webnovel

Saya Tak Menangis, Cuma Mata Masuk Habuk

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Paus Lapan berasa gerun dengan Song Shuhang dan dia hanya mampu termenung kosong.

Tetapi selepas dua nafas, dia akhirnya faham apa yang sedang berlaku selepas melihat cacah Adik-beradik Lelabu pada lengan Song Shuhang tidak melakukan apa-apa selain daripada memancarkan cahaya merah.

"Tak guna, kau bodohkan aku!" Paus Lapan mengamuk kerana malu selepas diperbodohkan.

Pada luarannya, Paus Lapan tampak biasa dan jujur, tetapi sebenarnya dia seorang yang bersifat sangat teliti dan berbahaya.

Pada awal tadi, semasa dia bertarung dengan Jerung Sembilan, Song Shuhang dengan santai mengeluarkan azimat pedang dan mengalahkannya, kemudian dia mengeluarkan satu lagi azimat Tahap Tiga. Bukan itu sahaja, dia juga telah menggunakan teknik Tahap Dua iaitu Pedang Berapi padahal dia seorang pertapa Tahap Satu. Selepas itu, Shuhang bertindak menunjuk-nunjuk lengannya yang berotot untuk menakut-nakutkan Paus Lapan dan dia berjaya melakukannya.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com