"Hari tu waktu saya tengok almari pakaian Ning Xi, saya dah rasa yang Ning Xi bukan datang latar belakang yang begitu biasa."
"Peminat-peminatnya semakin hebat berbanding dulu!"
"Kelakar pula bila fikir yang Fang Ya asyik cakap Ning Xi tu dengki pada Ning Xueluo. Nak dengki apa?"
"Betul tu. Sekarang, dia bujang dan ada ramai peminat. Malah, mereka semua orang hebat-hebat. Dia lebih baik daripada Ning Xueluo, kan?"
...
Di meja utama, Tuan Danial masih lagi sedang menunggu Ning Xi, "Cik Ning Xi, tolong beri komen kamu."
Ning Xi menyuap aiskrim itu ke dalam mulutnya sambil diperhatikan oleh orang ramai. Kemudian, dia menjawab dengan sopan, "Ini adalah aiskrim paling sedap dan pencuci mulut yang paling mengejutkan yang pernah saya rasa seumur hidup saya. Terima kasih kerana datang ke sini dari jauh!"
"Terima kasih atas komen kamu. Ia adalah sebuah penghormatan buat saya." Danial beredar dari situ dan mula menyediakan hidangan utama.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com