48 Astaka Kaedah Qi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Berdiri di dalam kumpulan, Xiao Yan mendongak untuk melihat astaka besar di depannya dan mengeluh, mengagumi pemandangan yang ajaib di depannya.

Papan tanda di depan bangunan itu tertera tiga perkataan - "Astaka Kaedah Qi" - yang memaparkan kehebatan kuno. Papan tanda di depannya sedikit kekuningan dan dengan beberapa kesan retak dan lekuk kelihatan, jelas tempat ini telah melalui perubahan masa yang pilu.

Ini tempat terpenting dalam kalangan Puak Xiao, Astaka Kaedah Qi!

Setiap Kaedah Qi yang terkumpul sejak ratusan tahun disimpan di sini. Teknik-teknik ini ialah asas Puak Xiao mendapat tarafnya sehingga hari ini.

Sebagai tempat yang paling penting di dalam kalangan puak, soal keselamatan di astaka ini sangat ketat. Selain daripada hari ini, ahli Puak Xiao dilarang masuk. Tempat ini hanya akan dibuka sementara selepas Upacara Kedewasaan.

Mengecilkan matanya, Xiao Yan merenung ke seluruh sudut tersembunyi astaka itu yang diselubungi bayang-bayang. Pengertian rohnya yang kuat memberitahunya setiap pergerakan Xiao Yan sedang diperhatikan oleh pengawal keselamatan yang sedang bersembunyi.

Beberapa tempat tersembunyi di dalam astaka, Xiao Yan menyedari beberapa aura yang kuat sedang menyorokkan diri. Nampaknya, Puak Xiao sangat menyanjungi Astaka Kaedah Qi ini.

Xiao Yan dan Xun Er saling berpandangan. Mereka menyedari senyuman tersembunyi di dalam mata masing-masing. Jelas, pengawal keselamatan yang tersembunyi di sekitar tempat itu telah dikesan oleh mereka berdua.

….

"Saya sudah mengumumkan peraturan untuk memasuki Astaka Kaedah Qi beberapa kali, jadi saya tidak akan mengulangnya dengan terperinci. Kesimpulannya, selepas memasuki ke dalam Astaka Kaedah Qi, awak semua kena kembali dalam masa 2 jam. Tambahan pula, setiap orang hanya dibenarkan untuk mengambil 1 Kaedah Qi yang sesuai dengan atribut mereka. Awak tidak boleh mengambil lebih daripada itu. Kalau sesiapa yang terfikir nak ambil lebih dari yang dibenarkan, orang itu akan kehilangan kelayakannya untuk mendapatkan Kaedah Qi. Oleh itu, awak semua baik jangan cuba!" Berdiri di atas tangga, renungan garang Xiao Zhan memandang ke arah semua remaja sambil menerangkan peraturan dengan nada tegas.

"Baik Tuan!" Balas kumpulan remaja itu dengan seronok. Semua orang sedang memerhatikan astaka besar itu dengan penuh harapan. Mendapatkan satu Kaedah Qi yang baik bersamaan dengan satu permulaan yang lebih awal daripada rakan sebaya mereka. Ini akan meletakkan mereka di depan. Ini idaman setiap ahli puak.

"Kalau awak semua jelas dengan peraturan, kita akan bermula."

Xiao Zhan mengangguk dengan puas. Dia melangkah ke belakang dan mendedahkan satu tiang batu yang berada di depan pintu astaka. Tiang itu setinggi 1 meter dan di atas tiang itu mempunyai satu bebola kristal terang.

Dengan ayunan tangan Xiao Zhan, dua pengawal yang berada di belakang mula menolak pintu gerbang hitam itu. Pintu-pintu itu berbunyi ketika dibuka.

"Selepas menentukan atribut masing-masing, awak boleh masuk ke dalam astaka. Ingat, semasa di dalam, ikut jalan yang telah ditandakan dengan atribut awak. Jangan merantau ke tempat lain!" Mengangguk kepalanya, Xiao Zhan memberi isyarat sebagai tanda untuk bermula.

Melihat isyarat Xiao Zhan, seorang remaja yang berada di hadapan melompat ke tangga dengan seronok. Meletakkan kedua-dua tangannya di atas bebola kristal, satu kilauan hijau pudar dipancarkan.

"Atribut Angin. Okey. Awak boleh masuk." Xiao Zhan mengambil satu pandangan ke bebola kristal itu dan mengangguk dengan satu senyuman mesra.

Sebagai tanda permulaan, semua orang tidak lagi berdiri diam. Satu demi satu, mereka berlari ke atas tangga, dan selepas menentukan atribut, meluru ke dalam Astaka Kaedah Qi dengan pantas.

Melihat orang ramai semakin berkurangan di sekelilingnya, Xiao Yan menyentuh hidungnya dan senyum pada Xun Er. "Mari kita pergi tengok teknik apa yang kita boleh dapatkan."

Xun Er mengangkat tangannya ke bahu dengan comel. Kaedah Qi puak tidak menarik minat Xun Er. Tetapi oleh kerana Xiao Yan berminat, ia menemani pemuda itu dengan gembira.

Kerana pasangan itu tidak mengejar masa, mereka hanya mula mendaki tangga selepas ahli-ahli yang lain memasuki ke dalam astaka tersebut. Melihat ini, Xiao Zhan hanya boleh memberi mereka satu pandangan yang tidak bermaya.

Xiao Yan tersenum lebar melihat Xiao Zhan dan menyentuh bebola kristal dengan tapak tangan. Satu cahaya merah membara, lebih terang daripada yang sebelumnya, menunjukkan satu hubungan yang rapat dengan atribut api.

Xiao Zhan sudah mengetahui atribut anaknya, jadi air muka Xiao Zhan tidak bertukar. Dengan satu anggukan, mata dia tiba-tiba memandang ke sekelilinginya dan mengambil langkah tidak ketara ke hadapan dan mengatakan dengan lembut, "Laluan Api, lorong 3, bilik 43!"

Mendengar kata-kata Xiao Zhan, Xiao Yan yang mula-mula terkejut itu menjadi riang apabila dia menyedari ayahnya menyalahgunakan haknya sebagai ketua puak untuk anaknya. Selepas memberi satu anggukan yang tidak ketara, Xiao Zhan berdiri ke tepi untuk memerhatikan Xun Er. Kali ini masa Xun Er untuk diuji.

Xun Er memandang bebola kristal berkilat itu dan teragak-agak untuk seketika. Kemudian, dia menggeleng kepalanya dengan wajah yang enggan, dia mengusik bebola kristal itu dengan ringan menggunakan jarinya yang halus.

Selepas disentuh oleh Xun Er, bebola kristal yang senyap itu tiba-tiba mengeluarkan cahaya merah sekali lagi. Untuk seketika waktu, bola itu menjadi panas dan bersilau seperti bebola api.

Terperanjat dengan bola kristal yang sudah bertukar menjadi bola berapi, mulut Xiao Zhan terbuka sedikit dan dia menarik nafas yang tajam secara terpaksa.

Bebola api itu bersilau untuk seketika dan hanya mati dengan perlahan apabila Xun Er menarik jarinya daripada bola kristal itu. Selepas cahaya itu hilang, seseorang itu boleh ternampak beberapa retakan kecil menyelubungi seluruh bebola kristal itu.

Melihat bebola kristal yang hampir hancur itu, Xiao Zhan hanya boleh mengeluh. Xiao Zhan merenung Xun Er seperti dia mempunyai makna tersembunyi, dia melambai lengan dan berkata, "Lekas masuk."

"Tsk, badan api yang begitu suci. Sayangnya dia bukan dilahirkan dengan atribut kayu. Kalau tidak, dia akan menjadi seorang ahli Alkimia yang semulajadi."Semasa Xiao Yan masih terperanjat dengan kejadian ini, dia terdengar suara Yao Lao yang penuh dengan kekaguman.

Mengakui di dalam hati, Xiao Yan memandang Xun Er yang sedang berjalan ke arahnya. Menaikkan bahunya sedikit, dia berpusing ke belakang dan berjalan ke dalam Astaka Kaedah Qi.

Mata Xiao Zhan masih memandang kedua-dua orang yang sedang berjalan memasuki ke dalam Astaka Kaedah Qi dan kemudian kembali untuk melihat bola kristal itu. Akhirnya, bola itu pecah kepada beberapa bahagian dengan bunyi "ka cha". Dia menggosok dagunya dan merungut, "Haishh, ini betul-betul… ini betul-betul terlalu istimewa. Gadis ini, bukan sahaja berperangai baik, dia juga mempunyai kecantikan yang mempesonakan. Tetapi latar belakangnya terlalu menakutkan. Dia boleh dibandingkan dengan Nalan Yanran. Jika Yan Er boleh mendapatkan seorang isteri seperti dia, betapa baik…."

Selepas berfikir dengan lantang, Xiao Zhan menggeleng kepalanya dan ketawa dengan kuat, menyindir diri sendiri. Dia tidak dapat percaya yang dia mempunyai fikiran yang sebegitu liar.

Apabila Xiao Zhan sedang ketawa pada diri sendiri, dia tidak menyedari Xun Er yang hampir memasuki ke dalam astaka itu menjadi tegang dan telinganya berpusing seperti bebola kristal tadi, merah membara dan menggoda.

avataravatar
Next chapter