webnovel

Bab 7

Selepas kejadian dimana Fika dan Damia masuk bilik disiplin, kelas kitorang kedatangan seorang murid perempuan yang bernama Nur Alya Balqis, aku panggil dia Balqis. Masa mula-mula dia masuk kelas tu dia senyap je, orang tanya sepatah dia jawab sepatah😂. Dia duduk kat tempat kosong sebelah Ain.

Dalam beberapa hari je, aku dah rapat dengan Balqis, aku pun tak tahu macam mana kitorang dua ni buleh rapat tapi seingat aku masa tu time rehat, aku tanya la diorang (perempuan) nak makan apa sebab jimat sikit masa nak membeli tu dahla kena beratur panjang pulak tu.

" Eh korang, nak makan ape.. aku nk gi kantin ni" tanyaku

" Nasi ayam gulai 4, kerepok 5 dan air milo 9. Tu sekali dengan kau aku kira dah." balas Nureen. Aku mengangkat tangan dan menunjukkan simbol 👌

" Korang banyak ni aku nk bawak. Takde yang nak teman ke? " soalku. Diorang saling memandang, aku pandang kau, kau pandang aku😂🤦‍♀️

" Eh balqis, meh ar teman aku. kau just beli air ngan keropok je" balqis mengangguk.

Seribanya di kantin,

" Balqis, gi ar beli air dulu pastu kau beli kerepok pulak " dia mengangguk. Kemudian dia menuju ke tempat untuk membeli air. Manakala aku pulak tengah beratur untuk membeli nasi, yela kalau tak beratur kang melepas pulak😌.

Selang beberapa minit, tibalah giliran aku untuk membeli..

" Makcik nak nasi ayam gulai 5 " makcik itu mengangguk.

10 minit kemudian, makcik itu pun menghulur bungkusan plastik yang berisi nasi itu. Aku mengambil huluran itu dan melangkah menuju kearah balqis yang sudah siap membeli air tadi.

" Jom ar masuk kelas " ajakku. Balqis hanya mengikuti aku dari belakang.

Sesampai sahaja dalam kelas, aku pun membagi makanan diorang dan aku pun duduk di tempat aku untuk makan makanan yang aku beli tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari-hari seterusnya pun begitu jugak, aku dengan Balqis yang akan membeli makanan. Dan daripada situlah aku rapat dengan dia. Tapi tak lupa jugak dengan Fika dan Bahyah, kitorang masih rapat walaupun ada kawan baru.

Aku suka berkawan dengan balqis sebab dia ni friendly, pastu senang nk minta tolong, and dalam masa yang same dia ni macam Fika jenis masuk air🤣tapi tak macam Bahyah, dia ni kadang-kadang je masuk air 😂😂 tapi kalau dia serius tu maknanya kitorang pun kena serius jugak 😅

Tapi ada la satu hari ni aku dengan Balqis bergaduh. Bergaduh tu bukan bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk tu tak, kitorang just bergaduh mulut je. Tak sampai sehari pun kitorang bergaduh😂. Okey cerita dia macam ni...

Masa tu lepas tamat peperiksaan tak silap aku la, aku pun tak tahu macam mana aku buleh tanya dia dengan soalan macam ni..

" Qish, kau suka kat Fizi ke? sebab aku tengok kau macam rapat je dengan dia.." soalku. Balqis dah berubah riak wajah, mungkin dia terasa dengan pertanyaanku.

" Eh, mana ada. Aku dengan dia takde pape pun. Asal kau tanya?" Balasnya. Dia memandangku

" Oh. Saje je tanya" balasku. Dia hanya mengangguk

kringg!!

menandakan waktu rehat.

Aku pun ajak la dia gi rehat, dia hanya senyap je angguk pun tak geleng kepala pun tak. Aku pun pelik jugak dengan perubahan dia. Aku pun tanya la dia..

" Qish, kau okey tak? "tanya ku prihatin. Dia hanya senyap dan terus mengikuti aku gi rehat. Aku hanya mengendahkan saja, mungkin dia letih kot.

setibanya di kantin, dia tak macam selalu yea i mean sepatutnya dia yang akan membeli air tapi hari tu tak, time tu aku tengah beratur untuk membeli nasi..

" Liya, kau ambik ar duit ni. Aku nak masuk kelas" katanya sambil memberikan duit tu kepadaku. Aku dah berkerut dahi time tu, Aikk asal pelik sangat dia ni. Soalku dalam hati. Aku pun ambik jela huluran dia tu. Pastu dia pun tinggalkan aku sorang- sorang kat kantin. Aku hanya membalas dengan ekor mata je.

Lepas je aku membeli nasi, aku pun gi beli air pulak time nak beli air tu takyah nak beratur bagai sebab ruang nak beli air tu luas. Selesai je membeli air, aku pun meluru masuk ke kelas dengan menjinjit plastik yang berisi makanan dan minuman diorang.

Masuk je dalam kelas tu, aku dapat lihat raut wajah Balqis masa tu monyok je aku buat tak tahu lagi masa tu. Aku pun bagi la makanan diorang tu lepastu aku pun ajak la Balqis gi tandas..

" Qish, jom teman aku gi tandas " ajakku. Dia senyap je tapi dia ikut aku gi tandas tu.

Sesama dalam perjalanan aku dengan dia nak gi tandas tu, aku pun tanya dia..

" Qish, asal dengan kau ni? monyok je dari tadi" soalku.

" Takde pape pun. " jawabnya acuh tak acuh

" Haish,, mesti kau terasa kan? Dengan pertanyaan aku tadi" keluhku

" Eh mana ada. Aku tak terasa pun" balasnya. Aku tahu mesti dia terasa, tapi dia menafikan benda tu sebab taknak aku rasa bersalah dengan dia.

" Hm,, okey " balasku. Dia hanya membalas dengan senyuman.

Setelah itu kitorang pun sampai la di tandas...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

825 words.

Haa macam tu lah ceritanya,, kitorang bergaduh tu bergaduh biasa je HAHAHA😂

MAAF JIKA AYAT TERABUR🙃