webnovel

Episode 1

Aku masih ingat rupanya yang berserabut ketika dia menghamburkan kata tidak baik kepadaku apabila aku menjejakkan kaki ke dalam permakaman ibu.

Jika dia amat mencintai wanita yang bergelar ibu kepada aku? dan membenciku kerana dia telah gagal menyelamatkan wanita yang dia cintai sehingga menyalahlan anaknya sendiri,

kenapa dia berkahwin lagi?

Kenapa membiarkan aku hidup dibaluti rasa bersalah dan terseksa melihat mereka tersenyum dan ketawa?

Sedangkan aku dilarang untuk bersuara dan bahagia?

setiap kali aku melihat mahkota di kepala anak itu, aku menyentuh kepalaku. Tanpa sedar aku akan berkata

'itu aku punya, mahkota itu milliku'

Bagaimana bibirnya melingkar ke atas, matanya yang mengecil kerana senyuman terbentuk pada wajahnya yang makin menua, namun riang saat menatap wajah anak itu,

Bila dia berpaling dan melihat wajahku, wajah itu menjadi bengis, seolah olah dia melihat sang iblis.

Sayu, aku benci mereka kerana merampas hak aku,

'apa apa pun, kasihanilah ayahmu Eli, sesungguhnya dia menyayangi kamu. Jangan salahkan dia. Jangan salahkan diri kamu juga. satu hari nanti kamu akan faham'

jangan salahkan dia? habis nak salahkan siapa? Ibu yang pergi dulu? atau bagaimana kematian ibu yang misteri yang aku pun tidak faham? memojokkan ku kearah paling kelam di sudut istana ini?

°°°

Nama dia ialah Eliot De Willow. Merupakan kelahiran pertama hasil pernikahan Raja Lukas melalui hubunganya dengan Thalia. Mengikut sudut pandangan daripada undang undang yang dicipta oleh Maharaja pertama Empayar Erlost 89 tahun yang lalu,

Eliot De Willow adalah pewaris sah yang seterusnya selepas kemangkatan sang Raja.

Undang undang yang aneh dan amat lawak didengar, menjadi sebuah jenaka bagi golongan rendah.

Tetapi hal yang serius untuk mereka yang berdarah bangsawan. Mengapa?

Semuanya berjalan dengan lancar sebelum kedatangan seorang perempuan tua selepas ditangkap menguarkan berita palsu kepada rakyat,

Nimueh mengakui bahawa perkataannya bukan sesuatu yang harus diremehkan, kerana dia telah hidup ribuan tahun. Walaupun dia buta, tetapi dia dapat melihat sesuatu yang sirna di pandangan orang biasa.

Terutamanya takdir kehidupan seseorang individu. Mimik wajah Nimueh amat menakutkan saat dia melontarkan bait kata,

'kau takkan hidup aman, seluruh keturunanmu akan sirna kerana telah menyakiti dia, kau ingat kau akan terlepas?Ikut arahanku dan keturunanmu akan kekal'

Semua itu dusta, Ia hanyalah mimpi. Tetapi fantasi itu seumpama realiti. Kehadiran sebuah pisau dalam genggaman tangan kirinya, yang jelas kelihatan tersisip pada pinggang Nimueh di dalam mimpi menyatakan, malam itu dia tidak bermimpi.

Tetapi Nimueh datang kepadanya tanpa disedari oleh orang lain dan menyuruh Maharaja untuk membunuh separuh daripada keluarganya.

Dia enggan, maka dia membuat satu undang undang,

Sebelum ini takhta, dan mahkota ini berhak dimiliki oleh kita semua walaupun susur galur waris keturunan sebelum maharaja masih hidup, tetapi setelah ini hanya waris yang sah, yang layar mewarisi kekayaan empayar,

Jika inginkan kekayaan itu, carilah pewaris sebenar dan bunuh dia. Maka kau akan menjadi raja.

Jenaka apakah ini? mereka tertawa kerana keluarga Erlost sebelum ini aman sahaja sebelum undang undang mengarut itu dicipta.

Malang sekali, tidak ada seorang lagi yang berani ketawa kerana dari hari ke hari, tahun ke tahun, dan dekad ke hadapannya,

Mereka saling berbunuhan, Tetapi

Nimueh mendekatkan wajahnya kepada telinga Maharaja, suara tua Nimueh berubah menjadi suara lembut seorang perempuan muda

'walaupun mereka mati, kekayaan itu sentiasa jadi milik kamu, dan anak anakmu, kematian mereka adalah pengorbanan ke atas kemasyuranmu' Apabila Nimueh mengangkatkan muka, tatkala itu Maharaja dan Nimueh saling bertatapan.

Dia tahu Nimueh menipu, dan ini hanyalah permainan atas dasar kebosanan, apakan daya, Maharaja pun tersenyum.

Aku adalah yang paling hebat antara semua adik beradikku, dan aku tak akan membiarkan kehebatanku punah jika bukan keturunanku yang mengantikan ku.

°°°

Lukas ialah garis keturunan Maharaja tersebut. Seorang lelaki yang begitu teguh dengan ideologisnya tersendiri. Tidak akan mempercayai sesuatu tanpa bukti atau melihat dengan kepalanya sendiri.

Lukas membenci golongan rendah kerana dia percaya golongan itu sebagai pemalas kerana hanya pandai meminta simpati.

Thalia?

Karma itu benar, dia menikahi seorang perempuan yang tidak diketahui asal usulnya dan lebih aneh, saat Thalia sedang berkeliaran di dalam hutan seorang diri.

Daripada penampilan Thalia, dia golongan rendahan dan yatim piatu. Pada mulanya dia mengendahkan gadis itu,

Tetapi setelah dia menyadari bahawa sepupunya pun menyimpan perasaan terhadap Thalia, dia mencuri gadis itu daripada Marcus.

'Kau tak layak untuk memiliki Thalia, kecantikan dia akan teserlah kalau dia duduk di sebelahku- di atas singahsana'

Separuh rela Marcus mengeluh berat, wajahnya merondong ke bawah untuk menutupi wajahnya yang sedang menderam marah, rahangnya terasa sakit kerana menahan diri untuk mencaci Lukas,

"baiklah, tapi kau jaga dia betul betul, kalau tak- aku bunuh kah" Dia berseloroh dan tersenyum.

'binatang! bukan- dia bukan manusia Tuanku tak boleh mengahwini dia' Penasihat diraja menolah mentah mentahan pernikahn antara Thalia dengan Lukas.

"kau panggil dia apa?" Lukas tidak gentar tapi sedikit gugup kerana penasihat itu tahu walau hanya sekilas pandang mengenali siapa Thalia sebenarnya.

"Mata tu, tak salah lagi... dia, dia perempuan tu!" Wanita bermata tembaga, ialah gelaran seorang perempuan yang pernah hidup ratusan tahun dahulu yang kisahnya tidak henti henti diperkatakan tanpa henti. Entah benar atau hanya mitos.

"Itu Mitos, ada bukti? mana ada orang boleh hidup lama macam tu? mengarut. Kalau dia wujud, mesti perempuan itu sudah mati" Lukas tertawa mengendahkan penasihat itu.

Tidak semena mena, terbukti Thalia bukan lah manusia tetapi sejenis mahluk lain yang memangsa manusia untuk kekal hidup.

"aku tahu. Dan aku tidak peduli" Jawab Lukas.

"kau siapa nak mempersoalkan keputusanku? kau dah bosan sangat hidup, kau boleh ikut perempuan dalam mitos kesayangan kau, aku boleh hantar"

"kau akan menyesal, aku tak kesian dekat kau kalau kau merana, tapi perbuatan kau akan buat orang lain mengila. Mana tahu anak kau? separuh binatang-"

Kepala penasihat itu jatuh tergolek sebelum sempat dia menghabiskan ayat. Lukas menarik nafas, seraya membaling pedangnya ke lantai.

Di atas beranda terletaknya di atas singahsana, Marcus hanya mengangkat kening sambil tersenyum saat Lukas menyadari keberadaannya di situ.

"bodoh, aku dah bagitahu banyak benda pun masih tak boleh buat dengan betul. Aku salah pilih orang" Marcus turun ke bawah dan berdiri di sebelah Abang sepupunya.

"Tahniah atas pernikahanmu, adikmu ini akan setia kepadamu,"

"semua ni tak boleh aku buat tanpa kau Marcus, kau lah yang terbaik" Lukas memeluk adiknya.

"ya- aku tahu"

"nanti kalau aku ada anak, aku akan suruh dia panggil kau ayah"

"mengarut" Marcus tergelak. Tetapi di dalam hati dia berkeluh kesah,

Marcus menatap mahkota di atas kepala Lukas, itu aku punya... itu hak aku,

Sebab aku bunuh ayah aku untuk kau, kalau aku mengaku aku yang bunuh ayah, aku jadi raja.

Thalia mesti aku yang punya.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

KIKI_GERALDcreators' thoughts