webnovel

Episode 2 : Duke Elijah Kirk.

6 tahun kemudian....

Negeri Landstan dikenali sebagai sebuah negeri yang membangun serta aman. Dipimpin oleh seorang raja bernama Alan Salas. Seorang lelaki pertengahan umur yang tegas Namun sangat peramah kepada semua tanpa mengira pangkat serta harta. Pimpinan Raja Alan Salas dibantu oleh lapan orang kanan dan penasihat yang sangat berpengaruh dalam Negeri Lanstan. Setiap penasihat dan pegawai dipanggil sebagai Duke dan Lord.

Tugas mereka terdapat beberapa jenis bahagian tertentu yang membezakan pangkat walaupun mempunyai gelaran yang sama. Yang mana membuatkan tidak semua boleh bekerjasama dengan baik kerana berebutkan favor dari raja.

Terkenal dengan ketegasan dan hati batunya, Duke Elijah Kirk adalah seorang pegawai tinggi dalam pemerintahan diraja. Sering menjadi buah mulut penduduk kerana lelaki itu sering berkelakuan perenggus dan bukan mesra rakyat.

Walaupun begitu, setakut macam mana sekalipun penduduk Daerah Cameron, mereka sering mendapatkan bantuan dari Duke Elijah sekiranya mereka mempunyai isu atau permasalahan dalam urusan mereka.

Samaada masalah kewangan, keselamatan, cukai, bekalan makanan atau urusan penting petani dan peladang mereka bakal merujuk Duke Elijah kerana lelaki itu orang dekat dengan raja dan berpengaruh besar.

Di suatu hari yang cerah pada musim panas itu, Duke Elijah Kirk telah dijemput untuk menghadiri majlis minum teh oleh sebuah keluarga Pembesar diraja juga yang mana merupakan rakan seangkatan Duke Elijah dalam peperangan.

Enam orang lelaki dewasa duduk mengelilingi meja bulat dalam rumah hijau kediaman Keluarga Duke Marcel Guzman. Hidangan snek dan cangkir berisi teh tergeletak kemas di hadapan mereka.

       "Duke Marcel terima kasih kerana mempelawa kami ke sini untuk berkumpul sama."ucap Dekan Lorenzo Snow kepada lelaki di kepala meja bulat itu. Seorang lelaki berjambang putih dengan rambut kilat putih kemas disisir tengah.

Duke Marcel Guzman seorang lelaki berkepala botak licin, Namun berparut di kening kiri itu menarik sengih meleret sebelum mengerling ke Duke Elijah sebelah kanan meja depannya.

       "Semua ini untuk menyambut kemenangan Duke Elijah yang berjaya merampas semula Jambatan Crystal Mine dari kawanan pemberontak...tidak begitu Sire Elijah?"beritahu Duke Marcel, Timbalan Menteri Pertahanan.

Semua mata di situ melirik akan lelaki yang duduk tegak diam dan langsung tidak mengusik minuman dan makanannya sejak di hidangkan lama tadi.

Duke Elijah yang tahu kemana perbualan mereka bakal terarah hanya memandang Duke Marcel Guzman dengan muka tidak berminatnya. Perkenalkan kaki jilat yang berlumba dengannya semata mahukan kedudukan rapat di samping raja, Duke Marcel Guzman, musuh abadinya yang tidak pernah berhenti hendak menyakitkan hati dan menjengkelkan dirinya. Dua pangkat bawah darinya namun tidak kurang hebat darinya.

         "Taniah Duke Elijah atas kejayaannya."Duke Wendell Tanner, Penasihat Utama Raja, pula bersuara dari sebarang meja berhadapan dengan Duke Elijah. Lelaki kacukan Korea itu menarik senyuman ikhlas kepada Duke Elijah.

         "Seperti yang diduga Menteri Pertahanan dan Perang kita ini tidak pernah mengecewakan kalau bab berperang. Sentiasa pulang dengan kemenangan."Duke Brett Woodward, Menteri Kewangan dan Ekonomi.

Duke Elijah pandang akan Duke Wendell sebelum melepaskan hela nafas panjangnya kerana berasa mengalah dan enggan terus berada di situ membuang masa berharganya.

         "Sebaiknya tuan terus kepada tujuan utama tuan kenapa tuan meminta kami semua berkumpul di sini..jangan membuang masa saya dengan basa basi tidak penting begini. Saya ada banyak perkara untuk di lakukan tidak seperti Duke Marcel yang mempunyai banyak masa untuk dibuang..."beritahu Duke Elijah dengan dingin.

Berketik rahang Duke Marcel kerana komen itu. Dia balas tatapan Duke Elijah untuk seketika sebelum berdengus kecil mengejek.

Mereka di situ mula dapat merasakan ketegangan situasi antara dua kuasa besar di meja bulat saat itu. Masakan tidak, semua orang dalam tempat ini kenal akan permusuhan antara Duke Marcel dan Duke Elijah. Dua orang ini ibarat harimau bintang dan harimau kumbang hitam. Masing-masing mahu dominasi mereka. Sampaikan yang ada di tengah-tengah mereka tersepit sendiri.

          "Tuan sekalian...tolong. Jangan mulakan."pesan Dekan Lorenzo dengan nada teragak-agak. Mengapalah dua orang ini mahu saling bercakaran setiap kali bersua muka?Letih sungguh hendak menghadapnya.

Duke Marcel tidak mengalihkan pandangannya dari Duke Elijah. Masih mencabar lelaki itu siapa yang mengalihkan pandangan dulu.

           "Katakannya Marcel...kau kumpulkan kami semua di sini semata hendak wara-warakan niat kau untuk mengambil alih kedudukan aku dalam jawatan Menteri Pertahanan bukan?"luah Duke Elijah yang sudah mula merinding kejengkelan.

           "Raja telahpun menyuarakan pendapat baginda kepada aku mengenai hal ni..."

           Duke Elijah berdengus kecil lalu tersenyum. "Jadi kau bawa aku ke sini semata hendak merendahkan aku di hadapan semua orang di sini?Hanya kerana hendak menunjuk bahawa raja sudah mula beri perhatian dia kepada kau?Begitu?"

Duke Marcel berkerut kening tidak suka dengan ucapan Duke Elijah itu. Bukan ini rancangan dia. Niatnya adalah untuk buatkan Duke Elijah cemburu dan naik angin. Bukan sebaliknya!

          "Kau silap Marcel. Cara murahan kau ni tidak pernah membuatkan aku berasa tergugat. Sekalipun kau cuba menjatuhkan air muka aku depan mereka semua dengan cerita tidak seberapa kau itu."lantas Duke Elijah bangun dari situ. "Kau kena ingat satu perkara. Raja akan gemari seseorang itu sekiranya orang itu membawa kejayaan buat pemerintahannya. Bukan orang yang kerjanya menjilat kaki dan mengampu atasan mereka seperti orang tiada maruah dan nama"ujarnya saat membetulkan pakaiannya melirik akan air muka keruh Duke Marcel. "Sekiranya tiada apa-apa lagi..tuan-tuan sekalian, saya minta diri terlebih dahulu."dia beri tundukkan kecil sebelum berjalan meninggalkan meja di situ.

Terus kekok suasana meja itu apabila Duke Elijah menjauh.

Semua orang yang ada di situ begitu terkedu kerana sikap tenang bersahaja Duke Elijah yang tidak pernah tidak membuatkan mereka berasa kagum. Walaupun mereka sedia maklum dengan sikap Duke Elijah dan Duke Marcel yang sering berebutkan kuasa dan favor dari raja, namun mereka tidak boleh menafikan bahawasanya Duke Elijah lebih berwatakan dari Duke Marcel kerana ada saja yang Duke Elijah boleh katakan untuk melawan Duke Marcel tanpa hilang rasional lelaki itu.

BANG!

Duke Marcel menumbuk kuat permukaan meja itu dengan kuat hingga menyebabkan cangkir berisi teh miliknya tergolek ke tepi lalu menumpahkan isinya atas lapik.

         "Dasar lelaki perenggus tak guna!"getus Duke Marcel dengan renungan penuh bencinya ke suatu arah.

Sementara duke dan lord yang ada di sekeliling meja waktu itu saling membalas renungan antara satu sama lain. menghantar mesej kepada mereka melalui renungan mata mereka. Enggan melayan rasa iri hati Duke Marcel lama-lama.

         "Saya dengar anak Lord Wendell berkawan baik dengan anak Duke Elijah?Benar ke?"

         Duke Wendell menarik senyuman kekok. "Ya....benar. Anak perempuan saya itu sukar sedikit untuk menerima nasihat. Tidak kira sekeras mana saya bertegas padanya untuk tidak mendekati Tuan Muda Darrius, anak perempuan saya tetap juga cuba menemui budak itu.."

          Duke Marcel yang dengar perbualan itu terus hilang marahnya. Dia mengerling ke Duke Wendell.. "Wahh...lepas dia memperdayakan raja, sekarang Duke Elijah menggunakan anaknya untuk mengambil hati anak tuan pula?"sinisnya dengan benci.

          Duke Wendell memalingkan mukanya ke Duke Marcel lantas tersenyum. "Tidak tuan. Pearl yang memilih untuk mendekati Tuan Muda Darrius dari awal lagi. Lagipula Pearl berhutang budi dengan Tuan Muda Darrius..."

Di situ para duke dan lord pasang telinga kerana berminat dengan topik perbualan mereka.

           "Berhutang budi?"Dekan Lorenzo bertanya.

           "Iya...kalau bukan kerana Lord Alfareeze."Duke Wendell pandang menyindir akan Duke Marcel, ayah kepada anak muda yang dinyatakannya. "Pearl pasti sudah cacat sekarang ini...Mujur Tuan Muda Darrius sanggup bahayakan dirinya menyelamatkan Pearl jatuh dari tunggangnya."

Duke Marcel hampir menyeringai benci kepada Duke Wendell bila kisah lama itu diungkit. Kisah lama pun, kenapa sering aje mahu diungkit. Lagipun semuanya salah budak bernama Darrius Emerson itu.

          "Sungguh ke?Wahh bertuah sekali anak tuan kerana dapat dekati anak Duke Elijah..."

           "Benar...anak-anak kami sendiri tidak berani hendak mendekati Tuan Muda Darrius gara-gara ketegasan Duke Elijah yang sering menakutkan mereka..."

           "Kami sering diberitahu Duke Elijah amat tegas tentang siapa yang bersahabat dengan anak tunggal lelakinya itu..hinggakan tiada seorang pun yang boleh mendekati Tuan Muda Darrius begitu saja."

            Duke Wendell tersenyum lagi. "Pasti ada alasan yang kukuh mengapa Duke Elijah bersikap tegas dan tidak membenarkan anak-anak lelaki tuan sekalian mendekati Tuan Muda Darrius itu.."beritahunya semasa melirik setiap wajah di situ seorang demi seorang.

Ya!Pasti ada alasan kenapa Duke Elijah hanya membenarkan wanita sahaja berada hampir dengan Tuan Muda Darrius bukan mana-mana lelaki.