webnovel

BUKTI

Ketika Rykal sedang berehat didalam biliknya,telefonnya berdering.Rykal mengambil telefonnya itu lalu dia melihat Syafiqah menghantar beberapa pesan untuknya.Selepas membaca pesan daripada Syafiqah itu,Rykal terus menghubunginya.Syafiqah memberitahu bahawa dia akan pulang ke Malaysia pada esok hari.Mendengar hal itu Rykal sungguh gembira kerana dia akan berjumpa dengan kekasihnya itu lagi.Selepas itu,Syafiqah bertanya kepada Rykal berkenaan situasinya di Malaysia sama ada dia baik baik saja atau tidak.

Rykal menceritakan semuanya kepada Syafiqah.Syafiqah agak sedikit terkejut namun dia menyemangati Rykal dan berharap Rykal dapat menemui dalang dibalik pembunuhan atuk dan kedua orang tua kawannya itu.Keesokan harinya,Rykal sempat berdoa agar misinya untuk mencari dalang dibalik pembunuhan atuk dan kedua orang tua kawannya itu dipermudahkan.Encik Ismail menjumpai Rykal dan mengajaknya keluar untuk merehatkan mindanya namun Rykal menolak ajakan encik Ismail tersebut dengan beralasan dia mahu rehat seketika dirumah.

Encik Ismail pun berlalu pergi selepas Rykal menolak ajakannya itu.Selepas mendapati encik Ismail dan ayahnya sudah tidak ada dirumah,Rykal kemudian memulakan rancangannya dengan memeriksa bilik encik Ismail dan ayahnya.Sebelum Rykal melakukan hal tersebut,Rykal memantau pengawal encik Ismail yang sedang berjaga di luar rumah supaya dia tidak tertangkap sedang menggeledah bilik encik Ismail.Selepas mendapati keadaan selamat,Rykal bergegas menuju ke bilik encik Ismail.

Setibanya Rykal dibilik encik Ismail,Rykal mula menyelongkar almari encik Ismail namun dia tidak menemui apa apa.Rykal memeriksa semua ruangan dibilik itu termasuklah memeriksa dibawah katil namun tiada sebarang bukti yang mencurigakan.Kemudian Rykal menemukan sebuah alat kawalan.Rykal agak kebingungan lalu menekannya secara randon dan tiba-tiba secara tidak sengaja Rykal telah membuka ruangan rahsia di dalam bilik encik Ismail.Pintu Ruangan itu terletak dibawah katil encik Ismail dan dengan bersusah payah Rykal cuba mengalihkan katil itu.

Rykal memasuki ruangan itu dan dia melihat begitu banyak gambar encik Ismail yang masih muda bersama seorang wanita yang dia sendiri tidak pasti siapa kerana gambar muka wanita itu telah tiada seperti telah dikoyakkan.Selain itu,Rykal menjumpai sebuah telefon dan dia cuba untuk menghidupkan telefon itu dan berjaya.Di dalam telefon itu Rykal melihat terdapat vedio perkahwinan kedua orang tuanya yang membuat Rykal sedikit hairan.Lalu dia juga melihat terdapat vedio semasa sambutan hari jadinya semasa dia berumur 8 tahun.Rykal tertanya di dalam hati bagaimana encik Ismail mendapatkan vedionya itu.

Selepas itu,Rykal pergi meninggalkan ruangan itu sambil membawa telefon yang mengandungi vedio keluarganya itu.Rykal pergi untuk memeriksa bilik ayahnya dan tiba-tiba dia mendapatkan satu panggilan dari telefonnya.Rupa-rupanya itu ialah Syafiqah yang sudah tiba dihadapan rumah encik Ismail.Rykal agak terkejut kerana Syafiqah mengetahui tempat tinggalnya itu lalu dia menyuruh Syafiqah untuk menunggu sebentar kerana dia akan menjemputnya masuk.

Rykal membuat air untuk dihidangkan kepada Syafiqah namun Syafiqah telah membawa air untuk mereka berdua minum.Mereka berbual agak lama sampai tiba-tiba Rykal merasa keletihan.Dia cuba untuk berdiri namun tiba tiba kepala pusing lalu dia terjatuh.Tidak lama kemudian Rykal tersedar dan dia mendapati dirinya sudah berada di dalam biliknya sambil ditemani oleh ayahnya ditepi katil sambil duduk.Rykal bertanya pada ayahnya tentang apa yang telah berlaku padanya dan ayahnya menjawab bahawa dia mendapat panggilan daripada encik Ismail bahawa Syafiqah memberitahu pengawalnya bahawa Rykal rebah secara tiba-tiba.

Ketika ayahnya tiba di rumah,ayahnya mendapati Syafiqah yang sedang cemas memikirkan keadaan Rykal sambil berjalan berulang-alik.Lalu encik Ikmal menyuruh Syafiqah untuk pulang dan tidak terlalu gelisah.

Rykal kemudian baring dan berpura-pura tertidur.Tak lama kemudian ayahnya kembali keluar rumah kerana encik Ismail menghubunginya dan menyuruh encik Ikmal untuk menjumpai.Itu membuatkan Rykal mempunyai peluang untuk memeriksa bilik ayahnya.

Rykal memeriksa bilik ayahnya itu namun dia tidak menjumpai apa apa.ketika dia memeriksa dibawah katil,dia melihat sebuah kotak lalu dia mengambil kotak itu.Rykal membuka kotak itu dan melihat terdapat gambar keluarga baru ibunya serta gambar kedua orang tua Putra dan atuknya.Apa yang membuatnya bertambah pelik adalah ketika dia melihat gambar atuk dan kedua orang tua Putra diconteng dengan tanda pangkah manakala gambar ibunya dan keluarga barunya itu dibulatkan.Kemudian Rykal menjumpai sarung tangan hitam dan juga sebilah pisau.

Rykal mula mencurigai ayahnya namun dia masih mencuba untuk tidak bersangka buruk pada ayahnya.Tiba-tiba dia merasa seperti mahu memeriksa almari ayah semula.ketika dia memeriksa almari ayahnya dia merasa seperti ada sesuatu di sebalik baju ayahnya itu.Dia menjumpai gambar kedua orang tua Putra yang terbaring dengan darah memenuhi sekujur tubuh mereka.Dia juga melihat terdapat gambar Putra yang sedang baring tidak sedarkan diri disebuah tempat dan yang pasti tempat itu bukan didalam rumah itu.

Selepas menjumpai beberapa bukti,dengan berat hati Rykal menghubungi encik Riduan untuk memberitahunya mengenai apa yang dia jumpai didalam bilik ayahnya itu.

BERSAMBUNG.....