Pada malam itu, Gao Moumou berjaya menulis lebih daripada 50,000 karakter hanya dengan sekali jalan sahaja, terima kasih kepada kuasa alkohol itu.
Perlu diingat yang apabila Yu Jiaojiao menguncinya di dalam bilik gelap kecil itu beberapa hari lalu, Gao Moumou hanya boleh menulis sebanyak 30,000 hingga 40,000 karakter dalam masa sehari jika dia di bawah pengaruh Cecair Ubatan Tenaga, Teh Hijau Rohani... juga di bawah kekuatan fizikal dan mental daripada cecair penguat badan.
Namun sekarang, Gao Moumou telah menaip di papan kekunci dengan kelajuan petir dan mampu menulis karakter yang sepatutnya ditulis dalam masa dua hari hanya dalam satu malam sahaja! Jika bukan kerana dia berasa pening kemudiannya, dia boleh terus menulis lebih banyak lagi!
Apa-apa pun, dia masih mampu menulis lebih daripada 50,000 karakter akhirnya.
Oh ya, apa riak wajah Yu Jiaojiao setelah mendapat tahu yang Gao Moumou telah menulis 50,000 karakter ketika dia sedang tidur?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com