webnovel

I Own The Cyborg

Kehilangan ingatan adalah hal yang tidak terlalu penting oleh sesetengah orang bukan tapi tidak dengan Elyana. Ingatan yang hilang darinya justru adalah hal yang paling penting dalam hidupnya. Ingatan terakhir yang dimiliki nya dalam membuat dia tetap sedar dan terjaga sebagai gadis yang terlahir sebagai manusia. Namun ingatan itu malah dihapus tidak tersisa. Kerana kegilaan Texas dia dijadikan bahan ujikaji. Semuanya sangat menyakitkan bagi gadis yang bahkan baru menginjak usia 11 tahun ketika itu. Perasaan dan emosi nya perlahan lenyap seiring berjalannya waktu dia berada dalam genggaman Texas. Dia telah diubah sepenuhnya menjadi mesin pembunuh. Setelah dirinya berubah atas kegilaan lelaki bekas doktor bedah itu, Texas malah melarikan diri tidak tahu ke mana meninggal kan dia disitu. Sel bawah laut yang sengaja didirkan jauh tersembunyi dari jangkauan manusia. Namun kehadiran Airiz perlahan-lahan merubahnya. Tapi tetap tidak dapat dielakkan bahawa lelaki itu akan tetap terluka pada akhirnya. "Tolong pergi jauh dari sini selagi boleh, please" "Jika kau meminta untuk aku pergi...maaf, saya tidak mampu untuk memenuhinya" Tubuh yang mula hilang kendali itu didakap seerat mungkin oleh Airiz sedangkan Elyana berusaha untuk melerai pelukan itu. "Please Riz lepas! Kau akan tersakiti kalau...arrgg...k..kau terus seperti ini..." Airiz hanya tersenyum memandang lembut kedua-dua pasang mata coklat itu yang kian basah dengan air mata. Diseka perlahan air bening itu. "Biarkan aku menerima kesakitannya untuk kali ini. Jadi mulai sekarang kau tidak perlu lagi menanggung kesakitan ini seorang diri,hmm" Airiz mengusap kecil pundak Elyana.

Chuwiee00 · แฟนตาซี
Not enough ratings
6 Chs

004

Setelah selesai menghabiskan makanannya, perasaan tidak selesa yang menyelubungi Airiz sebelumnya beransur-ansur hilang. Dia mula merasa lebih tenang, mungkin perasaan itu hanyalah disebabkan oleh kelaparan yang menguasai fikiran. Lagipun, pantai pada waktu malam memang boleh menimbulkan suasana misteri jika terlalu difikirkan.

Airiz kembali ke hotel dengan langkah yang lebih ringan. Ketika dia sampai di biliknya, dia langsung duduk di atas katil empuk, melepaskan nafas lega.

Fikiran untuk menulis tentang pengalamannya pada hari pertama di bandar tepi pantai ini mula bermain di kepalanya. Dia menyambar laptop yang terletak di dalam begnya dan membuka penutupnya. Skrin menyala dan Airiz tersenyum kecil. Ini adalah masa untuk berkongsi cerita dan melepaskan apa yang dia rasakan sepanjang hari ini.

Dia mula menaip, menulis setiap detik pengalaman yang dia lalui dari pemandangan senja yang indah, angin pantai yang menenangkan, sehingga perasaan aneh yang seolah-olah diperhatikan.

Ketika dia sampai pada bahagian di mana dia merasa diperhatikan, jarinya berhenti di atas papan kekunci. Sekilas bayangan dari kejadian tadi bermain di benaknya.

"Ah, lupakan saja," bisiknya pada diri sendiri.

Mungkin terlalu banyak membaca cerita seram yang membuat imaginasinya liar.

Tak lama selepas itu, Airiz membuka aplikasi chat di laptopnya. Dia ingin berkongsi cerita ini dengan sahabat baiknya, Kedd. Kedd selalu tahu bagaimana cara untuk membuat Airiz tersenyum, apatah lagi jika mereka membincangkan hal-hal pelik yang sering dialami Airiz.

Dia mula mengetik:

Airiz: "Bro, kau tak percaya apa yang jadi hari ini. Aku rasa ada orang follow aku masa aku kat pantai tadi!"

Tak lama selepas itu, Kedd membalas:

Kedd: "Hahaha, kau ni Riz. Jangan cepat paranoid lah. Kau tu kat pantai tepi bandar je, bukan kat pulau terpencil."

Airiz: "Serius lah Kedd! Masa aku duduk makan malam, aku rasa macam ada mata yang perhati dari jauh. Kau tau kan aku tak senang bila ada orang tengok aku macam tu."

Kedd: "Hahaha! Mungkin peminat rahsia? Atau kau tersilap fikir itu cuma bayang-bayang."

Airiz: "Mungkin... tapi kali ni rasa dia lain. Macam… betul-betul ada orang."

Kedd: "Okay, okay. Tak payah risau sangat. Kau datang bercuti, relax la sikit. Kalau kau terus berfikir macam tu, kau takkan enjoy pun suasana kat situ. Lagipun, kalau betul ada orang follow kau, aku yakin kau boleh handle, kan? Haha."

Airiz "Hmm, kau betul. Mungkin aku perlu chill. Mungkin cuma aku overthink sebab aku penat."

Kedd: "Exactly! So, enjoy your trip. Esok pergi jalan-jalan, snap gambar, makan makanan best lagi. Nanti balik sini cerita kat aku. Dan jangan lupa cari inspirasi untuk novel kau tu."

Airiz ketawa kecil membaca balasan dari Ziyad. Sahabatnya itu memang tahu bagaimana untuk menceriakan harinya. Rasa paranoia yang dia alami tadi seolah-olah hilang begitu saja setelah berbual dengan Ziyad.

Airiz: "Thanks, Kedd. Kau memang tahu cara buat aku rasa lega. Esok aku update lagi kalau ada benda menarik."

Kedd: "Anytime, Riz. Enjoy your trip!"

Setelah menutup laptopnya, Airiz merasa lebih ringan. Dia memandang keluar jendela, menikmati pemandangan malam yang sunyi dari balkoni hotelnya. Mungkin Kedd betul, ini hanyalah cuti yang perlu dinikmati, bukan dirisaukan.

Dengan senyuman kecil, Airiz menyandarkan tubuhnya ke bantal dan berbaring di katil yang empuk. Esok adalah hari baru, dan dia berjanji pada dirinya sendiri untuk menikmati setiap momen dengan sepenuhnya—tanpa bayang-bayang rasa curiga yang tak perlu.

Bukan sekadar untuk menikmati momen di sini namun dia punya misi tersendiri. Apakah misi itu? Sudah tentulah mencari cebisan mistery yang terselindung.