati, mungkin sebab dirinya sukakan kebebasan,

'tak kan kau nak mengalah macam tu je kan Min?...'

Sesampai di istana, ketibaannya disambut oleh Hwanwoong bersama bendahara Kim, Disebabkan Min terpaksa play along dengan rancangan mereka, Min pun menyambut huluran tangan Hwanwoong, Min sengaja mengengam tangan hwanwoong dengan Kuat ditambah dengan jelingan mautnya

"Chagiya, selamat kembali" Hwanwoong tersenyum manis kepada Min, dan Min memijak kaki Hwanwoong dengan sengaja, namun disebabkan dirinya terpaksa 'berlakon' jadi Min pun tersenyum manis walaupun itu hanya fake smile yang diberikan.

'Sabar min sabar, eeee'

Jadual Min sungguh padat setelah kembali ke istana, biliknya turut diubah suai, katil single itu di tukar kepada size yang lagi besar, segala decoration pun ditukar, wallpaper bilik dan langsir pun di tukar ke baru, masalahnya kenapa kebanyakan decoration dia berwarna pink?

'Aku belum lagi kahwin,'

'dah kenapa lah awal-awal tukar katil tu, haish, meja pun ditukar almari ditukar, haish nasib lah segala penyamaran aku dah pindahkan ke Jasmine Palace kalau tak kantoi lah aku ada koleksi baju-baju namja dari pelbagai daerah,'

'kang tak pasal-pasal keluar berita scandal yang aku ada simpan anak ikan, kan naya hidup aku, haish di masa depan pun wujud makcik bawang di masa lalu sudah tentu wujud juga,'

'Dan lagi satu, kenapa..kenapa mesti warna pink!!! euw tak suka lah..haish...ni mesti kerja si ketot tu..'

Min duduk berhadapan dengan Hwanwoong di taman peribadinya di dalam Daisy palace,menikmati minum petang bersama, tidak jauh dari kawasan mereka berdua ada beberapa dayang dan pengawal istana memerhati , sepertinya mereka dihantar oleh Bendahara Kim,

"Bosan" Min tanpa basa basi mengatakan minum petang itu sungguh bosan,

"Hey, aku tahu kau pura-pura suka kan aku, "

"Tsk, suka kau? pura-pura? aku hanya ikut permainan korang je," Min mula membuat muka disgustednya itu,

"Tsk, aku tahu kenapa kau bersetuju, sebab kau dah tak ada pilihan lain" Hwanwoong mula memandangnya dengan pandangan membaranya

"Hey ketot, dengar sini, aku tak akan kahwin dengan kau, aku balik istana sebab aku tak nak kerajaan aku di pegang oleh orang macam kau, dah lah talam, dua muka lagi tu, puii" Min meludah ke lantai dan berlalu pergi

"Yah! apa kau cakap!!" Hwanwoong bangun memandang kepergian Min itu membuatnya mengengam penumbuknya,

Dari jauh kelihatan seperti Min mengejeknya siap dengan tarian mengusiknya membuat Hwanwoong pergi dari taman itu dengan perasaan tak puas hati.

"Haish, tak kan lah aku hari-hari kena hadap muka dia! haish daripada tengok muka dia baik tengok muka diri aku sendiri" Min mula mengeluarkan cermin,

"Ahh aku lebih suka wajah aku yg menyamar jadi Mujin, aku dah tak boleh keluar istana...huhuhu, mereput lah jawabnya" Min mengeluh lalu terduduk di jalan menuju ke Nightfall Palace itu, kelihatannya, Xion sedang memetik beberapa tanaman di kawasan tersebut.

"Xion nak buat apa? kenapa dia perlukan daun lemon?" Untuk pertama kalinya Min menjejaki kaki ke kawasan timur istana, selama ini kawasan timur istana merupakan kawasan larangan kerana terletakkanya Rose Palace yang turut berada di bahagian timur,

namun disebabkan bendahara Kim meletakkan Hwanwoong di Lilac palace yang berada di timur istana membuatkan kawasan timur istana sudah boleh dilawat dan bukannya dilarang termasuk lah Rose palace yang dipenuhi bunga ros itu.

"ahh aira-nui.." Xion menyambut kedatangan Min dengan senyuman manisnya, sepertinya Xion lebih nampak kacak dengan gaya rambut pendek berbanding rambut panjangnya, sepertinya dirinya betul-betul berkhasrat untuk menutup Moon Palace,

"Xion-ahh, nak buat apa dengan daun-daun lemon ni?" dari apa yang Min lihat sepertinya Xion ingin membuat lipbalm,

"Cuba nui hidu, okay tak bau dia?" Min menghidunya sepertinya ada yang kurang, Min mengeluarkan sesuatu dari pouchnya,

"Ni kan..."

"Lemon extract, kalau guna daun dia je tak cukup," Min meletakkan 2 titik extract tersebut dalam campuran pelembap bibir tersebut. Min turut memberi Xion beberapa extract wangian yang lain,

"sebenarnya xion dah berfikir nak berhenti jadi penghibur, dan jaga nui.."

"Aniya...tu kan satu-satunya harta peninggalan keluarga kamu, kamu masih boleh jadi penari dan penyanyi walaupun berpakaian lelaki" Min tahu bahawa tak mungkin wujudnya ada lelaki yang menyanyi dan menari pada zaman tersebut, lelaki selalunya yang bermain alat muzik , sedangkan yang wanita pula menari dan menyanyi di pentas,

"Tapi..."

"Kadang-kadang, lakukan perubahan tu bukan sesuatu yang salah, percaya pada diri sendiri, nui tahu xion pasti boleh lakukan," Min tersenyum dan mengengam perlahan jari jemari Xion, seketika Min mengalami dejavu melihat Xion menangis di hadapannya,

Agak lama Min di Nightfall, sepertinya sudah gelap di luar dan tak sedar bahwa dirinya tertidur setelah mereka berdua sama-sama mengunakan mask tersebut untuk facial terapi petang tadi,

'Tsk, kau boleh pula tertidur di sini, Min ahh...aku tak pasti apa yang kau fikirkan'

Kehadiran Youngjo membuat Min tersedar, kawasan bilik dipenuhi dengan wangian bunga ros yang bercampur dengan haruman aromatherapy yang dia buat petang tadi.

"Ahh, youngjo ahh, kenapa..." belum sempat Min menghabiskan ayatnya, Youngjo terlebih dahulu menyampuk,

"Kau patut balik, tak manis di pandang kalau kau berada disini" Min seakan tak terkata dengan apa yang dia dengar,

"Youngjo-ahh.." Min menarik perlahan lengan baju Youngjo,

"Pergi balik, sebelum para pengawal sedar yang kau tak ada di dalam Daisy palace, Yeo clan dah tetapkan yang kau tak boleh keluar dari kawasan Daisy palace, dan hanya Hwanwoong je yang boleh berjumpa dengan kau" Melihat wajah Min yang seakan tak percaya, Youngjo faham yang Min perlukan masa untuk terima hakikat yang dirinya akan berkahwin tak lama lagi.

"Apa ...apa yang kau merepek ni..." Min hampir tergelak mendengarkannya seolah-olah air wajahnya mengatakan 'hanya hwanwoong?'

"Kau dah tak boleh jumpa Night Raven dengan bebas..Night raven hanya sebagai pengawal pribadi kau, tapi aku.."

"Aku hanya mampu tengok kau dari jauh..."

Youngjo menunduk wajahnya, sepertinya youngjo perlukan masa bersendirian, mungkin keputusan Min kembali ke istana merupakan keputusan yang salah, ya, sudah lah tidak berbincang dengan yang lain, boleh pula buat keputusan terburu-buru,

"Youngjo-ahh" Min memegang perlahan bahu Youngjo yang duduk di bangku hadapannya,

"Balik, pergi balik ke kediaman kau, aku tak nak pula dengar khabar angin tak baik tentang kau" Youngjo mula bersikap dingin dengannya,

"Youngjo-ahh" Min mengeluh perlahan dan meminta diri untuk pulang.. entah mengapa langkahnya berat, perasaannya mula bercampur baur ketika itu,

"Kau..tak nak halang ke...keputusan aku..macam selalu kau buat?" walaupun perlahan namun Youngjo tetap mampu mendengarkannya,

"Kau dah jadi milik orang lain setelah kau setuju untuk balik ke istana, kau betul-betul tak bincang pun dengan aku"

Min sudah tidak merasakan kehadiran Youngjo lagi dan menoleh kebelakangnya, kelihatannya Youngjo sudah pergi seperti biasa umpama angin yang menghempus perlahan,

Min keluar dari perkarangan Night fall, apa yang Xion katakan sebentar tadi mula membuat Min memperlahankan langkahnya,

"Nui..betul ke Nui akan berkahwin dengan Hwanwoong..Nui...kenapa? Nui..." Xion menahan langkah Min, melihat wajah Xion ketika itu, Min rasa sebak, berat langkahnya ingin melangkah pergi,

"Ani..."

"Nui..nui tak nak ke lari? kalau Nui lari selamatkan diri kitaorg akan ikut nui dari belakang,"

"Xion-ahh...nui tak boleh terusan melarikan diri..." itu lah apa yang Min katakan, melihat dari reaksi yang Xion berikan sepertinya dirinya inginkan Min bebas dari situ,

"Nui, walau apa pun yang terjadi, kalau nui ada peluang untuk selamatkan diri, larikan diri sejauh mungkin dan jangan sesekali toleh belakang"

"Wae...? kenapa xion cakap macam ni?"

"Xion dah jumpa keluarga, nui..dah jadi keluarga Xion, xion nak...jaga nui..." Senyuman Xion membuat Min rasa serba salah, Min nak selamatkan semua orang tapi, dia tak boleh nak selamatkan dirinya sendiri,

"Xion-ahh.. mianhae.." itu sahaja yang keluar dari bibirnya, Min sebenarnya ingin mengatakan rancangannya kepada Xion, memandangkan Xion merupakan ahli keluarganya juga, namun hasratnya terbantut setelah teringat pesanan Seoho terhadapnya mengenai spy yang Yeo clan letakkan di dalam istana,

Sepanjang perjalanan ke Daisy Palace, hatinya terasa retak seribu, sepertinya harapan nak letakkan Youngjo diatas tahta perlahan musnah, dia mula melangkah perlahan, kakinya sepertinya lemah dan akhirnya Min tertuduk di tanah, air matanya perlahan membasahi pipinya,

Langit yang tadi cerah dengan cahaya bulan perlahan-lahan bertukar kepada mendung berawan dan hujan pun mula turun dengan lebatnya,

Min merasakan dirinya terlindungi dengan payung lalu mendongak dan melihat, Keonhee datang dengan payung, memayunginya agar tak kesejukan dek terkena air hujan,

"Kenapa kau menangis di sini, kajja" Keonhee menghulurkan tangannya, Min seketika teragak-agak untuk menyambut huluran itu,

Keonhee menarik lengan Min dan memautnya perlahan, Melihat butiaran mutiara yang tersisa, Keonhee mengesat perlahan air matanya,

Sentuhan jari jemari Keonhee membuat Min rasa terharu, dia tak faham dengan apa yang dia rasakan ketika itu, namun jauh nun sudut di hatinya, dia ingin hidup dengan lebih lama lagi, banyak lagi yang dia ingin luahkan, namun apa kan daya hanya mampu terpahat di dalam hati,

"Kalau kau ada apa-apa nak cakap, aku akan sentiasa jadi pendengar setia," entah mengapa Min mula rasa sedih ketika itu lalu membuatnya mula menangis lagi,tangisan itu mula begema perlahan di kawasan tersebut, ditemani oleh hujan malam yang menangisi nasib malangnya,

"Kalau nak nangis, nangis lah sepuas hati kau, aku akan ada di sisi kau.." Min akhirnya menangis teresak-esak di dalam dakapan Keonhee,

Seketika itu, hujan pun mula berhenti, Min berjalan perlahan di belakang Keonhee, mereka tiba di kawasan taman tasik istana, kunang-kunang mula kelihatan dengan indahnya di jambatan tersebut membuat Min mengingati kenangan dirinya bersama Keonhee ketika itu,

Setiap langkah yang Keonhee ambil, Min ikuti perlahan di belakangnya, Keonhee berhenti, Min pun akan berhenti, Keonhee melangkah dua kali, min pun akan turut melangkah,

"Kau..akan kahwin dengan Hwanwoong?" Keonhee yang berhenti tiba-tiba itu membuat Min hampir tersembamkan wajahnya di belakang Keonhee,

"Aku..." Keonhee membalikkan wajahnya untuk memandang Min ketika itu, Wajah yang selama ini dia tatap itu, yang selama ini terpahat di mindanya , mula memilih jalan untuk bersama dengan kawan baiknya sendiri,

"Aira-ahh...kau...patut tanya diri kau..apa sebernanya yang kau inginkan.. aku tahu kau cuba lawan takdir kau..tapi...tak semua takdir boleh diubah.."

"Kau.."

"Gunmin hyung yang cakap.. kau..dapat lihat ramalan sama macam hyung..kan?" Min mengeluh perlahan dan tersenyum kelat..

"Aniya..aku tak rasa itu adalah sebuah ramalan, aku pernah cakap kan, yang aku bukan Haemin..tapi Min yang hidup di dunia lain, dan.. tak pernah ada dalam sejarah mengenai apa yang berlaku di pertengahan bertukaran zaman goryeo dan zaman joseon, dan aku syak..ada sesuatu yang terjadi di kerajaan ni..aku yakin itu sebab keputusan yang Puteri ni buat.. jadi..aku nak ubah dan selamatkan korang, aku yakin ada sebab kenapa aku ada di sini.."

"kau patut selamatkan diri kau dulu sebelum orang lain, kau tak patut buat keputusan terburu-buru macam ni.." Keonhee menghalang rancangan Min, dia faham apa yang Min maksudkan, sudah pasti Seoho mengatakan rancangan Min kepada Keonhee,

"Keonhee-ahh..aku setuju dengan rancangan Kim Clan, sebab nak selamat kan korang, identiti Night Raven bila-bila je akan diketahui,"

" lagi satu pasal Hwanwoong.. aku tahu kau dengan dia kawan baik, tapi Hwanwoong ada rancangan lain, aku tak boleh benarkan kerajaan aku musnah hanya kerana campur tangan Kim Clan dan Yeo Clan" Keonhee mengengam bahu Min perlahan, memandangnya dengan pandangan yang serious, wajah yang di hadapannya itu di tatap dengan penuh makna,

"Aira-ahh..jangan teruskan rancangan kau nak kahwin dengan Hwanwoong, kau tahu kan mereka akan bunuh kau juga nanti!"

Keonhee tahu, untuk Hwanwoong naik tahta dan jadi pemerintah bukan sahaja perlukan persetujuan dan perkahwinan, puteri tu terpaksa dibunuh atau mati baru mereka boleh jadikan Hwanwoong sebagai raja yang baru,

"Keonhee-ahh... kalau aku lari..sama je aku akan dibunuh, jadi aku.." belum sempat Min menghabiskan kata-katanya, beberapa pengawal istana dengan Hwanwoong tiba di taman tersebut.

"Wahh...wahhh..wahh.. aku dah agak dah kau mesti jumpa dia" Hwanwoong memberi signal untuk menarik Min keluar dari situ.

"Tuan Muda Lee, kau patut jaga batasan pergaulan kau dengan tunang aku" Min terus menjeling Hwanwoong yang mula memanggil Min 'tunang'nya,

"Sejak bila kau bertunang dengan dia?" Keonhee seperti hilang sabar, ingin saja dia menarik Min ketika itu dan lari bersamanya, namun dia tahu itu hanya akan mengeruhkan keadaan,

"Sejak dia jejakan kaki kembali ke istana, dia adalah tunang aku, kau..kalau aku nampak kau bersama dengan Min lagi, aku tak teragak-agak penjarakan kau, kau tahu lah nasib kau nanti!" Hwanwoong berlalu pergi dengan Min yang diarahkan untuk mengikuti mereka.

'Aku akan selamatkan kau min, aku janji'

Min mula dikurung dalam biliknya, Daisy palace mula di kawal ketat, Min tidak boleh keluar dari kediamannya tanpa pas kebenaran dari Hwanwoong, dan tiada siapa boleh melawat Min termasuk lah Hyekyo dan Rena, hanya Hwanwoong sahaja boleh melawatnya,

Min melemparkan gelasnya ke pintu setelah mendengarkan dirinya akan dikurung sehingga majlis perkahwinannya tiba dalam masa 2 minggu lagi,

'Tsk, tak guna kau Hwanwoong, kau betul-betul talam dua muka, aku patutnya dah agak dah kau adalah calon pilihan Kim Clan dari awal, kalau tahu aku biar kan je kau lemas di tasik tu, ani aku tak patut tolong kau semasa kau kena kejar dengan penduduk kampung haish..'

'tu lah kau Min terlalu baik, padan muka kau..hah..'

'Tak guna betul lah, rancangan aku betul-betul gagal, play along kononnya, then terjebak dalam bilik ni, haish, dah lah aku tak berjaya nak guna teleport, ahh maksud aku tenaga chi aku lemah sangat, haish, ni mesti sebab kertas azimat tu dah ditampal di luar bilik aku buatkan tenaga chi aku tak balance macam selalu,'

'atau mungkin Youngjo tak ada berdekatan?'

"agaknya apa jadi kat Keonhee malam tadi, hah..aku betul-betul rasa bersalah pula, tak boleh lah, bila tengok je muka dia aku rasa nak nangis..hah..apa kena dengan aku ni..dah macam aku dengan Keonhee couple then, aku terjebak dengan perkahwinan paksa oleh keluarga aku.. then Keonhee nak ajak aku lari? ingat ni drama ke ape? "

Min hanya baring seharian di katilnya itu sambil memakan buah strawberry yang dihidangkan dengannya, Tiba-tiba Min merasakan dadanya seakan-akan seperti tertusuk jarum yang tajam berkali kali, Min terbatuk darah lagi sekali tapi kali ni rasa sakit itu sangat perit, seluruh tubuhnya mula mengeletar melihat darah yang ada di tangannya,

Dayang istana yang masuk ke biliknya terkejut melihat Min yang terbatukkan darah itu lalu menjerit meminta tolong, kebetulan Seoho yang melalui kawasan itu mula merasakan tenaga chi Min yang lemah lalu terus berlari masuk ke dalam Daisy palace tanpa ada yang perasan kehadiran Seoho itu,

Seoho mula menggunakan teknik ilusinya untuk masuk ke dalam Daisy palace dan membawa Min pergi dari situ,

Hwanwoong menerjah masuk ke bilik, namun Min sudah pun tiada di situ membuatnya marah lalu mengarahkan pengawal untuk mencari Min,

"Arahkan pengawal untuk mencari Puteri Haemin! kalau gagal jumpa dia, tahu lah nasib kamu semua!" Hwanwoong tahu kehilangan Min ketika itu disebabkan ada tikus yang menyelinap masuk secara tak terlihat dalam kawasan Daisy palace,

'Kalau bukan Keonhee, mesti kau kan Seoho hyung..hanya korang berdua je mampu guna teknik ilusi yang tak mampu dikesan,'

"Adik beradik Lee tu betul-betul menyusahkan aku, suka nak sibuk hal orang" Hwanwoong meninggalkan Daisy palace dan pergi ke Crown Hall untuk membuat pengumuman tentang kehilangan Min dan hukuman kepada dayang yang memberikan Min Strawberry tersebut.

Namun apa yang berlaku sebenarnya, adalah disebabkan sesuatu telah berlaku dengan elixir di tubuh Min membuatkan Min terbatuk darah,

namun pada masa yang sama di dalam strawberry tersebut turut mempunyai racun yang membuat sesiapa sahaja yang memakannya akan diserang penyakit jantung dan lalu mati, namun strawberry tersebut belum disentuh oleh Min,

Seoho membawa Min ke kediaman rahsia milik keluarga Lee, Sun Palace, nama kawasan kediaman rahsia itu dinamakan Sun palace disebabkan ketika matahari terbit, kawasan itu dahulu yang akan di terangi oleh cahaya mentari,

"Tuan Besar,"

"Tolong bawa uisa(doktor) ke sini ahh bukan..panggilkan Cik Rena dan Cik Hyekyo, pastikan kamu gunakan kod yang sya ajar tu" para pembantu rumahnya mengangguk perlahan,

Sementara menunggu ketibaan mereka, Seoho mengelap perlahan wajah Min, sepertinya Min mengalami demam panas, mungkin sebab Elixir tersebut mula bertindak balas dengan sesuatu, atau mungkin disebabkan elixir itu semakin memakan diri Min sendiri,

Pada masa yang sama, Youngjo turut merasakan sakit di dadanya, Melihat Seoho pergi bersama Min di dalam dakapannya membuat Youngjo turut mengejar mereka namun tenaga chinya kelihatan bercelaru membuatnya pengsan di tengah jalan semasa mengejar Seoho,

Namun nasibnya baik pembantu-pembantu Seoho menjumpai Youngjo dalam perjalanan balik ke Kediaman tersebut,

Rena memeriksa keadaan Min, nadinya lemah dan tindak balas dari elixir pun lemah, begitu juga dengan Youngjo yang masih belum sedarkan diri,

Rena mula berbincang dengan Seoho mengenai elixir tersebut.

"Aku rasa, elixir di tubuh Youngjo mula memakan tenaga dari elixir di tubuh Min, tenaga chi dalam badan mereka berkurang sebab kertas azimat di dalam bilik Min tu, bukan tu je, Min sepertinya pernah coba mengeluarkan elixir tu dengan paksa" Seoho mengangguk faham dan melirik perlahan ke arah Min yang baring di katil itu,

"Ni mesti sebab dia cederakan diri dia hari tu?" Rena mengangguk perlahan, jadi kalau Min cedera mahupun dicederakan, elixir itu akan musnah mahupun terkeluar dari badan Min, tapi kalau elixir itu masih bertahan ianya akan memberi side effect kepada Min, macam batuk teruk mahupun sakit dada,

"Kau tahu kan takdir mereka terikat sebab elixir tu?" ujar Seoho perlahan, Rena tak pernah tahu bahawa elixir itu mampu terikatkan takdir seseorang,

"Kalau kau tenangkan fikiran kau, kau mungkin nampak benang yang tersimpul tapi cuba kau tengok di salah jari Min benangnya terputus tak ada hujungnya, itu sebab Min... ahh lupakan je lah..." Seoho tak menghabiskan ayatnya, kalau dia cakap tentang diri Min bukan Puteri yang sebenar mungkin orang akan berfikir bahawa dirinya tidak waras,

"Youngjo memang ditakdirkan untuk naik tahta, Min tahu tentang tu, dia tahu kedua-dua pilihan membawa ke arah kematian,"

"Apa maksud kau.." Rena seperti tidak percaya dengan apa yang Seoho katakan,

"Dia akan mati..di hari perkahwinanya nanti...sebab tu aku nak sangat bawa dia lari, tapi kau pun tahu sekali dia buat keputusan, kita dah tak mampu nak halang dia" bagaikan masa terhenti seketika, Rena seakan kaku mendengarkannya,

"yah...apa yang kau cakap ni..." Rena merasakan bahawa Seoho seperti begurau dengannya,

"Dia akan dibunuh semasa hari perkahwinan tu nanti.." Seperti yang sudah di nyatakan bukan sahaja diri Min yang bermimpi ramalan kerajaan tersebut musnah, Seoho pun turut mengalami mimpi yang sama setelah berjumpa dengan diri Min,

Rena mula berlari keluar dari kediaman keluarga Lee tersebut dengan tangisan menemaninya, dirinya masih tak mampu nak menerima hakikat bahawa keputusan Min itu membawa kepada kematian dirinya sendiri, dia tak mahu mendengarkan apa yang Seoho bahaskan,

'kenapa kau rahsiakan Min, aku ingat kita kawan???'

Para dayang yang menguruskan Daisy palace dimasukkan kedalam penjara dan akan dijatuhkan hukuman yang berat kerana kesalahan ingin membunuh kerabat diraja,

racun tersebut diletakkan oleh ahli suruhan Kim Clan, namun tak pasal-pasal orang yang tak bersalah pula yang terpaksa menanggung kesalahan, bahagian strawberry yang diracun sebenarnya terjatuh ke lantai Min hanya membiarkannya di situ, sudah tentu Min tahu bahawa Kim Clan sentiasa cari peluang untuk menumpaskannya,

Tidak lama kemudian, Youngjo mula tersedar dari lenanya dan memandang sekelilingnya, Youngjo pun keluar dari bilik dan melihat Seoho yang duduk di luar memandang kearah bulan, bulan yang bersinar terang itu kelihatan sungguh indah,

"Kau dah sedar?"

"Kenapa aku ada dekat rumah kau? kediaman rahsia lagi tu?" Youngjo melihat sekeliling dan terpandang tubuh yang masih berselimut rapi itu di dalam salah satu bilik,

"Kau pengsan semasa kejar aku, pembantu aku yang bawa kau balik, duduk lah ada benda aku nak cakapkan" Youngjo pun duduk di hadapan Seoho, air minuman dituang perlahan ke dalam cangkir Youngjo,

"Semasa kau cedera disebabkan panah beracun tu, Min selamatkan kau dengan Elixir bunga kematian yang dikatakan mampu mengembalikan kehidupan yang dah pergi dan setakat ni hanya korang berdua sahaja berjaya melakukan nya, " Youngjo hanya mendengar hujah yang Seoho katakan,

"Semasa Puteri Haemin masih belum menjadi puteri, dia diselamatkan oleh adik Leedo, Yoonmin semasa di kuil lama tu dengan elixir dari hayat Yoonmin sendiri, dan sebab tu mengapa diri Haemin nampak sangat muda"

"Dan puteri tu, aniya...Min selamatkan kau mengunakan elixir yang sama ramuan yang Yoonmin sediakan jadi, hidup kau dengan Min terkait bersama,"

"Dan..elixir ditubuh Min semakin lemah, bila-bila masa sahaja dia akan mati...dan dia dah pernah cederakan diri dia semata-mata nak selamatkan diri dia sendiri, jadi kau pilih lah, nak selamatkan diri kau sendiri ke nak selamatkan Min bersama aku"

Youngjo hanya tersenyum kelat mendengarkannya,

"Aku tak bodoh lah. tak merasakan elixir tersebut dalam badan aku, aku tahu bahawa keberadaan aku buatkan Min mampu gunakan tenaga chinya, tapi..sejak Min bersetuju untuk kembali ke istana, aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi.."

"Youngjo ahh!, Yah!" Youngjo mula pergi meninggalkan Seoho sendirian,

'Haish..Hyung ni, kalau kau tak selamatkan Min..siapa lagi yang mampu selamatkan dia..kalau bukan kau..'

Youngjo melangkah pergi dengan perlahan, agak berat untuk dirinya mempercayai kewujudan bunga kematian yang dikatakan hanya mitos itu betul-betul wujud dan Yoonmin lah yang menjumpainya bersama dengan Haemin,

Namun bagaimana Seoho tahu mengenai masa silam Haemin dan Yoonmin? Seperti yang dinyatakan, Seoho turut mengalami mimpi, sudah tentu semasa diri Min tak sedarkan diri sebelum ini, Seoho pun turut mengalami mimpi yang sama dengan Min membuatnya tahu bahawa Yoonmin masih hidup, dan dia menyelamatkan diri Haemin kerana terhutang budi.

Seoho juga tahu bahawa Min bukan berasal dari dunia ini mahupun zaman ini setelah mereka menyelamatkan diri Min yang sudah berada dalam tubuh puteri tersebut, bukan tu je, masa depan yang Seoho nampak, bukan lah seperti yang Min alami sebelum dia pergi ke zaman tersebut,

"Aku tahu...sebab pertemuan kita bukan hanya satu kebetulan, namun telah ditakdirkan"

To be continued

"Sebab pertemuan kita bukan hanya satu kebetulan, namun telah ditakdirkan" - quote of the year

knj_99creators' thoughts