Madeline rasa bangga dengan dirinya sendiri.
Dia telah berlatih dengan gigih untuk bertahun-tahun lama dan akhirnya mencapai Realma Legenda! Walaupun keistimewaan dan kebolehan yang dia dapat tidak setanding dengan apa yang ada pada Ahli Sihir Legenda yang lain.
Walaupun begitu, dia telah menjadi Legenda!
Berapa banyak Ahli Sihir Legenda yang ada di seluruh Selatan?
Ahli Sihir Legenda layak untuk duduk dalam perhimpunan Persekutan Ahli SIhir Selatan.
Pada zaman ini, tiada siapa yang berani mencari pasal dengan Ahli Sihir dan semua orang bercita-cita menjadi Ahli Sihir Legenda.
Berbeza dengan kelas Legenda yang lain, menjadi Ahli Sihir Legenda bermaksud mendapat taraf tinggi yang sebenar.
Lagipun, ini ialah era Ahli Sihir!
Selepas dia berpisah dengan Marvin, dia kembali ke Menara Ahli Sihirnya dan bertekad untuk menjadi Legenda.
Dia kemudian terus mencari cara untuk melepasi kekangan menggunakan halaman Buku Nalu itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com