webnovel

Prologue

Pernahkah kau bermimpi, seperti itu hidup engkau sendiri? Bila kau bangun, apa yang kau lihat di alam fantasi itu membuat kau menangis tanpa henti? seolah olah ia benar benar terjadi,

Aku amat menyukai kehidupanku, orang tuaku amat menyanyangiku dan sanggup melakukan apa apa untuk aku.

Hidupku begitu mewah, bilikku luas dan dipenuhi dengan segala kelengkapan yang aku mahu, walaupun kebanyakkannya bukanlah keperluanku.

Apa yang aku paling suka adalah, tertidur pulas di atas sebuah katil empuk yang sentiasa hangat dan berbau harum. Seperti haruman ibuku sendiri.

Aku menyanyangi dia lebih daripada ayahku, jika satu permainan yang aku lihat di dalam mimpi, di mana telapak tangan seseorang itu akan direnjat elektrik apabila berbohong,

Aku tidak pasti sekuat mana renjatan elektrik itu, kerana aku hanya mengingati sebahagian sahaja daripada mimpi itu sebelum ia menjadi kabur dan aku melupakannya,

Tetapi aku tahu, jariku akan tidak akan direnjat elektrik jika aku memberitahu yang aku, digeruni oleh ayahku sendiri.

Aku memberitahunya, aku melihat sesuatu yang aneh, dan ia seumpama realiti, ia akan terjadi!

Ayahku menjawab itu hanyalah sekadar imaginasi kebudak budakan kerana aku inginkan perhatian,

'ayah sibuk, jangan ganggu ayah' belum lagi dia mengeluarkan ayat itu daripada mulutnya, aku sudah menyebutnya terlebih dahulu kerana aku sudahpun menghafalnya.

Ibu, dia percayakan aku, tetapi aku tidak menyukai pandangan wanita yang paling cantik di mataku,

Amat sayu, 'kenapa ibu melihat aku begitu? nanti tidak cantik, kakak beritahu kalau buat muka macam ni selalu akan berkedut, nanti ibu cepat tua, nanti ibu cepat sakit' Ibuku tersenyum, keluhan daripada rongga hidungnya terdengar keras, dulu aku tidak memahaminya, kini aku tahu mental ibuku sedang bercelaru,

Senyuman itu palsu- aku melihatmu mati, dan aku ada di sana, tetapi aku tidak dapat menolong ibu kerana kakiku tidak mahu berjalan-

Wanita itu berkerut dan menarik aku ke dalam pelukannya, tubuh dia bergemetaran.

Aku menyangka ibuku berkelakuan aneh kerana bilik itu amatlah hangat, atau dia sedang sakit,

Atau adakah dia sudah melahirkan adik perempuanku? rahsia ini hanyalah antara aku dan ibu, kerana ibu ingin membuat kejutan kepada ayah.

Sebulan lamanya, mimpi ngeri menyakiti otaknya sehingga kronologi rumahku hangus terbakar membuatku loya,

Mimpi itu semakin realitis, hampir seperti realiti, setiap kali aku bangun, bahang api yang membakar kulitku masih terasa dan telingaku berdesing mengingati pekikan manusia di dalam mimpi itu.

Pelik, suaraku tiada,

'Kalau kamu sudah besar nanti, jangan salahkan diri kamu, ayah kamu sayangkan kamu, jangan mengkhianati dia ya?'

aku mencebikkan mulut mendengar ibu bercakap begitu,

'ayah membenciku, dia tidak pernah ada untuk aku, dia tidak mempercayai aku! dia ketawa bila aku bagitahu dia aku boleh mendengar haiwan bercakap, aku faham.. dia gelakkan aku, '

Ibuku terdiam, tetapi senyuman manis daripada kulitnya yang hitam manis itu, sentiasa membuatku bahagia,

'tidak, ayah sibuk melindungi kita sayang, apa yang ayah buat nanti, jangan marah ya? Janji?" aku mengangguk walaupun aku berdusta dalam janji.

Nasib baik aku tidak pernah berjanji, jika tidak aku akan membuat ibu kecewa, budak itu berbicara halus dengan esak nangis yang hampir tidak kedengaran,

"Anak bangsat!" Satu tamparan dilemparkan ke arah kepala budak itu, di antara pipi dan bahagian telinga kananya.

Eliot terpana kelu, bibir dia bergemetaran kerana kaget akan perbuatan ayahnya sendiri.

Budak itu tertiarap ke lantai apabila ayahnya menamparnya sekali lagi pada bahagian kiri pipinya,

Kepala Eliot berdesing saat cuba memahami bait kata yang keliar daripada mulut orang tua itu,

Tanpa disedari kakinya menggeletar, pipi kirinya ditekup menggunakan tangan walaupun tamparan kali kedua itu tidak begitu kuat berbanding tamparan kali pertama.

Darah menitis daripada hidung Eliot, Ayahnya yang sedari tadi terjerit jerit seperti orang gila sehingga keningnya berkeriut, berhenti berteriak dan meluru ke arah Eliot.

Budak itu mengengsot ke belakang, ayahnya terlebih dahulu merentap kedua bahunya dan merenung mukanya sebentar.

Giginya saling berlaga kerana ketakutan, memang benar ayahnya itu seorang wira yang telah membunuh ribuan orang, audah pasti pandangan dia jelas menggerunkan,

Aku masih ingat lagi senyumannya tatkala dia memanggilku untuk berjalan kearahnya semasa aku berumur 1 tahun,

Ironiknya, aku tidak ingat lagi tatapan mata itu,

"kau!" Badannya digoncang, Eliot mewarisi kecantikan bangsa ibunya, berkulit sawo matang, berbadan langsing, rambut bergelombak hitam, kening yang halus,

Yang diwarisi daripada ayahnya, hanyalah warna mata, dan senyuman yang mengeluarkan lesung pipi

"kau tak sepatutnya lahir! kalau kau tak lahir, isteri aku tak akan mati!" Lelaki itu mengherdik anaknya seraya mengonggcang tubuh budak 8 tahun itu tanpa henti walaupun Eliot menjerit ketakutan memanggil ibunya,

"Tutup mulut kamu! kau tak layak panggil dia, kau punca dia mati.. kenapa kau banyak sangat bercakap? kau tidak tahukah bercakap banyak membawa sial? kenapa bukan kau saja yang mati!!!" rentapan pada bahu berubah kepada tenggorokan anaknya,

"hikk!" Eliot tergeletak di lantai bertatapan mata dengan ayahnya sendiri yang sedang berusaha mematahkan tengkuk anak kandungnya sendiri.

"aya..yah" Matanya terbeliak sambil mencari nafas, jemari kecil Eliot mencakar lengan ayahnya meminta simpati.

Dia kehilangan nafas saat air mata menitis keluar dari tubir mata, tangan Eliot jatuh ke lantai,

'aku sudah bagitahu... ibu akan mati, ayah tak percaya, aku sudah merayu ayah untuk bawa ibu pergi, tetapi ayah tak mahu, ini salah aku kah sebab aku bercakap terlalu banyak?- semua ni takkan terjadi kah kalau aku tak bagitahu apa apa?'

"luis! apa kau buat ni!" Marcus berlari ke dalam ruang makan kakak iparnya dan terus menendang Luis tepat di muka, sepupunya itu terpelanting menghempap kubur isterinya sendiri.

"Eli!! Eli" Marcus mengendahkan Luis dan terus memeriksa keadaan anak buahnya,

Wajah budak itu dibelek, diturunkan wajah ke hidung Eliot untuk memeriksa pernafasan yang keluar, tidak ada!

Marcus meletakkan telinganya ke atas dada Eliot,

DAP.. jantungnya masih berdenyut tetapi amat perlahan, Marcus memberikan bantuan pernafasan pertama dalam usaha menyelamatkan anak buahnya,

"apa kau buat!!? apa kau buat? biarkan dia mati Marcus!" Luis berteriak sambil menahan pinggang yang senak terhentak di makam.

"kau diam! apa kau buat huh? ini anak kau" Marcus meghenyak permukaan dada Eliot beberapa kali,

"Binatang! kau jangan!" Luis bangkit dan menarik rambut sepupunya itu. Marcus yang berang mengangkat lengan sekaligus menghentakkan siku ke atas perut luis.

"kau pula apa? kalau aku binatang kau apa? suami binatang? aku ingat kau akan membahagiakan Thalia.. aku serahkan dia kepada kau sebab aku sayangkan engkau berdua, kalau aku tahu kau tak dapat lindungi dia.. dan anak dia, alu tak akan bagi dia dekat kau, Binatang ni anak kau, kau yang buat dia, dia tak minta nak lahir kat dunia ni, kalau kau tak nak dia bernafas untuk hidup lebih baik kau tak payah berasmara!! jangan salahkan orang lain! Kau yang tak mampu lindungi isteri kau sendiri, anak kau hampir mati, kau tak nak tanya apa dia buat sebelah mayat mak dia?!"

Tengking Marcus sampai mengeluarkan urat leher.

"Dia yang bunuh mak dia, siapa lagi yang boleh bunuh mak dia kalau bukan bangsa dia sendiri? pisau tak boleh cederakan Thalia macam mana dia boleh mati? mesti budak tu yang bunuh dia untuk buat mimpi dia jadi kenyataan!!"

Seminggu yang lepas, oleh sebab tertentu kediaman mereka tiba tiba dirempuh oleh mahluk aliansi mereka sendiri, 3 kaum sekaligus telah melancarkan serangan ke atas keluarga bangsawan itu dan telah meragut nyawa banyak orang termasuk isteri kepada luis sendiri, sang permaisuri.

Kematian Thalia telah ditafsirkan sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh anak kandung mereka sendiri, buktinya dada permasuri telah berlubang, dan jantung itu berada di dalam tangan Eliot yang tidak sedarkan diri bersebelahan dengan ibunya,

Kerana jantung itu seperti telah digigit, mulut Eliot dibuka ketika dia sedang dirawat kerana mulutnya berlumuran darah, cebisan daging telah dijumpai di dalam mulutnya.

"Kau kahwin dengan Thalia sebab kau nak zuriat yang kuat, kau mahukan keturunan yang hebat, kau kahwin dengan dia sebab dia cantik dan kekuatan yang dia miliki, keji... aku menyesal tinggalkan wanita seperti itu kepada kamu, mulai sekarang, Eliot anak aku , kau jangan sentuh dia... kalau tak, aku akan naik takhta" Marcus mengangakat Eliot ke dalam pangkuannya dan berlalu pergi.

Luis yang menyaksikan hal itu berasa cukup berang, dia mengorak langkah untuk merampas anak dia kembali daripada Marcus.

"kau jangan lupa siapa yang buatkan kau jadi raja," perkataan itu membuat Luis menjadi seriau.

bulu romanya meremang, untuk berpura pura tidam gentar, lelaki itu menghempas meja berdekatan seraya berteriak nyaring.

"Kau! kalau aku tengok kau bahagia aku sendiri yang akan kerat leher kau!" Luis menunding jari ke arah anaknya yang sedang terbangun daripada pengsan.

Mulut Eliot menggeletar, bukan ketakutan melainkan kekecewaan.