webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 4 : Red Book

Satu fail merah tertulis dengan pen marker merah dengan nama 'REKOD PENALTI PELAJAR' dicampak atas meja dengan kasar oleh lelaki berkemeja biru bertali leher hitam yang mencekak pinggang menghadap empat orang pelajar dari tahun kedua di depan mejanya.

Seorang dengan rambut kusut masai seperti baru meredah ribut, seorang dengan baju t-shirt rabak,mujur lelaki. Seorang lagi dengan lipstick meleret keluar ke pipi, mascara terpalit mengotorkan tepi mata. Sementara seorang lagi sudah bercalar dan berlebam di muka dan pipi.

Melihat semua itu, membuatkan lelaki berusia 45 tahun itu tak tahu nak cakap apa lagi.

"Saya tanya kamu umur kamu berapa tahun?"soal Gerald,Koordinator Siswa pada pelajar di depannya. "Setahun?Sepuluh tahun?huh?Berapa saya tanya?"

"Dia yang mulakan dulu sir...tiba-tiba jer serang. Kami Cuma pertahankan diri.."kata Liam dengan kedua-dua tangan berada di perut, kepala tunduk memandang ke lantai.

"Buang jer dia dari sini sir..perempuan gila ni patut duduk dekat hospital sakit jiwa sana..." Hale menjeling tidak puas hati ke sisi kiri dimana Zara sedang berdiri.

Casey mula teresak-esak menangis. Memegang pipi dengan kesan lima jari bekas tamparan Zara tadi.

"Sir...tengoklah apa dia buat pada kami.." tunding Casey. "Pada saya..."tunjuknya pada pipinya.

Gerald berkerut kening saat tiga orang pelajar itu berusaha pertahankan diri, tetapi tidak pada si pelaku kekejaman itu. Kekal bersahaja di situ seperti tunggul dengan muka tidak ada perasaan atau kisah dengan semua itu.

Nampak sangatlah pelajar itu mahu keluar dari univerisiti ni. Tapi Gerald tahu, sekalipun dia kenakan penalty dan keluarkan surat gantung sebanyak mana sekalipun, dia tak boleh buatkan pelajar itu keluar dari sini dengan mudah. Kalau tujuan pelajar depannya ini buat masalah disiplin untuk keluar dari sini dengan mudah, pelajar ini silap. Mana mungkin pelajar ini dapat keluar dari sini macam tu je.

"Zara..."panggil Gerald yang langsung tidak menghiraukan bebelan tiga orang anak orang kaya di depannya. "Kamu hendak katakan sesuatu?"dia menyilang tangan ke dada.

Zara hanya mengulum lidah dalam mulut saat dia memandang ke arah langsir kelabu yang tergantung di jendela belakang Gerald. Seakan langsir itu lebih menarik daripada bising-bising di sekelilingnya.

Gerald melepaskan keluhan mengalah. Dia tahu Zara takkan bagi kerjasama pada dia. Ini bukan kali pertama Zara terlibat dalam masalah. Sama ada salah tu Zara yang cipta sendiri atau orang lain. Zara takkan susah-susah pertahankan diri. Sebabnya bagi Zara keluar dari sini adalah keutamaannya. Lalu Gerald memandang tiga orang pelajar di depannya.

"Ini adalah amaran pertama untuk kamu bertiga...sekiranya kamu berkelakuan tidak sopan pada mana-mana pelajar di sini , saya takkan ragu-ragu untuk keluarkan surat amaran pegantungan kepada ibubapa kamu..."

Mulut mereka bertiga jatuh ternganga. Memandang tidak percaya.

"Apa?!"soal mereka dengan serentak.

"Kenapa kami pula yang kena hukum! Dia yang serang kami dulu!"

"Yang patut kena hukumnya perempuan gila samseng ni!"

BANG!

Melompat terkejut ketiga-tiga pelajar yang sejak tadi bising bila Gerald memukul permukaan meja dengan kuat. Terus menikus mereka tundukkan kepala ke bawah sebab takut.

"Cukup. Saya tahu kamu yang mulakan dulu. Kalau tidak mana mungkin Zara serang kamu melainkan dia ada sebab nak buat begitu. Sekarang keluar."Gerald tunding jari ke arah pintu. "Atau kamu nak saya kenakan hukuman penalti dengan lakukan kerja kebajikan?"

Mereka bertiga menarik muncung, lantas berpaling dari situ dengan muka tak puas hati. Sempat juga mereka mengacah mahu memberi penumbuk pada Zara, tapi tak jadi bila Gerald berderam geram dan memberi jelingan maut ke mereka.

Melihatkan mereka bertiga keluar, Zara pun ikut berpaling menuju ke pintu. Langsung tidak menghiraukan Gerald.

Gerald dekat belakang meja kerja bersuara masa Zara menghampiri pintu pejabat."Zara...kalau ini cubaan kamu untuk keluar dari sini...fikirkannya semula."pesan Gerald. "Ianya tak ada guna. Kamu tahu tentang hal tu takkan beri apa-apa faedah..pada kamu atau sesiasapa dekat sini. Jadi saya minta kamu pertimbangkan semua ni..."pesan Gerald.

Zara memegang tombol pintu lalu memulas tombol pintu tu. Dia pandang ke balik bahunya lalu menarik senyuman sinis. Cepat atau lambat dia akan keluar jugak dari sini. Dari penjara batu dia ni.

"We'll see."balasnya sebelum membuka pintu dan melangkah keluar dari pejabat itu.