webnovel

Syaitan Kecil Dilahirkan

Editor: EndlessFantasy Translation

Si penganut Daoist terus menjawab dengan tegas, "Kapten, jangan risau. Saya pasti akan cari sampai dapat adik perempuan awak. Dengan hanya tanda lahir ni… saya akan daki gunung pedang atau menyelam lautan api. Saya akan cari tidak kira pengorbanan apa yang saya perlu lakukan!"

"Lagi satu…" Nie Tiada Nama mengeluarkan sekeping gambar lama dan menunjuknya kepada mereka semua.

Kelihatan wajah seorang gadis cantik. Namun, matanya begitu dingin sehingga membuatkan bulu roma mereka meremang.

"Ini adik perempuan saya semasa dia berumur 17 tahun. Adik saya tak banyak gambar, jadi saya minta Maharaja Ji bagi saya gambar ni tiga hari lepas," jelas Nie Tiada Nama.

"Kejap…" Si penganut Daoist mengimbas gambar itu dan kelihatan bingung. "Saya rasa saya macam pernah nampak dia ni…"

Pernyataan itu menarik perhatian Nie Tiada Nama dan penyepitnya berhenti di udara.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com