webnovel

Menggegarkan Dunianya

Editor: EndlessFantasy Translation

Suara Li Sicheng perlahan, tetapi cukup untuk menggegarkan dunia Su Qianci… Matanya mula basah. Su Qianci menundukkan kepala dan membiarkan air matanya jatuh berguguran. Satu-satunya perkara yang dimahukannya sekarang supaya masa akan terhenti. "Saya tak kisah…" Adakah dia benar-benar maksudkannya? Tetapi lelaki itu amat kisah tentang kekurangannya pada kehidupan lalu… Bahunya bergetar menahan tangis. Su Qianci jelas kelihatan teramat sedih dan membuatkan Li Sicheng yang berada di sebelahnya memandangnya sayu.

Lelaki itu menarik Su Qianci merapatinya menyedari betapa sedih isterinya itu. Dia memeluk Su Qianci dan merenung tajam ke arah Tang Mengqing, "Saya tak mahu lagi lihat kamu di rumah saya selepas ini." Suaranya jelas memberi amaran.

Wajah Tang Mengqing terus berubah pucat dan dia menoleh ke arah kakaknya, merayu dalam diam. Angin Tang Mengqying sedang tidak baik. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku. Sekarang dia semakin jauh daripada keluarga Li.

"Baliklah," kata Kapten Li. "Keluarga kami tidak sebaik kamu semua."

Kapten Li seseorang yang paling dihormati Tang Zhenghao. Mendengar kata-kata itu daripada Kapten Li, Tang Zhenghao segera berkata, "Kapten…"

"Balik." Kapten Li tidak mahu memandangnya dan mengisyaratkan dengan tangannya supaya lelaki itu pergi. Setelah keluarga Tang beredar, Kapten Li berkata, "Sicheng, bawa isteri kamu balik."

"Kita tak patut bagi mereka masuk. Tiada adab!" Qin Shuhua kelihatan menyesal dan berkata kepada Su Qianci, "Jangan peduli sangat apa yang Tang Mengqing cakap. Kamu jauh lebih bagus daripada dia."

Su Qianci mengangguk, tetapi masih berasa terkilan. Dia lebih bagus daripada Tang Mengqing, tetapi bagaimana dengan Tang Mengying? Qin Shuhua masih mahukan Tang Mengying sebagai menantunya. Su Qianci menyapu air matanya dan berkata perlahan, "Terima kasih, ibu." Li Sicheng tahu apa yang difikirkan isterinya lalu menariknya pergi. "Mari kita pergi makan." Li Sicheng menyuruh Su Qianci memilih restoran yang dimahukannya.

Apabila mereka tiba, Li Sicheng mendapati ia sebuah restoran stimbot. "Saya selalu datang ke sini apabila saya ada masalah." Sudah tentu Su Qianci maksudkan kehidupan lalunya. Tetapi Li Sicheng tidak tahu tentang itu dan menyangka Su Qianci bercerita tentang sewaktu mereka belum berkahwin.

Sheng Ximing selalu membawanya datang ke restoran stimbot ini pada kehidupannya yang lalu. Sheng Ximing pernah mengatakan kehidupan seperti seperiuk stimbot. Pada mulanya, stimbot itu hanya mengandungi sup yang jernih tanpa sebarang benda. Tetapi kemudiannya orang akan meletakkan pelbagai makanan di dalamnya dan membuatkan ia kelihatan berserabut. Apa yang penting adalah menikmati proses yang berlaku.

Su Qianci sangat sukakan analogi tersebut.

Li Sicheng bukan penggemar stimbot. Tetapi dengan wajah yang berkerut, dia tetap mengikut Su Qianci apabila melihat betapa gembiranya isterinya itu. Walau bagaimanapun, Su Qianci sendiri tidak menyangka dia akan bertemu seseorang yang paling tidak disangkanya akan muncul di situ.