Reaksi Tedung Selar lebih pantas dari apa yang Marvin bayangkan.
Walaupun perhatian dia tertumpu pada Shadow Doppelganger, tetapi dia masih lagi sempat menggunakan teknik ulungnya pada saat akhir iaitu Shapeshift Basilisk!
Ini merupakan Sihir Divine dengan jampi pantas, oleh itu ia mampu selamatkan dirinya tepat pada masanya.
Tetapi Marvin tidak terus panik kerana telah menjangka akan jadi begini.
Dia telah lama menjangka bukan perkara yang mudah untuk membunuh Tedung Selar. Oleh itu, dia telah persiapkan rancangan lain!
Marvin memang mempunyai sikap begini. Dia akan membuat banyak rancangan dan muslihat bagi setiap perlawanan. Sikap berhati-hati inilah yang menjadikan dia pakar yang terhebat.
"Bagus juga lelaki ini bertukar menjadi Basilisk. Dia tidak akan dapat gunakan Sihir Divine lagi!"
"Membunuh Basilisk lebih mudah daripada membunuh Cleric yang berjaga-jaga!" Fikir Marvin.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com