Aku letak kotak yang penuh fail atas meja. Alhamdulillah...berkat doa Ain agaknya....akhirnya..tamat jugak riwayat aku dari tanam anggur dekat rumah! Tak adalah....asyik nak menumpang si Ain je!
Valentino Z' Company
Tempat kerja aku. Tak ada kena mengena pun pasal valentine ke apa...cuma sebuah syarikat yang kecik. Baru lagi. Dalam dua tahun. Dan aku pulak bekerja dalam bidang pengurusan syarikat.
"Imana! Please help me!" Anita dah letak fail bertimbun atas meja aku. "Tolong hantar dekat valentino Y' company. Anyways...awak pergi aje dekat lobi. Dekat situ ada qayyum. Just tanya dia aje okey!" Lepas tu, terus anita menghilang.
Tak sempat aku nak tanya apa-apa. Sudahnya aku bergerak ajelah dekat lobi. Siapa pulak qayyum?
Sampai dekat lobi, mata aku melilau pandang sekeliling. Cuma ada seorang lelaki yang bersuit putih dekat situ. Tengah terpacak sambil pegang fon. Lama aku perhatikan dia atas bawah.
Tinggi. Muka flawless. Hensem! Ni ke qayyum?
"Imana?"
Terkejut aku. Bila tengok depan, si slender dah terpacak sambil pandang aku atas bawah. "Kau imana kan?" Dan satu senyuman dia ukir.
Aku mengangguk.
"Ye. Saya imana. Encik qayyum?"
"Yeah....dont panggil encik. Dah macam tua aje!" Qayyum dah berkerut.
"Habis...saya nak panggil apa?"
Kali ni qayyum dah buat muka semacam. Kening diangkat berulang kali. Gaya nak mengusik.
"Baby?"
"Euww...." Jawapan spontan yang keluar dari mulut aku. "Tak ada panggilan yang normal sikit ke?"
Si slender dah peluk tubuh sendiri. Spek hitam yang tersangkut atas batang hidung dia yang mancung, dia tarik dan disangkut pada poket baju.
"Baby....hmm...just nice! Nampak aku lebih muda!"
Dah! Malas aku nak layan. Lebihnya...aku buat tak tahu saja!
"Qayyum.....fail ni...nak kena hantar dekat Valentino Y' company. Dekat mana tempat tu?"
Fail yang bertimbun, buatkan lengan aku rasa sakit. Baru nak letak atas lantai sekejap, laju si slender ambik dan dibawa ke dada.
Baik pulak si qayyum! Baru aku nak puji...laju si qayyum mencelah.
"Aku rasa nanti kau kena belanja aku."
Dengan muka selamba dia cakap.
"Kan....my pretty imana?"
Aku dah berdecit. Geram dengan ayat last dia. Banyaklah pretty! Kalau dia nampak muka aku tanpa make up..mesti dia akan kata macam ni...
"Kan....my ugly imana?"
Huh! Lagi malas aku nak fikir. Rasa menyesal lah pulak pakai make up. Macam menipu orang lain pun ada!
"Imana?"
Qayyum dah petik jari dia depan muka aku. Mata pulak tak berkelip pandang aku. Dah kenapa?
"Ye...awak cakap apa tadi?"
"I just ask you....kenapa tak gerak? Or....kau nak aku dukung kau?"
Laju aku geleng kepala. Mengarut!
"Tak adalah! Jom pergi!"
Aku dah melangkah. Laju aku berjalan. Sampai aku terlanggar tubuh slender di depan.
"Imana! Watch out!"
Tak sempat nak elak, aku dah nak terjatuh. Tapi kali ni, laju tangan aku ditarik. But...tak adalah sampai nak peluk cam drama! So cliche! Tapi ni bukan klise! Ni...kelisa!
Sebab yang aku langgar tadi adalah.....
"You again?" Masam muka si slender. Tangan dia seluk ke poket seluar .
Aku dah menggelabah. Cepat-cepat aku tunduk pandang lantai.
"Oh...I' m sorry....tak sengaja!"
Si slender ketawa sinis. Badan dia jarakkan dari badan aku. Tapi sempat aku dengar sumpah seranah dia walaupun dia sebut dalam nada yang rendah.
"Idiot!"
Masih masam muka dia. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Situasi sekarang...sangatlah kekok! Aku rasa macam nak aje simen muka aku dekat lantai!
Baru aku nak buat ayat, si qayyum mencelah. Ada lagi rupanya mamat ni!
"Sorry encik tengku. This is our newbie. Baru lagi and masih tak kenal sesiapa." Qayyum dah terpacak depan aku. Macam perisai yang selamatkan aku dari alien di depan. Sekali lagi...aku hutang dengan qayyum!
Si 'encik tengku' tu tak cakap banyak. Cuma beberapa ayat sumpahan macam tadi. Suka betul menyumpah! Macam dah zikir aje dekat bibir dia. Sebab malas nak cari pasal....aku cuma diam dan dengar.
"Stupid newbie!"
Lepas tu dia tinggalkan aku dengan qayyum. Mendidih darah aku dengar. Wadefish! Stupid newbie dia panggil aku! Dan mula saat ni...si 'encik tengku' tu aku dah senarai hitam nama dia! Seteru nombor satu!
"Dont care about it. Oh yeah....tadi.... our new director. Encik tengku. Baru habis belajar dari spain. Mungkin sebab tu dia jadi sesumpah! Dah jom lah baby!" Selamba si qayyum ketuk spek hitam dia dekat dahi aku.
Aku jeling aje si qayyum. Well....baik lagi si qayyum dari alien tadi!
"Thanks again qayyum."
"Small matter."
Lepas tu aku ikut langkah panjang qayyum ke Valentino Y' company. Dan sepanjang jalan tu....qayyum dengan rela hatinya...cerita aku dari A sampailah Z pasal syarikat ni. Baru aku tahu serba sedikit.
"Encik tengku tu...memang macam tu. But he's nice."
Aku berdecit. Mana yang baiknya? Buruk aje aku nampak! Tak tahu celah mana yang qayyum kata baik.
"Malas nak komen."
Tu yang aku jawab. Well....me....tak pandai nak sorok perasaan sendiri. Kalau tak suka...aku cakap aje.
Si qayyum pulak dah ketawa.
"Seem like.. there's a hater here..." Qayyum pandang aku atas bawah. Lepas tu dia bagi aku semua fail yang dia pegang. Aku tak cakap apa. Baru nak berjalan, qayyum duduk melutut sambil ikat tali kasut aku. Yeah....kasut tumit aku ada tali! Dah double hack!
"Tak apa. Biar saya ikat sendiri."
"No way girl! Biar aku yang buat. Nanti orang nampak aku as a jerk kalau diaorang nampak kau ikat tali kasut sendiri."
Tu jawapan dia. Malas nak bergaduh hal kasut, aku terima aje dia tolong aku. Pasal kasut je pun! Tak payah nak pening kepala sangat fikir. Tapi...ayat last qayyum macam menarik aje aku dengar.
"Qayyum...awak jauh panggang dari api lah...dari perkataan jerk tu! Yang lagi sesuai kawan ungka tadi! That' s a real jerk!"
Aku buat muka bosan. Sekali lagi qayyum ketawa. Satu perkara pasal qayyum yang aku baru tahu.....qayyum suka senyum dan ketawa. Beza dengan kawan ungka tadi! Yang tu muka memanglah hensem...tapi ayat yang keluar....
Semua ayat sampah! Geram betul imana.
"Oh...my new fan!" Qayyum tayang senyum. Fail di tangan aku, dia ambik dan dibawa ke dada. " You're so cute to be my fan....." Dan qayyum datang mendekat. Dah kenapa pulak ni?
Badan dia tundukkan. Supaya muka aku selari dengan muka dia. So sekarang ni.... Iris biru cerah qayyum tepat pandang aku.
" Wanna be my girlfriend?"
Satu senyuman dia ukirkan. Aku dah rasa macam nak pengsan. Wadeheck!