webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 3 : Nerd Dan Si Loser

Dengan sisa ketawa Sarah melambai ke arah Zara selepas Zara tiba di depan dewan kuliah.

"Bye babe...jumpa nanti eh.""lambai Sarah dengan senyuman lebar di bibir.

Zara melambai tangan ke arah Sarah dengan gelengan kepala. Pantang betul tengok orang susah. Seronok mengetawakan kesengsaraan orang lain. Itulah sikap Sarah. Jenis orang yang pelik!

Sampai sekarang Zara tak tahu macam mana Tuhan boleh aturkan pertemuan mereka dari tadika sampaikan mereka berumur 21 tahun. Bukan dirancang pun untuk belajar tempat yang sama, bukan dirancang pun untuk duduk satu dorm. Tapi itulah kalau dah jodoh...hujung dunia sekalipun tetap akan bertemu.

Kedebuk!

Sambil termenung Zara berpaling hendak masuk ke dalam kelas, dia terlanggar sesuatu permukaan yang dia sangkakan pintu sampai buatkan dia jatuh terduduk di atas lantai itu.

"Auw..."aduhnya dengan mata terpejam menahan sakit di tulang punggungnya.

Sekali bila Zara buka mata dan dongak ke atas, dia bertentang mata dengan lelaki berkaca mata bulat beranak rambut menutupi dahi sampaikan nak nampak mata pun tak boleh sedang berdiri di depannya.

"Maaf."ucap Daniel, budak nerd extend. Pelajar senior yang repeat tahun sebab tak lepas. Zara tak jelas sangat tentang senior dia yang seorang ni. Apa yang Zara tahu, Daniel ni tangguh kuliah untuk beberapa tahun. Jadi di usia 23 tahun lelaki itu sambung semula belajar di kolej ni sejak tahun lepas.

Jadi dah setahun jugaklah Zara satu kuliah dengan Daniel.

Disebabkan penampilan lelaki itu yang agak noob dan nerd. Tak ramai pelajar perempuan suka dekat apatah lagi bergaul dengan Daniel. Malah diejek dan diperlekehkan lagi adalah.

"It okay...senior okay tak. Maaflah saya tak perasan tadi. Termenung pulak..."jawab Zara sambil bangun dari situ dan menepuk-nepuk punggungnya.

Pada masa yang sama muncul dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari belakang Zara. Dengan senyuman dan renungan jahat di bibir, seorang dari mereka dengan sengaja menyiku belakang Zara dan menyandung kaki Zara sampaikan Zara jatuh bergerak menghempap Daniel di depan.

Daniel dan Zara yang tidak menjangka kejadian itu tidak sempat hendak berbuat apa-apa. Lalu kedua-dua itu jatuh ke atas lantai dengan keadaan Zara menghempap Daniel.

KLIK!

Bunyi ketikan kamera kedengaran serentak taktala pelajar perempuan di situ mengambil gambar situasi tadi.

"Get a room guys...awal-awal pagi lagi nak buat scene pulak. Dasar Nerd dan Loser betullah...." ketawa mereka sambil berjalan masuk ke dalam dewan kuliah dengan sisa ketawa mengejek mereka.

Terkebil-kebil mata Zara bila dia lihat keadaan kompromi mereka berdua. Sementara Daniel yang terbaring di lantai kaku di situ memandang Zara berkedudukan merangkak atas atasnya.

Zara menjungkit tinggi keningnya bila bertentang mata dengan Daniel. Terkejut sekejap melihat wajah tenang seniornya. Boleh pulak mamat nerd ni cool macam tak ada apa-apa berlaku bila mereka rapat macam ni. Bukan ke nature seorang nerd tu malu-malu. Anti social, jenis pendiam tak suka bergaul?Kenapa Daniel langsung tak nampak terganggu dengan keadaan mereka ini?

Kening Zara mencerun tajam.

"Dia orang ni kan..."deram Zara dengan geram lalu mengangkat kepala, Dia mengetap gigi sewaktu memandang tiga orang penyangak tadi. Tanpa buang masa, dengan kepalan penumbuk dikedua-dua belah tangan terus dia bangun dari atas Daniel dan berarak mendekati tiga orang pelajar tadi.

Tak sedar akan kehadiran Zara, tiga orang tu ketawa dengan gembira sesama mereka.

Dengan muka bengis keberangan, lengan panjang t-shirt doremon di sinsing Zara hingga ke siku. Mata helangnya dikunci tepat ke sasaran dua orang depannya itu.

Tanpa amaran Zara cengkam rambut dua orang pelajar lelaki tadi dan menarik kepala mereka ke belakang secara mengejut.

"Arghh!"teriak Liam dan Hale dengan serentak apabila kepala mereka dongak ke belakang secara tiba-tiba.

Zara kemudiannya campak mereka jatuh ke lantai. Dengan kuat kedua-dua pelajar lelaki tadi pun terbaring ke belakang lalu mendarat di depan kaki Zara.

Bawah leher pelajar lelaki yang menyiku Zara tadi dipijak Zara."Ulang balik apa kau orang cakap tadi. Aku tak dengar la."minta Zara sambil memberi tekanan pada bawah leher itu sewaktu meletakkan tangan di tepi telinga dia.

Seorang lagi rakan dua lelaki tadi tersentak lantas menoleh ke belakang sebelum melihat rakannya terbaring di atas lantai.

"Hei!"marah Casey dengan muka takut."Kau buat apa hah!"dia bergegas hendak dapatkan Zara.

Zara tidak berganjak dari situ. Dia hanya angkat kepala memandang Casey sebelum dengan bersahaja menghayun beg sandangnya ke muka Casey bila Casey mendekat. Hayunan itu kemudiannya menyebabkan Casey tercampak ke belakang dan terbaring di atas lantai dengan serta merta.

Semua yang ada di dalam bilik kuliah tu tergamam tak terkata. Terkejut sebab semuanya berlaku secara mengejut.

Zara berdengus kasar.

"Sekarang kita tengok siapa yang loser!"ujar Zara sambil menyanggul rambutnya ketat-ketat.