webnovel

Jelapang Tersorok

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kau terlalu terburu-buru, budak," Halfling tua itu tidak dapat menahan diri untuk memberi amaran. "Aku juga bengang seperti kau. Tetapi Kultus Ular Kembar mempunyai terlalu ramai orang."

Marvin menggelengkan kepala dan tidak meneruskan lagi berbincang topic itu.

"Apa yang telah kau jumpa?" Dia bertanya.

Tucker Tua menunding ke arah lokasi yang jauh di Banjaran Gunung Shrieking.

"Mereka bersembunyi di dalam tetapi terdapat terlalu ramai orang. Kita bukan saingan mereka dengan dua orang sahaja," dia berkata dengan penuh risau.

"Kita perlu dapatkan bantuan pengawal Pantai Timur dan juga sekurang-kurangnya Ahli Sihir pangkat ke-3 untuk betul menghapuskan Kultus Ular Kembar yang umpama barah di tempat ini."

"Jangan bersikap terburu-buru. Mereka ini berkali-kali lebih hebat daripada apa yang kau bayangkan. Mereka tidak boleh dibandingkan dengan lelabah yang bodoh itu."

Tucker Tua takut Marvin akan bertindak melulu.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com