"Sebagai contoh, katakanlah ada teknik pedang tidak tandingan dengan lapan gaya. Walaupun semua orang percaya terdapat lapan gaya, hanya tujuh sahaja yang tersenarai di atas skrol untuk melepasi teknik tersebut. Jadi, pelatih perlu bergantung kepada tujuh gaya utama dan intuisi mereka sendiri untuk mencipta sendiri gaya kelapan," Song Shuhang meneka.
Walaupun dia tidak pernah melihat teknik pertapaan Tahap Sembilan, dia telah membaca banyak perkara tentang pertapaan – di dalam bentuk novel, novel fantasi dan menonton banyak filem! Song Shuhang berasa dia sangat berilmu dalam bidang ini.
"..." Selepas termenung sekejap, senior berkuasa itu berkata, "Lupakanlah, anggap sahaja saya tidak pernah tanya soalan itu."
Setelah itu, dia menyelak muka surat buku ghaib itu dan mula membaca teks dengan kuat – disebabkan Song Shuhang telah tahu mengenai buku itu, tidak perlu lagi menyembunyikannya!
"..." Song Shuhang.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com