Dian terpaksa melangkah menuju ke Fatihah walau hakikatnya dia ingin lari sejauh yang mungkin.
"Hah Amirul ni Dian." Fatihah cuba memperkenalkan Dian pada Amirul.
Dian hanya diam tundukkan kepala.
"Interesting." Amirul hanya senyum.
Selepas tiga hari kejadian malam tu. Amirul ambil keputusan untuk tinggal semula dengan ayah kandungnya. Bila di sekolah pula aku ambil keputusan untuk mengelakkan diri dari dia. Lagipun Amirul aliran seni. Jadi biasanya kelas dia sibuk dengan tugasan yang ada. Jadi tenang bila aku tidak terserempak dengan dia. Selebihnya aku akan larikan diri bila terjumpa Amirul.
Tapi bila dia depan mata. Aku tak boleh lari. Seperti rusa masuk perangkap harimau.
"Beb. Kau tunggu jap boleh? Aku nak pergi tandas kejap." Aku mula geleng kepala tanda enggan untuk tinggal bersama Amirul.
"Kejap je. Bukan lama. Amirul tak makan oranglah." Fatihah terus berlalu pergi tanpa sempat untuk aku bersuara.
Aku mula kekok dengan kehadirannya.
"So. Lama tak nampak ye? Walaupun satu sekolah." Amirul mula renung aku. Renungannya masih sama seperti sebelum ini dia melihat aku.
"A-a-aku sibuk sikit." Aku terus beralih ke arah lain. Tangan aku mula menggeletar.
"Kau tak rindu aku ke?" Jari Amirul mula berjalan di sekitar tangan aku.
Kebetulan aku nampak Zafril berjalan berseorangan. Laju aku memanggilnya.
"Zafril!" Langkah Zafril mula terhenti. Melihat Dian yang memanggil. Amirul mula panas bila Zafril yang Dian cari.
"Siapa pula tu?" Berkerut kening Zafril.
"Maaf ye Amirul. Aku ada hal kejap." Aku terus pergi tanpa menoleh ke arahnya.
"Kau cari pasal ye Dian. Kau tunggu nanti." Senyum sinis.
Dian mula menghembus nafas lega sebaik sahaja melepasi bala yang ada.
"Ok thanks tau Zafril." Dian terus pergi ke arah lain. Selepas berjalan bersama. Zafril masih lagi keliru.
"Er. Kau buat apa sebenarnya ye?" Zafril bertanya.
"Maaf. Bukan niat aku untuk pergunakan kau. Aku cuma nak lari dari situasi." Dian terus berlalu pergi.
"Kau kenal ke Amirul?" Langkah Dian dimatikan.
"Tak." Senyum dan teruskan berjalan.
"Ok." Zafril terus berjalan menuju ke koperasi.
Dari jauh Tia hanya melihat Zafril berjalan bersama Dian.
"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"
"Hah!" Giliran Tasya pula untuk sergah Tia.
"Makkk!" Terkejut Tia dibuatnya.
"Awak dah kenapa?" Tia mengusap dadanya perlahan.
"Siapa suruh termenung. Kan dah kena." Tasya hanya ketawa.
***
Fatihah menuju ke arah Amirul semula selepas keluar dari tandas.
"Eh. Mana Dian?" Fatihah bertanya.
"Dah pergi dengan Zafril." Selamba Amirul menjawab.
"Zafril?! Kenapa?"
"Kau tanyalah dia. Dah lah aku nak masuk kelas. Nantilah kita bincang." Amirul terus beredar dari situ.
Fatihah mula tak puas hati. Bila dengar Dian pergi dengan Zafril.
"Dah kenapa minah tu? Jangan sampai aku hebohkan rahsia kau Dian." Omel Fatihah seorang diri.
Laju langkah Fatihah memasuki ruang kelas. Melihat Dian yang hanya duduk di bangku meja miliknya.
Baam!
Tersentak aku bila Fatihah mengetuk kuat meja milik Dian.
"Fatihah.." Dian terus berdiri dari tempat duduk.
Aku dan Tasya hanya memerhati.
"Apa yang kau buat?" Fatihah bertanya.
"Aku buat apa?"
"Kenapa kau jalan dengan Zafril?"
"A-a-aku..." Tergagap Dian dibuatnya.
"Aku apa? Kau suka dia?"
Aku masih setia melihat mereka.
"Bu-bukan. Aku cuma terserempak then aku jalanlah dengan dia." Jelas Dian.
"Jawapan tak munasabah. Jangan sampai aku bongkarkan rahsia kau." Ugut Fatihah.
"Fatihah!" Aku mula bersuara. Tasya menarik lengan baju aku supaya tidak bergaduh.
"Kau ni memang spesis suka ugut orang ke?"
"Apa masalah kau?" Fatihah renung aku dengan tajam.
"Berhenti pergunakan orang."
"Bukan urusan kau." Fatihah menarik kerusinya lalu duduk.
Fatihah tidak peduli apa yang aku katakan. Sama sekali tidak.