Marvin telah memutuskan yang masalah kekurangan senjata bukan perkara yang perlu diselesaikan dengan segera selepas berfikir dengan teliti.
Pertama sekali keluarga Sha membuat senjata mereka sendiri dan pengawal di Bandar River Shore dan Lembah White River sudah mempunyai senjata dan perisai mereka. Mereka juga telah mendapat banyak senjata rampasan semasa peperangan sebelum ini yang menentang Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Walaupun hasil tangan senjata ini boleh dikatakan biasa tetapi ia memang sudah cukup bagus untuk tentera dan efektif untuk digunakan ketika bertempur.
Tambah lagi kebanyakan orang perlu melalui latihan sebelum mereka boleh pergi berlawan. Mereka tidak perlukan senjata terbaik untuk berlatih.
Sudah tentu lambat laun masalah ini perlu diselesaikan juga.
Pasti akan terdapat ramai yang terkorban atau cedera apabila berhadapan dengan Raksasa jika mereka hanya mempunyai senjata biasa sahaja.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com