webnovel

Inikah Sikap Gadis Zaman Ini?

Editor: EndlessFantasy Translation

Song Shuhang pada mulanya ingin mengambil kepala budak jahat itu dan menggunakannya sebagai tukul.

Tetapi, jumlah berat di tangan membuatnya berasa seperti dia boleh menggoyangkan budak itu seperti batang kayu, dan memusingkannya seperti pengayuh kapal stim.

Patutkah dia cuba menghayun budak itu sekali?

Nasib baik, dia masih berfikiran rasional, dan memaksa dirinya menahan keinginan itu —ia terlalu memeranjatkan dan mungkin akan menakutkan budak kecil.

Sekarang, Song Shuhang sedang mengalami perasaan yang sama seperti Bulu Lembut yang menarik bagasi besarnya bersama-sama pada waktu itu. Beratus-ratus kilo mungkin akan sama dengan sekeping kertas?

Itu sangat menakutkan. Nasib baik, semasa Bulu Lembut menghendapnya pada malam sebelum itu, dia tidak membiarkan dirinya dikuasai naluri, kalau tidak... nanti, awak tahu bukan?

"Ahhh…" budak jahat yang berambut perang dipegang kepalanya dan dinaikkan ke udara terkejut.

Kedua-dua kakinya berlambaian dengan cemas, dan cuba untuk memijak lantai sementara satu pekikan teruk terkeluar dari mulutnya—sesiapa yang dipegang kepalanya dan dinaikkan ke udara mesti terkejut sampai terkencing.

Pada satu ketika, dia ingat dia sedang bermimpi—dia akan terbang pada siang hari!

Namun, macam mana budak jahat berambut perang itu bergelut pun, tangan yang memegang kepalanya seperti gelang besi, yang tidak bergerak seinci pun, dan dia yang sedang bergelut di udara seperti seekor ikan yang ditangkap dan digantung di udara, dan tidak kira berapa banyak dia bergelut, ia tidak berguna.

Kawannya pun berasa terugut dan tidak dapat menumpukan perhatian untuk masa yang lama sebelum menjawab.

"Pergi mampuslah kau! Kau ni siapa?" Beberapa budak jahat menjerit dengan kuat.

Walaupun mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengganggu pelajar seperti Song Shuhang yang kelihatan seperti dia boleh berlawan dengan baik, tetapi sebab orang lain sengaja datang dengan sendiri, mereka tidak akan membiarkannya begitu sahaja.

"Haramjadah. Sebelum cuba untuk menjadi hero dan selamatkan gadis cantik, baik kau pergi menilai diri dulu." Budak jahat di kiri dan kanannya sama-sama menyerangnya—seorang mengayun-ayunkan penumbuknya dan seorang lagi mengeluarkan baton getah.

Mereka berdua memakinya dengan berterusan untuk menguatkan perasaan ganas mereka. Ini merupakan gaya pertarungan budak jahat—menggunakan aura untuk menekan pihak lain dan berlawan dengan bilangan yang banyak. Jika mereka menjumpai pihak lawan yang lemah dan ergugat dengan aura mereka, apa yang terjadi selepas itu ialah berseronok sambil membelasah lelaki itu.

Namun, hari ini, cemuhan kedua-dua budak jahat itu hanya mampu meningkatkan keberanian mereka sahaja sebab Shuhang merupakan seorang yang mempunyai tenaga untuk mengangkat rambut-kuning dengan satu tangan! Ini menyebabkan hati mereka menggeletar dan jika mereka tidak meningkatkan momentum, kebarangkaliannya tangan mereka akan menjadi lembik dan tidak berani untuk bertindak.

"..." Selepas memberi "penghormatan" kepada seluruh keluarganya, wajah Song Shuhang menjadi tegang tanpa disedari. Dia memang seorang yang menyayangi keluarganya, sejak dari kecil lagi, dia sangat benci jika ada yang mencemuh ahli keluarganya.

"Inilah sebabnya kenapa saya tak suka orang seperti awak, mulut awak terlalu kotor, selalu mencemuh keluarga orang lain." Selepas bercakap, Song Shuhang menggunakan budak jahat yang berambut emas sebagai senjatanya sambil menumbuk lelaki yang memegang baton.

"Slam!" Kedua-dua badan mereka bertembung bersama dan tergolek ke tepi.

Disebabkan anginnya yang tidak baik, apabila membaling budak rambut emas itu, Song Shuhang menggunakan lima puluh peratus kekuatannya. Kuasa ini masih terlalu banyak untuk orang biasa.

Apabila budak rambut emas dan budak memegang baton berlanggar sesama sendiri, suara mengerang dan bunyi tulang patah kedengaran. Selepas itu, mereka mengerang kesakitan dan jatuh ke lantai. Kemungkinan besar, mereka tidak akan bangun dalam masa yang singkat..

Selepas itu, Song Shuhang mengangkat kakinya dan memberi tendangan secepat kilat ke arah budak jahat di sisi kanan pada bahagian sensitifnya.

Walaupun dia menyerang lebih lambat daripada budak jahat itu, tendangannya telah kena dahulu. Lagipun, kaki lebih panjang daripada tangan! Oleh itu, semasa bertarung, melancarkan tendangan lebih baik daripada tumbukan.

Telurnya terpecah…

Budak jahat di kanan mengerang dengan perlahan sambil memegang alat sulitnya dan menggelupur.. Air matanya mengalir seperti empangan pecah dan tidak dapat dikawal.

"Aiya... saya tidak mengawal kekuatan tendangan ini; Disebabkan kekuatan saya meningkat jangan-jangan telurnya sudah pecah?" Song Shuhang bergumam dengan perlahan.

Dalam sekelip mata, tiga daripada tujuh orang budak jahat sudah ditewaskan.

Tanpa disedari empat orang yang tertinggal menelan air liur mereka dan semangat mereka menurun sampai ke tahap pembekuan—mereka sudah lama berada di padang perlawanan dan berlawan merupakan perkara biasa bagi mereka. Oleh itu, mereka sedikit sebanyak telah memperolehi kebolehan membuat penilaian dengan bijak.

Lelaki di depan mereka memang sekuat papan berlian. Jangan cakap empat, meskipun ketujuh-tujuh mereka tidak ada apa-apa, mereka bukan lawan dia. Lagipun, dengan menyaksikan kawan-kawan mereka menjerit dengan sengsara, mereka merasa telur sendiri pun sakit sedikit sebab kaedah pihak lawan memang tiada belas kasihan dan menggerunkan.

Pandangan Song Shuhang melintasi empat orang budak jahat yang lain dan nampak mereka tidak berani untuk menyerangnya. Dengan wajah mereka yang penakut, dia hilang minat untuk membelasah mereka. Oleh itu, dia berkata dengan muram. "Pergi."

Keempat-empat mereka mengetap gigi mereka dan menahannya sambil membawa tiga kawan mereka untuk melarikan diri dengan cepat.

Seorang lelaki boleh menyerah diri dan berdiri tegak apabila diperlukan. Hari ini mereka 'berlari' untuk hidup dan membalas dendam apabila mereka lebih kuat!

"Anak bangsat, baik kau ingat dan jangan biar aku nampak kau lagi, kalau tak kau akan menyesal nanti!" selepas berlari sampai jarak yang jauh, tujuh budak jahat tidak lupa untuk menjerit ayat ini.

Ini dipanggil kalah tetapi tidak hilang muka.

Song Shuhang menyeringai dengan dingin dan memicit-micit tumbukannya dan mengeluarkan bunyi tamparan.

Wajah tujuh budak jahat itu berubah dengan segera dan meningkatkan kelajuan mereka untuk melarikan diri sampai mereka kelihatan seperti berterbangan.

"Eeesh, kejadian di mana kumpulan budak jahat dibelasah sampai pengsan baru berlaku dan mereka langsung tidak belajar daripada kesilapan itu. Mungkin, hari lain, mereka akan menyinggung perasaan orang lain dan ditewaskan sekali lagi." Song Shuhang bergumam.

Selepas itu, dia memandang gadis yang bersandar pada dinding.

Gadis itu berdiri dan bersandar pada dinding dengan wajah yang dingin dan tidak berperasaan. Tiada kesan ketakutan pada wajahnya ataupun apa-apa keinginan untuk berterima kasih kepada Shuhang.

"Awak tak ada apa-apa?" Song Shuhang hanya bertanya sopan kerana muka gadis itu seperti tidak peduli. Dia tidak suka dihina meskipun menunjukkan niat yang baik, oleh itu dia hanya bertanya dengan sopan sebelum beredar.

Gadis berambut pendek itu memandangnya dengan dingin.

"Hmph, penjaga tepi kain." Dia mendengus dengan dingin sebelum memusing untuk beredar, seperti ayam jantan yang angkuh.

"..." Song Shuhang.

'Kenapa tu?

'Inikah sikap yang dipunyai gadis zaman ini?'

Akhirnya, Song Shuhang merupakan lelaki yang baik dan dia hanya boleh ketawakan diri sendiri.

"Alamak, saya lupa saya sedang mengejar masa. Kalau saya tiba lebih lewat nanti dan mereka mengabaikan saya, saya akan rugi." Song Shuhang meningkatkan kelajuannya dan bergegas ke arah apartmen sewaan Yangde… Dia suka mendapatkan benda percuma, tidak kira buku atau makanan!

❄️❄️❄️

Kawasan Jalan Bertuah, Blok 221D Bilik 602, satu apartmen tunggal sekitar tujuh puluh meter persegi. Saiz ini sesuai untuk nerda komputer seperti Li Yangde.

Tubo datang dan menjemputnya. "Shuhang, awak bukan dah lambat ke? Jangan beritahu saya yang awak menjadi hero untuk menyelamatkan gadis cantik dalam perjalanan ke sini. Alasan itu sudah lama lapuk."

"Awak terkena sasaran, dan saya betul-betul menyelamatkan gadis tadi. Dia agak cantik, Cuma ada sikap buruk sahaja." Song Shuhang ketawa dengan kuat dan bertanya kepada Yangde selepas menengok apartmen itu. "Yangde, berapa sewa di sini?"

Dia memutus untuk menyewa bilik di luar kampus dan ingin menanyakan harga pasaran.

"Harga pelajar, 5000 untuk sewaan satu tahun dan bil utiliti kena bayar sendiri. Bayaran penuh untuk sekali mesti dibuat." Li Yangde menjawab. Untuk mendapat sewa yang begitu murah dekat dengan kawasan kolej memang bertuah.

"Sebenarnya, ia sangat bagus." Song Shuhang mengangguk.

Pada masa itu, Tubo memotong. "Saya sudah menempah tempat di Gerai Ah Shun. Oleh sebab Yangde belanja hari ini, kita mesti makan sampai puas!"

"Sebenarnya, selera saya hari ini memang bagus." Song Shuhang mengangguk. Mungkin disebabkan Cecair Penguat Badan menggunakan tenaga badannya, tetapi dia berasa dia mampu makan seekor lembu sekarang.

Berikutan itu, Song Shuhang memakan sepuas-puasnya dan menyebabkan rakan sebiliknya terpegun… dalam ingatan mereka, Song Shuhang bukan seorang yang boleh makan banyak?