webnovel

Menantikan Peluang

Editor: EndlessFantasy Translation

Pusingan terakhir Pertandingan Grail Suci Akademi Magore akan bermula tidak lama lagi.

Ketika ini, pertandingan ini telah menarik ramai orang datang dari kawasan jiran Menara Three Ring.

Tambahan lagi, ini masa untuk pendaftaran murid baru. Oleh itu ramai bangsawan dari selatan duduk di kawasan sekitar. Cerita mengenai Marvin membunuh di Akademi Magore, kemudian apa yang berlaku di Dewan Pengadilan telah tersebar di sekitar Menara Three Ring.

Selepas mendengar Marvin menggantikan tempat pengikut untuk turut serta bertanding bersama adiknya, semua orang semakin berminat.

Lembah White River merupakan nama yang kurang dikenali. Kawasan yang terpencil itu boleh menghasilkan dua beradik yang berbakat ini?

Kebanyakan orang tidak menjangka ia boleh berlaku.

Disebakan ini, mereka ada perasaan ingin tahu. Kemunculan Dame Hathaway juga menyebabkan Marvin menjadi lebih misteri.

Nampaknya latar belakang Baron ini bukan biasa.

Dan lawan mereka, Tuan Muda White dari keluarga Unicorn juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir ini.

Kebanyakan orang fikir White akan menjadi pemenang.

Lagipun, ini perlawanan di antara ahli sihir, dan Marvin seorang saja tidak mampu mengubah keputusan ini.

Walaupun adik Marvin yang bernama Wayne itu sangat berbakat, tetapi dia baru pulih dari terkena sumpahan. Abiliti dia untuk melancarkan jampi hampir tiada.

Oleh itu dia tidak mampu menggunakan banyak kuasa dalam pertandingan ini sebaliknya lebih kepada menjadi beban.

Membuat keputusan untuk turut serta dalam pertandingan ini membuatkan orang ramai menjadi pelik.

Tetapi kebanyakan orang datang untuk hiburan.

Mereka ingin melihat Baron Marvin yang baru tiba di Menara Three Ring dan menjadi perhatian menyebabkan ramai orang terkejut. Mereka ingin tahu apa lagi yang dia mampu lakukan!

Oleh itu, pada hari ini, penonton yang sangat ramai memenuhi kerusi padang latihan magik ketiga di Menara Ashes itu.

"Ini rancangan kau? Satu melawan dua?"

Dalam bilik peserta, Hanzer melihat Marvin dengan penuh risau selepas mendengar rancangan itu.

Dia tidak risau keadaan Wayne, tetapi berdasarkan rancangan Marvin, Wayne tidak perlu berada di pentas perlawanan.

Walaupun dia berkata akan berlawan bagi pihak Wayne sebagai pengikut, dia tidak pernah terfikir membiarkan adiknya yang sedang pulih itu berada di pentas perlawanan.

Dia memang akan berlawan secara seorang diri.

Dia tahu dia mampu lakukan.

Jika ini kawasan pertandingan biasa, Marvin akan rasa pening kepala. Tetapi disebabkan ini zon hutan, Marvin mempunyai keyakinan tinggi.

Renjer level 5 dengan pengalaman sebagai Pemerintah Malam. Ini sudah cukup untuk menghadapi pemilik kelas pangkat pertama, walaupun salah seorang dari mereka pemilik kelas paling kuat ketika ini iaitu ahli sihir.

"White ialah ahli sihir level 5 manakala pengikutnya pula pelindung level 5. Kau pasti sukar untuk berada dekat dengan mereka!"

Hanzer menggelengkan kepala. "Walaupun kawasan ini agak rumit, White pasti telah membuat persediaan dengan jampi jenis pengesanan untuk melawan kelas seperti kau."

"Aku akan tunggu dan mencari peluang."

Marvin tahu pelindung bersama ahli sihir yang datang dengan penuh persediaan merupakan perkara yang rumit.

Perisai besar bergabung pula dengan meriam besar ialah sesuatu yang menakutkan.

Tetapi siapa tahu keputusan jika tidak berani untuk mencuba?

Sepuluh minit kemudian, pertandingan itu bermula dengan rasmi. Selepas isyarat diberi dari staf yang bekerja, Marvin berjalan menuju ke gelanggang peserta seorang diri.

Wayne masih berada di belakang tempat peserta. Jelas kelihatan dia risau dari pandangan mata walaupun dia memberi sepenuh kepercayaan kepada abangnya itu.

Disebabkan abang dia penuh keyakinan, dia perlu percaya kepada abangnya.

Abangnya juga pernah beritahu sebelum ini dia hanya perlu fokus untuk pulihkan diri dengan cepat.

Jika Marvin menang dalam pusingan ini, dia perlu berada dalam kedudukan optimum untuk pusingan seterusnya. Oleh itu, dia mampu berhadapan dengan pemenang dari dua akademi yang lain nanti.

Lagipun, kawasan Pertandingan Grail Suci biasanya di gunung salji dan bukan seperti sekarang zon hutan yang memberikan kelebihan untuk Marvin.

Marvin berjalan di tempat peserta dan melalui pintu gelongsor.

Di depan dia ialah kawasan hutan yang luas dan juga terdapat skrol dari kulit kambing di atas batu.

Peraturan pusingan ini tercatit di dalam skrol itu.

Peraturan kali ini sangat mudah. Kedua-dua belah pihak bermula di hujung berlawanan. Utara dan Selatan. Grail Suci emas terletak di tengah hutan. Ia boleh dicari menggunakan peta ini.

Untuk menang, anda hanya perlu dapatkan Grail Suci dan tiba di lokasi yang ditentukan.

Lokasi itu berada di arah barat hujung hutan.

Kedua-dua belah pihak mempunyai peta hutan itu. Terdapat tanda merah di peta untuk menunjukkan lokasi Grail Suci berada.

Apabila seseorang dapat Grail Suci dan mula bergerak, tanda itu juga akan dapat dilihat di skrol itu.

"Nampaknya pihak aku lebih dekat sedikit…"

"Kepantasan larian pelindung agak perlahan. Walaupun sudah menggunakan haste, mereka tidak sepantas aku. Kes ini juga sama bagi ahli sihir. Mereka patut tahu tentang hal ini."

"Sebab itu mereka mungkin mengalah untuk mendapatkan Grail Suci dan terus menunggu di lokasi yang sepatutnya itu," Marvin cuba menafsir.

Ini rancangan yang agak bernas. Marvin seorang renjer dan kepantasan larian di dalam hutan pasti sangat laju.

Tetapi jika mereka menunggu di destinasi yang sepatutnya itu, Marvin akan menghadapi masalah untuk membawa Grail Suci kerana diserang oleh dua orang.

Ia perlu diletak dalam bulatan yang kecil.

"Oleh itu, biar aku dapatkan Grail Suci itu dahulu dan fikir perkara yang lain kemudian."

Marvin tidak lagi rasa ragu dan terus menyimpan skrol tersebut sebelum mara ke dalam pedalaman hutan tersebut.

"Aku rasa kita tidak sepantas dia."

"Mengikut informasi yang diterima, musuh kita renjer level 5. Mereka mungkin berpecah dan biarkan renjer untuk mendapatkan Grail Suci dulu manakala Wayne terus pergi tunggu lokasi yang telah ditetapkan."

White pula mula mengomel sambil melihat skrol di tangan.

Satu lelaki tinggi berdiri di belakangnya yang memakai baju perisai penuh sambil memegang perisai besar di tangan.

Ini pelindung level 5. Tidak mempunyai kuasa serangan yang kuat tetapi mempunyai kuat pertahanan yang sangat tinggi. Orang kata kelemahan kelas kategori penyangak ialah pelindung.

Pencuri biasa yang ingin menembus pertahanan pelindung boleh dikatakan sebagai orang gila!

Walaupun renjer yang mempunyai kuasa serangan tinggi juga pasti pening kepala.

Mungkin dengan serangan kerambit Marvin juga agak mustahil melepasi pertahanan perisai pelindung itu.

"Kita akan bergerak dahulu ke destinasi yang ditetapkan dan menunggu mereka di sana!" White memberi arahan dengan tegas.

Dia kemudian menggunakan haste kepada pelindung dan dirinya. Selepas itu mereka terus bergerak ke arah barat.

Satu kelibat bergerak di sebalik pokok.

Marvin seperti ikan di lautan ketika berada di hutan. Persepsi dia juga meningkat sedikit. Walaupun peningkatan ini sangat sedikit, tetapi berdasarkan situasi yang dialami ini, Marvin dapat rasakan derianya lebih tajam.

Di dalam hutan, dua orang itu bukan saja bahaya yang perlu dia tempuhi.

Terdapat juga binatang dan raksasa. Tetapi kebanyakan dari mereka berada pada pangkat pertama.

Abiliti renjer mampu membuatkan dia mengelak dengan mudah terjumpa raksasa itu.

Dengan cara ini, dia telah mengelak tiga raksasa dengan kekuatan lebih kurang sama dengan dirinya. Dia tidak boleh lakukan perkara ini jika berada di gunung salji!

"Lokasi Grail Suci di hadapan."

Selepas mengelilingi pokok pain, muncul kawasan lapang di depannya.

Satu platform batu terletak di tengah kawasan lapang itu.

Marvin menjeling. Dia cuba memeriksa dan tidak menjumpai sebarang perangkap.

"Rasanya tiada apa di kawasan utara."

"Nampaknya mereka terus pergi ke lokasi yang ditetapkan itu sambil menunggu kedatangan aku."

Marvin menyimpan Grail Suci itu di dalam beg. Ia cawan berwarna emas dengan saiz sebesar loceng.

Dia melihat kawasan persekitaran, dan terus tersenyum.

"Cuba untuk mencari peluang?"

"Mari kita lihat siapa yang lebih penyabar."

Satu rancangan yang agak berani muncul di dalam fikiran Marvin!

"Grail Suci itu mula bergerak, Sir!"

"Kelajuan dia sangat pantas, tetapi kita pasti akan sampai ke destinasi yang ditetapkan itu dulu," Pelindung itu memberitahu.

"Bagus, mari kita lajukan kelajuan kita!" White berkata dengan sinis.

Tidak lama kemudian, pelindung yang bertugas untuk melihat peta itu menjerit tiba-tiba, "Sir! Tunggu!"

"Dia sudah berhenti bergerak!"

"Apa?" White terkejut. Mereka telah membahagikan tugas. Dia telah menggunakan jampi pengesanan selalu. Nasib baik dia masih membawa cukup item pengesanan luar biasa.

Pelindung itu pula bertugas melihat peta.

"Tengok." Pelindung itu terus menunding jari di peta. "Ia tiba-tiba berhenti."

"Dan berdasarkan peta ini, dia tidak jauh dari kita!"

"Uh?" White terus keliru.

Dia dapat rasakan ada udang di sebalik batu.

Tetapi mustahil pihak satu lagi tahu kedudukan dia?

Ini merupakan peluang jika berada sedekat ini!

"Dia mungkin tengah berehat."

"Tidak kisah, kita perlu pergi sana dan lihat!"

White berkata dengan tegas.