Termenung Villiam saat berbaring melihat lelangit rumah di biliknya,mengapa dia masih terpikir kata² Ate dan Aboy,apa yang di katakan oleh encik Tan kepada Ruth semasa mereka nak balik ke kuala lumpur tempoh hari.Villiam tak pernah rasa tertekan seperti ini,sebelum ini biar pun susah payah dia menyertai dunia masakan,rasanya dia masih boleh menbuat kerja,tapi kali ini mungkin dia masih tak tahu macam mana nak mendekati orang lain,sebab itu dia berasa sangat teruk dan sensitif sedikit,setelah lama berpikir Villiam bersemangat kembali sebab dia hanya nak bersama Ruth,bukan orang lain.Tak kesahlah encik Tan atau Ate tak suka dan si Quan muncul pun.Villiam akan berperang berhabisan kalau ada orang nak pisahkan mereka berdua,selagi Ruth nak bersama dengannya,dia juga tak seharusnya memikirkan pikiran orang lain.
"betul tu,aku tak perlu memikirkan pandangan orang lain terhadap aku,yang penting Ruth mencintai aku."kata Villiam pada diri sendiri.
lalu Villiam mengambil kunci kereta dan keluar memandu menuju ke apartment Ruth.Loceng rumah Ruth berbunyi berkali²,Ruth baru saja selesai mandi,dia mendengar loceng rumah berbunyi lalu dia keluar dari bilik dengan cepat untuk melihat siapa yang datang malam hari.
"Villiam,"Ruth bersuara.
Ruth menbuka pintu,Villiam tersenyum ceria melihat gadis di depannya dan memeluk Ruth dengan gembira.
"Villiam,kenapa?....
"Ruth,tak kisah lah kalau ahli keluarga u tak suka i,yang penting u suka i dan i suka u...
"jadi u down sebab kena buli hari tu ke?"
"sedikit,sekarang i tak mahu pikir lagi,i akan lawan orang yang nak rampas u dari i,okay,"
"mmm,bagus semangat seperti inilah yang i suka...kata Ruth sambil melenggong ke sofa.
Ruth pun mula menceritakan sedikit pasal Quan dan percintaan mereka sebelum ini,Villiam mendengar cerita Ruth dengan serius,dia ingin tahu siapa Quan dan dia lelaki seperti apa,kedengaran Quan bukan calang² orang juga,tapi Villiam juga bukan orang yang suka berputus asa dengan mudah,walau pun tiada ibu-bapa dia tetap anak jantan yang kuat berani bersaing.
pada paginya mereka berkerja seperti biasa,Ruth dan temannya pasti bersolek dulu sebelum mereka semua memulakan tugas,Villiam juga pasti akan sibuk menyediakan bahan masakan dan urusan di dapur,Villiam mendapat pangkat kedua sebagai chef di dapur,dia akan memasak tampa henti bila chef utama tidak masuk berkerja.
di restoren seperti biasa ada kala sibuk dan ada kalanya tidak,kali ini restoren mereka mendapat tempahan istimewa dari seorang vip,sebab dari tempahan yang mereka dapat,mereka sudah tahu siapa yang makan makanan mahal dan istimewa,Lucy akan menjaga bilik vip yang telah di tempah khas,Lucy pasti nak jadi watak utama wanita untuk menyambut tetamu penting,saja nak bagi orang kagum dengan kecantikan yang dia miliki.Lucy layak sebab dia juga sangat bekerja keras dan kuat bersaing,dia tahu segala tentang pekerjaan ini sebab dia belajar dalam bidang pergurusan hotel dan restoren,bukan mudah makan masa bertahun² untuk menguasai kepakaran bidang ini,ada minat dan bakat macam petik jari je...
"u orang tak perlu jaga di dalam, i yang akan jaga,"kata Lucy kepada pelayan lain.
"u ni kapten,mesti ada ling cai kat situ kan?"kata Jessy.
"shutt!... rahsia lah."
"kapten, bagi saya tolong juga, mana tahu dapat SD."kata Jessy.
"aya... ini pasti orang tualah,u pun mahu ka?"
"tak mahulah kalau terlalu tua,"jawab Jessy.
"tahu pun tak mahu,i pikir u tak kisah,kalau u tak kisah i ada lobang,i boleh tolong rekemen."kata Lucy lagi.
"sudah apek²,tak mahulah...i sudah ada satu afrika punya,barang baik ma."jawap Jessy sambil ketawa.
"kamu boleh tahan ya,"i tak beranilah...Lucy berasa geleman menbayangkan hal aneh.
masa mereka berdua berbual di bilik vip, Ruth dan teman lain menyediakan peralatan di luar untuk makan tengah hari,biasa makan tengahari dan petang akan di sediakan oleh pihak restoren selain tempat tinggal,kerja di restoren boleh jimat banyak kalau tinggal di tempat yang di sediakan dan makan minum percuma,makanan pun telah disediakan untuk di makan,terpulang kepada pekerja nak makan atau tidak,makanan boleh tahan sedap juga sebab di masak oleh chef yang berpengalaman,itu pun kalau chef utama yang masak, biasa chef kecil saja yang selalu menyediakan makanan pekerja.
"makanan dah sedia, tak nak makan ke?"tanya Ruth saat menbuka pintu bilik vip, di mana Lucy dan Jessy seronok berbual.
"dah sedia, jom kita makan dulu."kata Lucy.
semua pekerja berehat bersama dan makan,mereka mengambil nasi masing² dan duduk di tempat lauk yang sudah di sediakan, lelaki dan perempuan duduk di meja berlainan, pembantu bahagian dapur banyak lelaki yang memakai pakaian putih, masih muda dan hemsem semuanya, comel sangat mereka ni, ialah budak cina yang kiut miut,kadang tu ada yang gatal, biasa lah tak mengorat bukan lelaki namanya,biasa yang kerja sebagai chef pembantu menyediakan bahan masakan, kita boleh lihat dari jari mereka dah boleh agak mereka kerja apa,tukang masak yang tak jaga tangan lah,tapi mereka semua ini sangat pantas berkerja walaupun sikit berbau,mungkin mereka nampak cool dan kacak semasa mula, selepas habis kerja macam orang lepas kena telan sawa.
salah seorangnya peminat rahsia Ruth,dia seperti bayang²,suka kerja sendiri dan tak suka bercakap,tapi matanya sentiasa memerhatikan orang yang dia tertarik, setiap kali Ruth meminta tolong untuk angkat barang, dia lah orang yang paling ringan tulang,biar pun muka macam tak rela, dia puas dapat mendekati Ruth dengan caranya sendiri,tiada orang yang boleh agak dia pencinta rahsia.Jeffry orangnya....
Ruth tak kekok bila mendekati Jeffry, sebab baginya Jeffry orang baik yang tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan, mereka kenal dah lama di tempat kerja ini, sejak Ruth masuk kerja,Jeffry dah ada kat sini lebih lama darinya,orangnya putih macam tauhu,matang dan pendiam.Tapi mereka hanya berinteraksi di tempat kerja sahaja selama perkenalan mereka berdua,bila dah lama kerja bersama kita akan terasa dah seperti ahli keluarga.
malam ini seperti biasa,pelayan menyambut tetamu yang datang sampai ke tempat duduk, kapten dan pembantu tauke biasa ambil pesanan makanan,kemudian pelanggan nak makan nasi atau mee,set pinggan mangkuk berlainan akan di sediakan,tapi biasa dah ada semua peralatan di atas meja tersedia awal,lebih mudahkan pekerjaan pelayan biar pun mereka ramai,sebab ada waktu mereka tidak terkejar juga nak menandangi serabut bila pelanggan terlalu banyak.
QUAN MENEMUI ATE
Quan baru saja balik dari luar negara,jadi dia segera menemui Ate sebaik saja dia mengetahui dari ayahnya yang nampak Ruth menbawa seorang lelaki balik ke rumah mereka kemarin.Quan dah mula tak sedap hati bila mengetahui Ruth bersama lelaki lain,pada mulanya Quan berpikir Ruth akan sentiasa menantinya biar pun mereka berjauhan dan setia padanya.Ruth dan Quan pernah berjanji akan sehidup semati selama-lamanya,kalau begini janji akan tinggal janji,silap Quan juga terlalu yakin Ruth setia padanya,apa lagi melihat kesalahanfaham sebelum ini,Quan yang ingin mengunakan alasan kecurangan itu supaya Ruth tidak sedih bila dia pergi belajar di luar negara.
"wow"Quan,kamu semakin hemsem lah sejak belajar di luar negara."puji Ate melihat teman baiknya.
"biasalah,kamu pun apa kurangnya....
"jadi apa rancangan kamu selepas ini?"
"macam biasa,balik mendapatkan apa yang hilang sebelum ini."
"dah dapat pekerjaan yang kamu ingin?"Ate berpura tak tahu.
"pasal kerja,aku dah lama belajar sambil kerja kat sana,adalah rezeki sikit...balik sini sebab aku dah yakin dengan kemampuan sendiri."kata Quan.
"oh... baguslah begitu."
ahli keluarga Quan pun tidak tahu apa yang dilakukan oleh Quan di luar negara,dia seorang yang bercita-cita tinggi,apa yang di rancang olehnya pasti dia akan buat hingga menjadi.
Quan menpunyai niat semasa menemui Ate,Quan ingin Ate menbantu dia dalam rancangan yang dia buat nanti.Quan akan pergi ke kuala lumpur tapi dia mengajak Ate pergi bersamanya,setelah Quan menberitahu niatnya kepada Ate, Ate pun setuju menolongnya kali ini,Ate juga telah memberi tahu papanya soal niat Quan,jadi papanya juga bersetuju,mereka berharap Quan dan Ruth akan kembali bersama.
DI KUALA LUMPUR
Malam ini Ruth dan semua temannya keluar bersukaria bersama pakwe masing²,mereka pergi menonton wayang dan makan² serta keliling bandar,hubungan Ruth dan Villiam semakin erat dan keserasian pun semakin baik,Villiam agak pendiam tapi perhatian.Ruth lincah dan ceria setelah Villiam mengenalinya,Villiam semakin terpikat.Ruth jenis yang tidak bermuka²,dia sentiasa gembira dan gila².
hampir pagi mereka semua masing² bersedia untuk pulang ke rumah.Villiam menghantar Ruth pulang,kali ini Villiam tidak singgah kebetulan dia ada hal keesokannya,jadi dia menghantar Ruth di bawah saja.
"bye,hati² tau,nanti call i oke,"Ruth berkata kepada Villiam.
"oke,u juga hati²,pergi cepat masuk ke dalam, bahaya u sorang kat luar."kata Villiam.
"takpe, ada jaga kat bawah tu, okelah i masuk dulu, bye."jawab Ruth.
bila Ruth masuk ke dalam ruang apartment,Villiam pun memandu kereta ke luar kawasan apartment kembali ke rumahnya,esok dia akan menghadiri acara di rumah anak yatim tempat tinggalnya dulu,banyak kenangan yang pernah Villiam alami di tempat itu.
pada saat Ruth sampai di rumahnya, dia berasa heran pintu rumahnya terbuka luas,dalam pikirannya pasti ada pencuri yang masuk, dia mengintip² sedikit,sekali terlihat Ate sedang makan meggi kari.
"Ate,saya ingat rumah Aboy dah masuk pencuri."sergah Ruth.
"baru balik,kalau papa tahu, siap kamu."sambil makan meggi di sofa.
"pls... jangan bagi tahu, malam ini saja i keluar dengan semua membe."
"oke, saya simpan rahsia,last ya."
"oke²,last,tapi mengapa kamu tiba² muncul, tak call pun,kalau kamu call sudah pasti saya balik awal hari ini,kamu ada hal ke kemari?"
"saja,jumpa kawan.Kamu sudah balik saya mahu tidur dululah."Ate mrncuci mangkuk dan menletak ke tepi.
"saya pun nak mandi dan tidur juga."Ruth masuk ke biliknya.
Ate masuk ke bilik, di bilik Quan sedang menbaca buku, hatinya sedikit bedebar saat mendengar suara yang di rinduinya,Quan bercadang tinggal di rumah Aboy tampa Ruth tahu.
"dia baru balik,cuba kamu beri kejutan pada dia,aku pikir pasti dia pingsan."Ate bergurau.
"bukan dia saja, saya pun pingsan, cuba rasa jantung saya hampir nak gugur sekadar dengar suara dia."
"aku tak fahamlah orang bercinta ini, masalah kecil macam besar,berterus terang saja pasti selesai."
"Ate, kamu cakap mudah sebab kamu tak alami perasaan yang kami rasa,terlalu sulit untuk di jelaskan."
"saya boleh teman kamu seminggu saja kat sini,saloon aku tak boleh tinggal lama²,pandai² kamulah macam mana nanti."
"oke, terima kasih Ate, kamu satu-satunya teman baik aku."Quan cuba memeluk Ate.
"dia adik tahu,jaga dia elok²."Ate menolak Quan yang tersenyum manis.
pada paginya Quan sudah keluar dulu kerana ada pekerjaan yang harus dia selesaikan, tinggal Ate dan Ruth.
"eh,bukan pagi tadi kamu keluar?"tanya Ruth saat dia terdengar pintu dibuka pagi² buta.
"keluar sekejap je hidu udara pagi."
"heran,kamu punya malas nak bangun pagi boleh bangun nak hidu udara."
"kita adik beradik samalah malas nak bangun pagi,ini kamu bangun sebab apa?"
"nak buat sarapan untuk kamulah...
"telur goreng dan roti bakar."jawab Ate.
"nak minum air apa?"tanya Ruth lagi.
"teh hijau,panas."
"bila nak jumpa kawan, boleh saya ikut tak?"
"semalam jumpa dah...jawap Ate.
Ruth mula sangsi kepada Ate,pasti ada sesuatu yang di sorok oleh Ate darinya,tapi Ruth tak dapat berfikir perkara apa,biasa Ate bukan jenis yang suka rahsia² kepada keluarga.
"nah, makanlah...nanti saya kena pergi kerja,bos minta masuk takut tak cukup orang,hari ini ada majlis."
"majlis,kamu sepatutnya cutikan?"
"ah,tapi kena masuk pula,peninglah...
"pergilah kerja,saya boleh saja makan kat luar."
"bukan masalah kamu,saya malaslah...
"kawinlah, tak payah kerja kalau malas."
"amboi...banyak cantik, ingat lelaki boleh di harap ke,perempuan harus ada duit sendiri, kalau tak teruklah!"
"cerdik juga adik aku ni, baguslah kamu fikir macam ni,kalau boleh carilah lelaki yang boleh buat kamu senang."
"Ate, kamu tak suka kepada Villiam ke?"
"bukan tak suka, cuma tak kenal dan tak mahu kenal, sebab Quan tetap yang terbaik bagi saya."
"kenapa Quan yang terbaik, kamu tak tahu dia curang bersama Diana dulu,saya nampak dengan mata sendiri."
"macam mana kalau kamu salah faham?"
"kalau salah faham, dia pasti bermatian menafikan,ini hilang terus ke luar negara."
"okelah, jangan marah... nanti kamu semua selesaikan dengan baik bila bertemu."
"apa maksud Ate?"Ruth dah gementar.
"takut ke, dengar kata dia dah balik."
"jangan cakap yang pasal nak jumpa kawan tu...dia?"
"tak mahu beritahu...Ate lari ke dalam biliknya.
"Ate! buka pintu... keluar!cepat beritahu!
Ate ketawa berlari ke dalam biliknya,Ruth di luar bilik marah² sebab nak tahu perkara sebenarnya,mendengar nama Quan,Ruth dah merasa tak tenang,bagaimana dia nak menghadapi semua ini setelah Quan menyepi berapa tahun.