"Kau… Kau berani tinggalkan Feinan! Dewa Plague pusing ke belakang dan memaksa diri untuk bertenang.
Kehilangan avatar merupakan perkara yang agak menyakitkan tetapi dia tidak dapat membuat apa-apa dengan perkembangan situasi yang sedang berlaku ketika ini.
Dia terkejut kerana kelibat besar di depan dia ini berani untuk tinggalkan Feinan. Berani untuk tinggalkan perlindungan dari Kolam Magik Alam Semesta!
"Apa salahnya? Adakah kerana aku sudah bertahun-tahun tidak keluar?"
Seorang lelaki kacak keluar dari tengah kelibat besar itu.
Raja Elven Agung.
Dia tidak memakai mahkota kali ini. Dia hanya memakai pakaian biasa sahaja. Tetapi bagi dua dewa itu, dia mengeluarkan tekanan yang tidak terkira.
"Tambahan lagi apa yang terjadi di bawah lapisan kabus memang tidak boleh dijangka," Raja Elven Agung berkata perlahan.
Dewa Plague dan Putera Bayang merenung antara satu sama lain dan selepas itu kelibat dua orang itu terus hilang!
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com