Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Doktor Li, Song Shuhang bertanya kepada Zhao Yaya,
"Kakak, saya akan melawat Profesor Renshui. Kakak mahu pergi dengan saya?"
"Kakak bukan pelajar dia, buat apa kakak hendak melawatnya? Kakak mahu balik ke Kolej Jiangnan. Banyak kerja yang perlu disiapkan."
Acara sukan Kolej Jiangnan itu berskala besar dan terdapat ramai pelajar yang cedera semasa dalam pertandingan. Sebagai seorang pelatih perubatan, dia sangat sibuk.
Saat berfikir tentang acara sukan itu, Zhao Yaya teringatkan sesuatu.
Dia menggulung kertas laporan perubatan Song Shuhang ke dalam bentuk tiub dan mengetuk kepala Shuhang dengannya.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com