webnovel

Belalang Juta dan Kantung Penghalau Hantu

Editor: EndlessFantasy Translation

[Sihir Divine – Divine Gift]: Kekuatan +2 untuk 6 minit.

Sihir divine ini memberikan kelebihan kepada Marvin.

Kekuatan merupakan kelemahannya. Ketika dia berlawan dengan pembunuh gelap sebelum ini, dengan mudah dia disekat sepenuhnya kerana kekuatan yang lemah.

Misi dia hanya perlu bunuh duta plague; perkara yang lain boleh diuruskan kemudian.

Dia hanya perlukan beberapa langkah untuk sampai di depan duta plague itu.

Pada masa ini duta plague tersebut tidak mampu lagi untuk menggunakan sihir divine seperti putrefaction whirlpool.

Disebabkan dia telah gunakan ketika Gordian sampai dan ia salah satu sihir yang boleh mengganggu sihir divine lain.

Berhadapan dengan kemaraan Marvin, duta plague itu mencarut dengan perasaan muram. Tiba-tiba, dia mencapai sesuatu di belakangnya dan mengeluarkan pedang dua tangan!

Marvin terkejut dan mengelak dengan terburu-buru.

"Celaka!"

"Lelaki ini sebenarnya pelawan!"

Ini membuatkan Marvin pening kepala!

Dia tidak sangka yang duta plague ini bukan seorang paderi sebaliknya seorang pelawan.

Di mana dewa plague mencari lelaki gila ini? Walaupun jalan pelik untuk meningkat kelas tidak mustahil. Tetapi meningkat kelas dari pelawan kepada duta plague menyebabkan abiliti dia untuk melancarkan sihir divine separuh lebih teruk daripada duta plague biasa.

Patutlah lelaki ini terlalu berkira ketika menggunakan sihir divine.

"Rupanya si bangsat ini seorang pelawan!"

Marvin tidak menggunakan inspect kerana takut pihak lawan akan dapat mengenal pasti dia ketika dia cuba untuk menyerang hendap.

Kali ini Marvin menggunakan inspect dengan terburu-buru ketika mengelak pedang dua tangan.

Marvin tidak tahu sama ada ingin menangis atau ketawa ketika melihat keputusan itu. Ini keputusan kelas orang itu:

[Pelawan lvl5 – Duta Plague lvl2]

'Tolonglah! Jika dia seorang pelawan, bukankah kelas lanjutan [Kesatria Plague] pilihan yang lebih bagus?

Marvin tersengih. Selepas mengetahui perkara ini, dia mula rasa lebih tenang sedikit.

Ini kerana duta plague lebih mudah untuk diselesaikan dari apa yang dibayangkan.

Marvin paling risau jika pihak itu melancarkan sumpahan terus-menerus. Dia tetap akan mengalami masalah walaupun sudah membunuh duta plague selepas terkena serangan

Tetapi dia seorang pelawan. Ini bermaksud hampir semua sihir divine dia telah digunakan!

Dia menghayun pedang dua tangan dengan mahir, tetapi Marvin seorang yang telah melepasi batasan 20 ketangkasan dan renjer musuh untuk pelawan!

Gerak kakinya seperti hantu. Dia mengambil kesempatan mengelak serangan duta plague dan menyelinap ke ketiaknya!

[Shadow Steps]!

Dia sangat pantas seperti kilat. Duta plague tidak dapat membuat apa-apa!

Kerambit Marvin digunakan secara melintang, dengan mahir dia menyambung kepada kemahiran seterusnya, [Cutthroat]!

[Anda telah menggunakan cutthroat (46) kepada sasaran anda…]

[Kemahiran gagal…]

"Crack!"

Satu bunyi pelik bergema, cutthroat telah gagal!

Ini kerana duta plague tersebut telah menggunakan sihir divine terakhir pada saat genting, [Locust Division]!

Serangga kegemaran dewa plague ialah belalang juta.

Semasa sihir divine dilancarkan, badan duta plague terus berubah menjadi belalang juta, terbang dengan bunyi yang bingit.

Serangan cutthroat Marvin hanya terkena satu atau dua saja.

Yang lain semua terbang dengan panik.

"Locust division? Kau nak melarikan diri?"

Gordian, yang masih disekat oleh pembunuh gelap itu menjerit. Dia kemudian mengeluarkan sesuatu dari kantung besarnya!

Kantung ini kelihatan dibuat dari kain linen, tetapi ia memang item magik sebenar!

"Memang layak dia menjadi kesatria gereja silver; dia agak kaya. Dia kesatria pangkat ke-2 yang mempunyai dua item magik!

Marvin melihat dengan perasaan cemburu!

Sebagai seorang yang telah dipindahkan roh ke dunia ini, dia cuma ada beberapa item taraf luar biasa saja? Kerambit kembarnya juga senjata taraf biasa saja. Macam mana ini boleh berlaku!

Dia kenal kantung ini. Kantung penghalau hantu dibuat oleh paderi gereja silver level tinggi.

Kantung ini seperti tali permintaan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Ia sangat berguna dan juga berharga.

Dia perhatikan Gordian membuka kantung tersebut. Terdapat angin yang keluar dari dalam kantung dan hampir kesemua belalang juta itu jatuh ke tanah!

Walaupun duta plague cuba untuk melarikan diri tetapi Gordian telah membuat persediaan lebih awal!

Angin yang keluar dari kantung tersebut mempunyai efek istimewa menyekat kuasa divine walaupun efeknya tidak berapa kuat. Ia tidak mempunyai efek kepada sihir divine sebenar.

Tetapi sifat locust division membahagikan sihir divine kepada serpihan kecil untuk melepaskan diri. Walaupun ia sangat sesuai digunakan untuk melarikan diri tetapi mereka tidak dapat menahan dari terkena angin pelik itu.

Belalang juta jatuh ke tanah satu demi satu!

Setelah jatuh mereka hanya mampu merangkak!

Rancangan itu telah berjaya. Duta plague gagal melepaskan diri!

Gordian tersenyum bangga.

Tetapi pada masa ini, Black Jack menyerang balas dengan tetakan terbalik dan tidak mengambil kesempatan untuk melarikan diri!

[Blade Skill – Abyss Phantom]!

Badannya terus diselubungi kabus hitam dan terus menerpa ke arah Gordian!

Air muka Gordian terus berubah!

Ini teknik memedang level tinggi bukan seperti teknik biasa Rushing Thunder Slash. "Di mana dia belajar?"

Jika dia menggunakan kantung penghalau hantu itu tanpa henti, dia akan dipotong sehingga menjadi cebisan kecil kerana abyss phantom!

Tetapi masih ada beberapa lagi belalang juta yang terbang pergi!

"Celaka betul!"

Kesatria silver light menghentak kaki dengan perasaan marah, menyimpan semula kantung tersebut dan menggunakan pedang untuk menghalang serangan terulung Black Jack!

Angin tersebut terus hilang dari ruang bawah tanah yang gelap itu.

Masih ada tiga lagi belalang juta yang terbang ke atas untuk melarikan diri. Terdapat saluran udara di atas; mereka cuba melarikan diri melalui situ.

Mereka sudah agak tinggi. Marvin tidak boleh sampai walaupun melompat!

Tetapi dia bukan tiada jalan penyelesaian lain.

"Aku hanya boleh bergantung kepada nasib!"

Marvin menyimpan kerambit dan terus mengeluarkan dua damak dari kantung yang diikat di pinggangnya.

[Hidden Weapon – Darts (240) dilancarkan!]

"Woosh! Woosh!"

Damak terbang satu demi satu.

Damak yang keenam berjaya terkena salah satu belalang juta menyebabkan ia terpacak di atas siling.

Damak yang ke-13 juga mengenai belalang juta kedua.

Tetapi belalang juta ketiga hampir tiba di saluran udara yang kecil itu.

Asalkan salah satu belalang juta dapat melarikan diri, duta plague akan berjaya melepaskan diri.

Semua usaha Marvin dan Gordian akan menjadi sia-sia!

Marvin masih ada masa untuk melontarkan dua lagi damak sebelum belalang juta dapat melarikan diri.

Tetapi tahap ketepatan dia agak rendah.

"Aku terpaksa bertaruh!"

Dalam sekelip mata Marvin terus membuat keputusan.

Dia memegang lima damak di kedua-dua belah tangan. Walaupun ketepatan dia tidak bagus, tetapi dia boleh menggunakan kuantiti untuk mengatasinya!

Lagipun saluran udara itu agak sempit.

Marvin melontar kesemua damak tersebut dan 10 damak terbang dalam formasi bersepah menghala ke saluran udara!

Badan belalang juta itu agak kecil tetapi kumpulan damak yang dilontarkan itu menghala ke arahnya. Dia cuba terbang dengan lebih pantas. Agak sukar untuk mengelak kumpulan damak yang dilontarkan itu.

"Thud!"

Satu bunyi kedengaran dan salah satu damak itu terkena badan belalang juta itu.

Pada masa itu, badan belalang juta yang kecil mula bertukar menjadi duta plague semula dan jatuh ke tanah.

Sudah mati.

Marvin menarik nafas lega. Dia memang bernasib baik. Lontaran damak secara rawak.

Terima kasih juga atas bantuan Gordian melepaskan angin dari kantung penghalau hantu menyebabkan belalang juta jadi lemah.

Jika tidak, serangan yang Marvin lancarkan akan sukar untuk mengenai sasaran kerana belalang juta sangat pantas dan licik.

Selepas membunuh duta plague, cabaran Marvin sudah berjaya diselesaikan.

[Plague Purge] (Berjaya Diselesaikan).

Ganjaran cabaran: 3000 exp am.

Bagi mitos serantau, ia masih tidak muncul. Marvin meneka ia akan timbul malam ini selepas berita mengenai apa yang berlaku di sini tersebar.

Exp yang dia dapat selepas membunuh duta plague juga agak bagus, sebanyak 560 exp pertempuran.

Marvin berpuas hati dengan apa yang diterima.

Di sudut lain, Gordian terus berasa gembira selepas Marvin berjaya membunuh duta plague tersebut.

Apabila dia ingin membantu untuk menghadapi Black Jack, pihak itu tidak memberikan banyak penentangan lagi!

Dua pembunuh hendap yang gagal selepas melancarkan desperate strikes telah melepaskan diri pada waktu mereka tidak sedar.

Marvin rasa menyesal kerana melepaskan dua orang yang boleh memberikan exp mudah kerana terpaksa selesaikan duta plague dengan segera.

"Oleh kerana majikan aku telah mati, aku tiada lagi sebab untuk terus berlawan!"

Black Jack terus berundur dan melihat Gordian dengan perasaan duka, "Aku akan ingat kau Silver Light."

"Tetapi kau tahu siapa orang bertopeng di sisi kau itu? Aku boleh beritahu kau dia orang yang banyak buat kacau di Bandar River Shore itu, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!"

"Mungkin kau patut tangkap dia sekarang!"

Suaranya semakin perlahan sehingga terus hilang!

[Secret Skill – Vanish]!

Hati Marvin mula rasa resah. Kekuatan lelaki itu agak menakjubkan tetapi dia masih menggunakan cara licik ini. Patutlah dia tidak risau dan rasa selamat.

Tetapi sekarang situasi Marvin dan Gordian mula jadi kekok.

Kesatria silver light pusing ke belakang dan melihat terus ke Marvin sambil berkata:

"Kau Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?"