webnovel

Satu Cabaran

Editor: EndlessFantasy Translation

Orang boleh menganggap Xu Ming seorang yang sangat angkuh.

Tapi dia layak untuk berlagak angkuh. Dia ada kedua-dua kebolehan dan penyokong yang kuat.

Kebolehan lakonannya jauh panggang dari api dengan artis berpengalaman yang lain. Namun, jika dibanding tahap kebolehan Xu Ming dengan artis muda yang lain, kebolehan lakonannya boleh dianggap agak bagus.

Sebagai contoh klasik yang teruk, Gong Xu. Walaupun dia telah menjadi terkenal kerana rupanya yang kacak dan latar belakang keluarganya yang kaya raya, lakonan lelaki itu sangat teruk untuk ditonton. Dia tidak ingat dialognya sendiri dan hanya menyebut nombor 123456 semasa berlakon, memaksa pengalih suara memasukkan dialognya secara manual. Penggunaan potongan Photoshop, pelakon ganti dan semua taktik terkutuk bukan suatu perkara yang pelik.

Jadi seorang lelaki muda popular seperti Xu Ming, mempunyai penyokong yang kuat dan kebolehan berlakon yang sederhana juga sudah dianggap cukup baik.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com