webnovel

Te encontre | i love you

Autor: levonuts
Fantasia
Contínuo · 12.8K Modos de exibição
  • 4 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

Te encontre...i love you the moon and back.

Chapter 1chap_1| little angel

"Hei! Budak!" Zakira dah berdiri depan seorang budak lelaki. Comot muka budak tu dengan coklat. Zakira dah tayang senyum manis dia.  "Awak jiran baru kan? Apa nama awak?"

Budak tu tak berkelip pandang zakira. Apa nak pelik.....zakira kan comel. Mix melayu-arab-england. Sekali tengok memang tak puas. Bangga jugaklah zakira. Tapi...walaupun zakira comel....dia tak pernah hina orang lain.

   "Zakwan."

Sepatah budak tu jawab.

    "Zakwan nak main dengan kira? Kira tengok awak sorang aje?" Zakira senyum pada zakwan. Manis. Sampaikan zakwan turut senyum sama.

    "Zack budak gemuk. Takde orang nak kawan. Semua malu ada kawan gemuk. Kira tak malu ke kalau kawan dengan zack? Kira cantik. Macam angel."

Zakira senyum. Mata dia kerdipkan sambil pandang zakwan.

      "Umi cakap....dekat mata Allah...kita semua sama...jadi...kenapa kira nak malu ada kawan gemuk... Zack nak kawan dengan kira?"

Sekali lagi zakira tanya soalan yang sama. Dan kali ni...tak macam tadi, laju zack angguk kepala dia.

     "Nak!"

      "Jom main!" Zakira baru nak melangkah. Tapi...tiba-tiba dahi berkerut. Macam ada yang tak kena. Baru dia ingat. Tangan diseluk dalam poket baju. Ambik sapu tangan yang umi bagi tadi.

       "Kenapa tak gerak kira?" Zakwan pandang zakira pelik.

      "Boleh kira lap muka awak?" Zakira dengan lembut lap pipi tembam zakwan. Sampai bersih dia lap. Baru nampak kulit muka zakwan yang putih melepak.  Macam kulit dia. Cantik!

Zakwan senyum.

        "Terima kasih kira....awak memang angel!" Zakwan angkat thumbs up. Zakira pulak dah tergelak bila tengok reaksi zakwan.

         "Sama-sama kasih. Jom pergi main. Tuala ni....." Zakira suakan sapu tangan yang dia guna tadi. "Awak simpanlah. Kira ada banyak lagi."

Dengan perlahan, zakwan ambil dan simpan dalam poket seluar dia. Tangan zakira, dia pegang. "Jom!" Mata tak berkelip pandang wajah comel zakira.

        "Jom!"

Dan mereka berdua berlari ke kelompok budak-budak yang tengah bermain di taman. Zakira tetap dengan senyuman dia. Dan mata zakwan tetap pandang bibir zakira yang tengah senyum.

 

****

17 tahun kemudian

        "Imana!" Bahu aku disentuh dari belakang. Bila pusing, nampak wajah ain yang tengah termengah sebab joging tadi. Berpeluh-peluh muka dia.

Ain, kawan aku. Dari kecik..sampailah sekarang. Dah umur 23 tahun. Ain tetap dengan aku. Kira macam si ain ni dah jadi ahli keluarga aku sendiri. Dan.....aku sayang dia sangat-sangat.

      "Termenung pulak dia. Imana! Dengar tak apa ain cakap?" Ain dah pandang aku tak berkelip. Sambil teguk air, dia rehatkan kaki dia atas kerusi.

       "Apa ain cakap tadi?" Sambil sumbat jajan dalam mulut. Penuh mulut aku dengan jajan. Tak senonoh!

        "Dah laa makan jajan. Nanti gemuk camne?" Ain ambik jajan dekat tangan aku dan disorok dekat belakang dia. "Lagipun tak sihat makan jajan."

Aku dah buat muka bosan.

       "No jajan....no life laaa...."

Ain dah tak terkata apa. Pipi aku yang comot dengan jajan, dia lap. "Comot dah twin saya ni... Tak pergi kerja ke hari ni?"

Aku menggeleng.

        "Kerja tak dapat lagi. Susah nak cari kerja. Lagi-lagi dengan muka macam ni." Aku tunjuk muka sendiri.

         "Why? You're so cute already!" Pipi aku, ain tarik kuat. "Dah comel laa....mereka yang buta!"

Aku ketawa. Tangan ain, aku tolak.

       "Imana rasa...ain yang buta. Yelah...imana ni mana cantik! Muka penuh dengan jerawat! Dah hilang muka flawless cam dulu!"

Bahu aku ain tepuk.

      "Muka tak cantik...it's okey! Lagipun....hati imana cam gini... " Thumbs up, ain angkat. ".....superb!"

Aku senyum. Ada aje jawabnya! Tapi bila bayangkan time pergi temuduga kerja...aku mengeluh. Wajah ain aku pandang.

        "Kan best....kalau imana dapat pinjam muka dan badan ain...satu hari pun dah cukup."

        "Mengada! Imana dah cukup cantik okey!" Tangan aku, ain tarik. "Jom ain make up!"

Aku dengan cepat menggeleng.

       "Taknak lah....imana..kalau make up pun...tetap tak cantik! Cam kodok jugak!" Makin kuat tangan aku ditarik. Dengan badan aku yang sama kurus...tapi tenaga ain yang lagi kuat, so aku pun terpaksa laa ikut. Masam muka aku.

       "Dengan make up....kodok pun boleh jadi pwincess okey!" Bersemangat betul ain. Aku macam muka terpaksa pun ada.

Bila sampai dalam bilik, laju ain tolak aku atas kerusi meja solek. Tangan dia ligat cari benda alah dalam beg.

        "Ain.... Imana rasa macam useless....you know....imana langsung tak dapat kerja walaupun masuk u. Kesian umi...buat penat aje tanggung belajar imana..."

Bahu aku, ain tepuk. Tak berkelip dia pandang aku. "Rezeki imana... Mesti rezeki imana tak sampai lagi...nanti kalau dah sampai.... Kot lagi besar gaji dari gaji ain. Dah boleh belanja! So..... Jangan sedih-sedih! Tak cantik lah monyok macam tu.."

Aku memuncung.

     "Macam laa...kalau senyum cantik. Hodoh jugak!"

     "Ce try senyum. Nak tengok!"

Aku malas nak layan. Tapi bila ain dah tayang muka sememeh, aku tergelak.

     "Lawaklah ain ni!" Aku dah pegang perut. Senak perut aku kalau macam ni. Ain pun gelak sama. Muka aku dia pandang.

    "Cantik aje ain tengok!" Dan berus mula menari atas kulit muka aku. "Shall we start?"

     "Ohooo! Let's start!"

Dan muka aku terus dibalun ain. Entah apa dia conteng atas muka aku. Terasa macam tebal pun ada kulit muka aku. Tapi....bila tengok muka semangat ain...tak jadi pulak nak tegur. Kesimpulannya, aku biarkan saja.

***

Aku berlari. Huh! Temuduga lebih kurang dalam masa 10 minit aje lagi! Terpaksa laa aku korbankan kaki aku untuk berlari. Dah laa pakai kasut tumit tinggi! Ni semua ain punya kerja! Beria dia make over aku dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Bila dah siap...aku tengok cermin.

      "Dude!"

Tu je jawapan aku. Nak kata apa...make up dari tangan ain sangatlah bombastik! Sampai sekarang aku tak percaya aku adalah aku! Whatever! Dah terbelit lidah aku nak terangkan!

Bila pandang bangunan Valentineto, lagi cepat aku melangkah. Sampaikan tak boleh nak brek kaki panjang aku ni! Dah jadi masalah!

     

      'bammmm!'

Habis berterabur kertas yang aku pegang tadi. Semua landing atas lantai termasuk aku! Dan bila angkat muka, nampak lelaki yang bersuit.  Kerek giler! Dah lah langgar aku! Tak reti nak tolong pulak tu!

Sudahnya, aku sendiri yang kutip kertas atas lantai.

       "Encik....kalau berjalan...tak boleh ke tengok kiri kanan?"  Aku soal selamba.

Lelaki tu tak tolong aku pun. Sebaliknya, dia tayang muka tak berperasaan! Kalau tak difikirkan dia lelaki! Dah lama...aku tonyoh muka kerek tu dekat jalan! Biar berlubang kulit muka!

        "Sorry. Kau cakap dengan aku ke? Aku tak rasa aku langgar orang tadi...or kau yang mungkin langgar aku?" Lepas tu dia blah. Makin kecik je aku tengok dia.

Entah alien mana yang jatuh dekat bumi!

Harapan aku... Mintaklah dijauhkan dari jumpa 'alien' tu lagi! Jumpa buat sakit hati aje!

Você também pode gostar

Weltenreiter Teil 1 - fällt er in den Graben, fressen ihn die Raben

Das Leben ist nicht immer leicht. Vor allem nicht als depressive Abiturientin, mit Narben im Gesicht. Dabei wünscht sich Hope Reuther einfach nur ein normales Leben. Sie wusste ja schon immer, dass mit ihr etwas nicht stimmt. Noch dazu macht sie trotz ihrer bitteren Vergangenheit, ihr Abitur ein Jahr zu früh. Was die Sache mit dem normalen Leben noch ein bisschen komplizierter macht. Da Hope jedoch sowieso von den meisten gemieden wird, weil sie weder die Kapuze ihres schwarzen Hoodies noch ihre Handschuhe jemals ablegt, hatte sie sich da eigentlich eh schon keine allzu großen Hoffnungen gemacht. Zudem lässt sie die Tatsache, dass ihr einziger Freund ein paranoider Rabe ist, der ihr folgt und sie pausenlos vollquatscht, zunehmend an ihrer Zurechnungsfähigkeit zweifeln. Als ihr Lehrer ihr dann auch freudig eröffnet, dass sie das beste Abitur des Jahrgangs geschrieben haben soll und ihr von einer ominösen Organisation namens "WELTENREITER" ein Stipendium angeboten wird, würde Hope am liebsten schreiend (oder kotzend?) davonlaufen. Doch einer der angeblichen Studenten, die sie rekrutieren sollen, scheint viel mehr zu wissen, als er preisgeben mag. Der weißhaarige Fremde mit den silbernen Augen, der zu allem Überfluss auch noch Night heißt, ist so weit von Normalität entfernt, dass es fast schon wehtut. Und gerade als Hope denkt, es könnte nicht noch schlimmer werden, ist bereits völliges Chaos ausgebrochen und ihr Leben total auf den Kopf gestellt. Sprechende Raben, apokalyptische Reiter, das biblische Ende aller Welten... und ein Zurück erscheint unmöglich...

larafweber · Fantasia
Classificações insuficientes
1 Chs

Avaliações

  • Taxa Geral
  • Qualidade de Escrita
  • Atualizando a estabilidade
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo
Opiniões
Uau! Você seria o primeiro revisor se você deixar seus comentários agora!

APOIO