Binatang Astral sudah hampir terjaga!
Ini merupakan krisis terbesar oleh Feinan.
Walaupun Marvin membuat spekulasi yang roh Eric mungkin tidak musnah habis sebaliknya sebahagian telah bergabung dengan Binatang Astral, tetapi ini hanyalah hipotesis dia sahaja.
Tambah lagi adakah roh Eric yang sedang mengawal. Siapa tahu apa perubahan yang berlaku pada sikapnya selepas sengsara di tangan Orica?
Perkara paling menakutkan di dunia ini bukan kuasa pemusnah tetapi adakah orang yang mempunyai kuasa ini mampu mengawalnya.
Di kawasan Sisa Binatang Astral, aura pada roh menjadi semakin kuat.
Satu daya hidup mula bergolak. Walaupun mayat ini masih terkejur tidak bergerak tetapi ia memberikan tekanan yang sungguh kuat!
"Alamak, mari kita gerak segera!"
Ivan kelihatan sangat risau.
Dia lelaki yang berani untuk berlawan dengan Naga Merah Kuno Ell tetapi ekspresinya sungguh teruk apabila berada di depan Binatang Astral!
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com