webnovel

Memilih Kaedah Qi

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas melangkah melalui pintu hitam itu, lampu menjadi malap. Cahaya lembut bersinar daripada mutiara api yang tergantung di dinding sekeliling, memberikan satu suasana sunyi sepi di dalam astaka yang luas itu.

Terdapat beberapa laluan lebar yang bercabang dari pintu masuk utama.

Daripada permulaan laluan, terdapat beberapa ukiran besar yang menjelaskan elemen setiap laluan tersebut.

Mata Xiao Yan memandang melalui setiap laluan sebelum berhenti di depan Laluan Api di sebelah kiri. Menyentuh hidungnya dengan halus, dia berpaling ke tepi. Apa yang dilihat adalah Xun Er yang sedang tersipu-sipu. Terkejut, dia bertanya, "Xun Er, apa dia?"

"Ah?" Suara Xiao Yan mengejutkan Xun Er lalu membawanya balik ke alam realiti. Muka Xun Er menjadi lebih merah. Beberapa ketika, dia tersedar sebelum mengerut hidungnya pada Xiao Yan dan menjawab seolah-olah tidak peduli, "Tidak ada apa-apa, mari kita cari Kaedah Qi."

Xiao Yan memandang Xun Er dengan keliru tetapi selepas itu dia menuding jari ke arah Laluan Api dan berkata sambil tersenyum, "Jom."

Xun Er mengangguk sambil tersipu-sipu.

Merenung muka kecil Xun Er yang menawan itu dari tepi, jantung Xiao Yan berdebar dengan pantas. Dia berjalan ke depan dengan segera sambil melihat ke hadapan sahaja.

…..

Laluan Api itu dibahagikan kepada 5 laluan kecil. Di setiap laluan, kelibat beberapa ahli puaknya nampak samar-samar.

"Laluan Api, Lorong 3." Selepas menjenguk, Xiao Yan membawa Xun Er masuk ke dalam lorong ketiga.

Di lorong tersebut, nampak seperti dunia lain. Di sebelah kiri dan kanan lorong, beberapa meter berasingan antara satu sama lain, terdapat pintu kayu berwarna merah pekat. Pada waktu ini, semua pintu terbuka tetapi pada setiap pintu terdapat satu langsir berwarna merah muda.

Langsir merah ini sejenis rintangan pertahanan. Pada masa yang sama, ia juga bertindak sebagai ujian terakhir remaja di dalam puak. Sesiapa yang ingin memiliki Kaedah Qi perlu memecahkan rintangan tersebut.

Sudah ada beberapa ahli puak yang masuk ke dalam lorong tersebut. Orang-orang ini sekarang sedang berdiri di depan beberapa pintu kayu yang berbeza dan memukul rintangan merah itu dengan kuat. Kadang-kadang, bunyi rintangan pecah boleh kedengaran, diiringi sorakan yang mengisi astaka tersebut. Pada masa yang sama, mereka yang masih menyerang rintangan itu dengan seluruh tenaga mereka tidak dapat menahan daripada menunjukkan sikap cemburu.

Xiao Yan dan Xun Er berjalan dengan perlahan melalui lorong tersebut, terhibur melihat ahli puak mereka yang penuh bersemangat.

Selepas berpusing ke sudut yang lain, Xiao Yan melihat pada nombor terukir pada pintu kayu di sebelahnya. Ia menunjukkan nombor 37.

Dia menyentuh hidungnya dan tersenyum sebelum berjalan ke hadapan dengan tergesa-gesa. Akhirnya, dia berhenti di depan pintu yang ditanda dengan nombor 43 dan berkata dengan hati riang, "Jadi, inilah dia."

Di lorong tersebut, masih terdapat lebih daripada 10 ahli puak. Semua orang terperanjat melihat Xiao Yan berhenti di depan pintu Nombor 43. Bilik ini mempunyai rintangan yang paling kukuh di lorong tersebut. Awal tadi, beberapa ahli puak yang mempunyai kemahiran yang tinggi cuba memecahkan rintangan itu, tetapi gagal.

Tanpa menghiraukan renungan dari yang lain, Xiao Yan meletakkan tapak tangannya pada halangan itu.

"Abang Xiao Yan, adakah perbuatan Pak Cik Xiao tadi dikira sebagai menyalahgunakan kuasanya untuk faedah sendiri?" Melihat aksi Xiao Zhan, Xun Er mengenyit mata dan memberikan satu senyuman nakal.

Selepas meneliti ketebalan rintangan itu, Xiao Yan memusingkan kepalanya dan menjawab dengan nada garang yang dibuat-buat, "Budak kecil, awak baik-baik berpura seperti awak tidak terdengar atau ternampak apa-apa. Kalau tidak….."

Terhibur dengan wajah Xiao Yan, Xun Er memberikan satu senyuman dan mengerut mukanya yang ayu itu. Perangai kebudak-budakan ini menyebabkan ahli-ahli puak di sekeliling menjadi mata terbeliak.

Selepas membalas dengan senyuman usikan, Xiao Yan mengambil beberapa langkah ke belakang dan berdiri dengan kakinya yang terbuka. Dengan perlahan, dia menggenggam penumbuknya dan menutup mata. Selepas itu, Dou Qi di dalam badannya mula berpusing mengikut satu aliran tertentu dengan kelajuan yang tinggi.

Xun Er sedang bersandar pada dinding dengan malas, bentuk badannya yang sempurna ditutup dengan pakaian yang ketat. Pada masa ini, matanya terkunci ketat pada Xiao Yan yang sedang mengumpul Dou Qi-nya. Di dalam matanya yang sedang mengelip, satu api keemasan berkedip.

"Hah!" Mata Xiao Yan tiba-tiba terbuka. Selepas itu, kaki Xiao Yan terangkat. Memusingkan tubuhnya di pertengahan udara, tubuh belakangnya sedang menghadap halangan tersebut. Selepas itu, siku kanan dia ditarik balik dan angin tajam menusuk kedengaran. Akhirnya, dia menumbuk rintangan cahaya merah itu.

"Letupan Oktana!"

Memberi satu jeritan dalam mindanya, penumbuk Xiao Yan memukul tepat pada rintangan itu. Dengan segera, gelombang mula merebak keluar daripada tengah-tengah rintangan tersebut.

"Pecahlah!" Langsir berwarna merah itu berkecai seperti gelas dan kejadian ini disaksikan oleh lebih daripada 10 orang ahli puak yang terkejut.

Xiao Yan menghembus nafas dengan perlahan. Menggoyangkan tangannya, beberapa bunyi pop kedengaran di dalam lengan bajunya.

Di tepi, Xun Er menepuk tangannya dengan perlahan dan mengangguk sebelum berkata, "Teknik itu sangat bagus. Kekuatan serangannya sangat hebat!"

Xiao Yan memusing-musing lehernya dan meregangkan lengan sebelum dia menjawab dengan nada tidak peduli, "Okey saja."

Mendengar pernyataan Xiao Yan, ahli puak yang lain di lorong tersebut tiba-tiba terasa dada mereka menjadi tegang. Teknik sebegini hanyalah "okey saja"? Kenyataan ini sangat "trauma."

"Hehe, jom! Mari kita masuk dan melihat kaedah apa yang ada." Xiao Yan menaikkan dagunya ke arah bilik tersebut yang mempunyai sedikit warna merah sebelum mendahului Yun Er.

Di dalam bilik itu boleh dikira terang tetapi ia bukan bilik yang besar. Di tengah-tengah bilik kecil itu terdapat satu meja batu, di mana terdapat satu skrol berwarna merah gelap.

Xiao Yan berjalan ke arah skrol itu dan mengambilnya dengan perasaan seronok. Dia membaca perkataan yang tertulis di belakang skrol tersebut. "Kaedah Qi Huang Tinggi: Bara Penghangus!"

"Ini nampaknya baik. Ia Kaedah Qi Atribut Api terbaik puak kita. Hehe, nampaknya, Pak Cik Xiao telah mencurahkan banyak usaha untuk manfaat Abang Xiao Yan." Satu tawa lembut datang dari arah belakang.

Xiao Yan mengangguk tersenyum. Dia terasa kemesraan di dalam hatinya.

Satu tangan putih seperti salji tiba-tiba muncul dari belakang Xiao Yan dan mengambil skrol merah itu daripada tangannya. Dengan kepalanya yang senget dan memegang skrol itu, Xun Er berkata dengan suara rendah, "Abang Xiao Yan, sungguhpun awak mampu mendapatkan Kaedah Qi yang lebih tinggi pada masa depan, faktanya, perkembangan awak di masa depan akan ditentukan oleh tahap latihan teknik yang awak gunakan ketika awak bermula. Kaedah Qi Huang Tinggi… sebenarnya terlalu rendah untuk awak."

Xiao Yan mengangguk dengan senyuman pudar.

Melihat wajah Xiao Yan yang tenang, Xun Er mengerut dahinya dan menghembus nafas keluhan. Dengan satu jentik jarinya, satu skrol kuna muncul di tangan Xun Er. Warna skrol tersebut adalah seperti merah akik.

"Ini adalah Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi Atribut Api: Bara Manipulasi!"

Xun Er meraba skrol itu dan berkata dengan nada rendah, "Abang Xiao Yan tidak perlu menolak tawaran saya untuk menjaga air muka. Xun Er tahu awak bukan seorang yang sangat mementingkan peraturan dan perincian. Satu Kaedah Qi yang bertahap tinggi ini adalah sangat bermanfaat untuk masa depan awak, jadi…"

Melihat Xun Er yang sedang memegang skrol di tangannya, Xiao Yan ketawa kelat dan menggeleng kepalanya. Dia menghulurkan tangannya untuk menepuk kepala Xun Er dengan manja, dan mengambil balik skrol yang mempunyai teknik latihan Huang Tinggi, ketika Xun Er dilukai.

"Abang Xiao Yan….." Xun Er mengetap bibirnya dan menunjukkan satu wajah yang sedih. Matanya yang berair sungguh memukau.

"Hehe, terima kasih Xun Er. Saya bukan menolak tawaran awak untuk menjaga reputasi saya." Dengan senyuman lembut, Xiao Yan membongkok ke hadapan dan berbisik ke telinganya.

"Abang Xiao Yan boleh mendapatkan Kaedah Qi yang lebih baik…."