webnovel

Sebuah Panggilan Telefon

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya sebagai orang biasa pun boleh tahu yang makanan ini disediakan oleh tuhan masakan, ia... terlalu... terlalu lazat!"

"Hidangan yang sama, tapi seratus kali lebih sedap berbanding hidangan tadi!"

"Ini betul-betul mengagumkan. Macam mana mereka buat? Ada sesiapa yang boleh jelaskan tak? Kami cuma tahu yang ia sangat lazat, tapi kami tak tahu apa rahsia di sebalik penyediaannya! Mana wartawan tadi? Cepat jelaskan kepada kami!"

"Betul tu! Beri kami ulasan yang profesional!"

Orang ramai mula menggesa wartawan masakan yang berpengalaman itu. Tetapi, lelaki itu hanya khusyuk merasa hidangan itu tanpa berkata apa-apa pun. Dia menyuruh mereka semua diam, memejamkan matanya dan berkata, "Jangan cakap apa-apa. Saya nak ingat rasa ini! Ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com