webnovel

Episode 1 : Rahsia Identiti

Hujan turun dengan lebat sekali, deru angin yang kuat ditemani dentuman guruh menambahkan lagi keadaan cuaca buruk pada malam itu. Dan keadaan berhujan itu juga, sebuah pedati bergerak menyusuri laluan kenderaan batu kerikil sebelum berhenti di sebuah rumah agam berpagar gergasi tengah kawasan tanah lapang. Sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam sedia menanti di laluan tersebut.

SPLASH!

Roda kayu pedati melanggar lopak air yang bertangkung atas jalan itu sebelum pintu pedati terbuka dan sepasang kaki kurus melangkah turun dari situ. Kelubung biru gelap memayungi kepala dimana wajah tersembunyi baliknya.

Mereka semua di situ pandang akan penumpang yang turun dari pedati dengan renungan mata kebasahan dek air hujan di situ tanpa berkedip.

Lalu muncul seorang pengawal berambut silver ashy berdiri sambil memayungi kepala itu dengan payung.

"Selamat pulang tuan muda.."ucap pengawal itu kepada kanak-kanak berusi 12 tahun yang sedang termenung memandang ke depan tidak bersuara. "Duke Elijah ada di dalam sedang menanti."

Tidak mengatakan apa-apa tangan kanak-kanak tersebut naik menurunkan kelubung dari kepala. Kelubung tersebut jatuh ke atas bahu. Mendedahkan rupa yang tersembunyi dibaliknya. Dengan renungan dingin, sepasang masa memerhatikan orang rumah agam yang menyambut kepulangannya seorang demi seorang. Entah kenapa hati kecilnya berharap seorang daripada mereka yang menyambut dia ini adalah ayahnya sendiri.

"Ikut saya tuan muda..."

Kanak-kanak 12 tahun itupun berpusing ke tepi lalu mula melangkah ke arah pintu masuk rumah agam yang telah ditinggalkan sejak berusia 7 tahun lagi.

Selepas sekian lama...

Kini dia diseru semula untuk kembali ke penjara emas ini. Selepas bertahun lama dia meninggalkan rumah ini, memori lama dia sudah terpadam sedikit demi sedikit. Tidak banyak yang dia boleh imbau. Terutama sekali kenangan manis.

Kerana sejak lahir lagi, dia langsung tidak mengerti apa itu perasaan bahagia.

Semua di situ lirik akan langkah kanak-kanak 12 tahun yang berambut pendek dan berpakaian seperti tuan muda masuk merentasi koridor sehingga tiba di hadapan sebuah bilik. Tanpa menunggu lama di situ, kanak-kanak tersebut gerak ke dalam ruangan dimana tuan besar mereka berada.

Perkara pertama yang menyambut kehadirannya di situ, adalah bau asap cerut yang memenuhi bilik bacaan Duke Elijah Kirk di depan perapian. Susuk lampai dan gagah lelaki itu membuatkan kanak-kanak 12 tahun itu menjadi seram sejuk kerana selepas 5 tahun menjauh ini kali pertama dia menemui ayahnya semula.

Kenangan lalu terimbas jelas seperti siaran wayang bergerak!Suara makian jelas terngiang-ngiang dalam kepalanya.

"Ayah...kenapa Darra berpakaian macam lelaki?Maid beritahu Darra kena potong rambut pendek, Darra tak nak...."

"Berapa kali aku pesan kepada kau, kau perlu berpakaian seperti lelaki."

"Tapi Darra bukan budak lelaki..Darra kan perempuan...."

"Cukup!Berapa kali aku beritahu. Kau berpakaian seperti lelaki kerana kelahiran kau adalah satu kesilapan!Kesilapan besar faham tu!"

"Ayah...apa yang ayah katakan ini!?"

"Kau!Kau punca insan yang aku cintai pergi meninggalkan aku. Tak cukup dengan tu, kelahiran kau membawa malu pada keturunan keluarga ni! Dan sekarang!Sebagai balasan kematian dia!Kau akan buat apa yang aku suruh."

Tidak mengerti dengan apa yang dituturkan oleh ayahnya, berkedip mata anak berusia 7 tahun itu bersama sedu ketakutan. Membuatkan air mata ikut berlinangan turun ke pipi. Betapa takutnya dia waktu ini.

"Mulai detik ini...kau Darra Emerson bukan lagi anak perempuan aku."

Bagai mahu putus nafas mendengar luahan itu, kanak-kanak 7 tahun ini pandang tidak berkedip akan lelaki dewasa yang sedang berdiri di depannya.

"Sebaliknya...kau adalah anak lelaki tunggal dan pewaris Utama Keluarga Duke Elijah Kirk iaitu Darrius Emerson. Kau akan dihantar ke rumah Nanny Clara untuk di ajar bagaimana hendak berkelakuan seperti lelaki dan berpakaian lelaki. Dan hal ni tiada siapa boleh tahu melainkan diri kau dan seisi rumah agam ini bahawasanya kau adalah perempuan bukan lelaki..."

"Darra tak nak ayah....Darra mahu di sini. Ayah...jangan tinggalkan Darra..."nangisnya teresak-esak.

Sehingga sekarang dia tidak mengerti apa alasan Utama ayahnya perlakukan dirinya seperti ini.

Bersama renungan dingin, Darra pandang ke depan lalu tunduk 45 darjah ke arah lelaki lampai depan perapian itu bersama tangan ada di dada kiri. Etika yang dia belajar dengan Nanny Clara. Cara bagaimana hendak berkelakuan seperti tuan muda bukan cik muda.

"Selamat sejahtera ayah.."ucap kanak-kanak 12 tahun itu dengan nada mendatar.

"Selamat sejahtera Sire. Tuan Muda Darrius sudah tiba."maklum pengawal berambut silver ashy di samping kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Bersama air muka kaku tanpa emosinya, maka berpaling la lelaki berjambang putih kemas ditrim dan bersusuk buffy menghadap dua orang itu dengan kedua belah tangan ada di belakang badan.

Sesaat dua pasang mata sama warna itu saling bertatapan, suasana bilik itu menjadi tegang semacam. Masing-masing saling menonjolkan aura mereka.

Saling tidak tumpah seperti rupanya, Duke Elijah perhatikan penampilan anak yang berpakaian kemas seorang tuan muda berambut pendek sedang memandang serius ke arahnya. Langsung tiada imej seorang perempuan pada anak itu. Yang mana mengundang rasa senang di dalam hatinya.

"Sepertinya Nanny Clara telah menjalankan tugasnya sebagai pendidiknya dengan baik.."Duke Elijah yang berpuas hati dengan penampilan anaknya mengangguk kepala satu kali. "Selamat pulang Darrius Emerson. Mulai detik ini kamu akan debut sebagai tuan muda Utama Keluarga Elijah. Maka dengan itu berpewatakan la seperti selayaknya dan jangan memalukan air muka keluarga ini."suara penuh dominan itu bergema dalam bilik bacaan tersebut.

Seakan bilah pisau menikam tepat ke jantungnya, Darra mengetap gigi menahan rasa taktala nama 'Darrius' di tutur dengan dingin oleh ayahnya. Dia begitu terkesan kerana semua ini sama sekali tidak benar dan satu paksaan.

"Terima kasih kerana sudi memanggil saya pulang ke sini.."ucap Darra dengan nada tenang yang dikawal.

Duke Elijah berdengus kecil.

"Jangan terlalu senang dan selesa hanya kerana kau dipanggil semua ke kediaman ini. Kalau bukan kerana raja ingin menemui waris yang aku katakan selama ini belajar di sekolah luar negeri, takkan aku panggil anak malang seperti kau ke sini.."

Darra pandang wajah Duke Elijah sewaktu mendengar kata-kata sinis tersebut sambil mengetap gigi dengan erat. Sememangnya kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pedang. Sakit terluka namun tidak berdarah.

"Mulai hari ini, selama kamu tinggal di sini. Kau perlu ingat dan lekatkan kenyataan ini dalam kepala kamu sehingga kamu mati!Sampai bila-bila kamu adalah Darrius Emerson. Bukan lagi Darra Emerson. Aku mahukan anak lelaki dalam keluarga ini. Bukan anak perempuan. Dan pastikan hal itu tidak akan berubah sampai bila-bila."Duke Elijah memberi pesan dengan air muka dingin dan nada mendatar. Sedikit pun tidak tunjuk rasa kasih.

Pengawal di samping Darra waktu itu hanya diam dan berdiri mematung tidak bergerak selain memandang ke arah tuannya. Agak terasa hati dengan bahasa kesat yang dilemparkan kepada anak kecil depannya itu.

"Baik tuan."ucap Darra sebelum tunduk menerima arahan itu. Air mata mula mengancam mahu berkumpul di tubir matanya. Betapa kecewanya dia kerana tidak dapat berbuat apa-apa selain menurut dengan titah yang diberikan. Semuanya demi menjaga keselamatan Nanny Clara.

"Seperti yang kau sedia maklum. Sekiranya kau berani-berani melanggar peraturan yang ditetapkan, maka orang suruhan yang bertugas menguruskan kau bakal menerima hukuman untuk kau sebagai gantinya. Dan kalau ianya tidak cukup, dengan kamu..kamu sekali akan dihukum."

"Saya ingat tuan."akur Darra lagi.

"Bagus. Anthony, iring tuan muda Darrius balik ke kamar dia. Pasti tuan muda kamu letih dengan perjalanan jauhnya untuk balik ke sini.."Duke Elijah mengerling akan pengawal di samping Darra waktu itu. "Dia perlukan rehat yang panjang memandang parti debut dia bakal diadakan esok."

Dengan patuh lelaki berambut silver ashy itu mengangguk kepala menyambut arahan itu.

BOOM!

Petir dan guruh menyambar pada masa yang sama saat Darra mendengar makluman itu. Degup jantungnya jatuh mendadak kerananya.

"Esok?"soal Darra begitu terpempan kerana tidak menyangka secepat itu dirinya akan dikenalkan depan khalayak umum!

"Kenapa?Ada sebarang bantahan mengenai hal tu tuan muda?"Duke Elijah bertanya sebelum dia membawa batang cerut ke mulut untuk dihirup asap darinya.

Mata Darra tidak berkedip semasa membalas tatapan mencabar Duke Elijah. Dia mahu melawan tetapi teringat yang ada nyawa yang perlu di lindungi, Darra memilih untuk mendiam. Tanpa mengatakan apa-apa Darra terus berpaling membelakangkan ayahnya dan keluar dari bilik bacaan tersebut.

KLIK!

Pintu bilik bacaan tertutup.

Dan waktu itu Anthony ikut berhenti dari berjalan apabila Darra diam di situ termenung memandang ke lantai dengan bahu jatuh ke bawah.

"Adakah ini satu sumpahan atau hukuman buat saya kerana menjadi punca kematian ibu saya?"tanya Darra dengan perlahan.

Anthony diam di situ.

"Saya tidak pernah minta untuk berada di sini..saya tak diminta untuk dilahirkan.."begitu kecewa Darra dongak memandang Anthony dengan kening mencerlung hendak menangis. "Kenapa?Beritahu saya?"

Untuk sesaat Anthony diam di situ sebelum bersuara. "Jangan begitu cik muda."

Mata berkaca hendak menangis Darra mula bergenangan air mata. Dia terluka yang amat sangat. Bukannya disambut dengan mesra sebaliknya diberi arahan seakan diri ini hanya bahan dan objek semata. Siapa aje yang tidak marah!?

"Ianya bukan hukuman buat cik muda. Tapi ianya cara Sire menebus dirinya sendiri. Kehilangan Puan Besar sangat memakan diri Sire. Sebab itu, cik muda perlu belajar untuk patuh pada tuan demi melindungi diri cik muda sendiri."

Darra pandang wajah berkedut Anthony dengan kening berkerut penuh kesedihan sambil mengepal penumbuk dengan erat di dalam genggaman. Dari awal lagi dia cuba menjadi anak yang baik dan mendengar kata, tapi balasan apa yang dia peroleh dengan melakukan semua itu!?