Kringg!!!!
Menandakan waktu rehat sudah pun habis. Aku, Fika dan Bahyah dengan bergegas masuk ke kelas kerana sekarang adalah masa yang aku tunggu-tunggu iaitu masa mat. Masuk sahaja dalam kelas aku, Fika dan Bahyah menuju ke meja masing-masing dan menunggu akan kedatangan Cg Julie masuk. Tapi hampa sebab Cg Julie tak datang mungkin dia sakit kot. Kemudian seorang guru melangkah masuk dalam kelas kitorang dan memberikan salam. Selepas kami menjawab salam dan membaca doa, kami dibenarkan duduk dan Cg itu jugak menuruh kami untuk membuat kerja masing-masing.
Aku tak tahu nak buat apa sebab semua kerja sekolah aku dah siapkan. Sedang aku duk termenung ada suara yang amat aku kenali yang menegurku siapa lagi kalalu bukan si Fika dan Bahyah.
" Eh Aliya, kau takde kerja sekolah ke yang nak kena buat? " soal Bahyah. Aku hanya menggelengkan kepala.
" Oh kalau macam tu, jom ar kite borak. Aku boring doe sebab kerja sekolah aku pun dah siap.." cadang Fika pula.
" Haah buleh jugak tu. Haa Bahyah aku nak tanya kau ni " soalku kepada Bahyah. Kemudian Bahyah menoleh kearahku
" Macam mana diorang kenal kau? " tanyaku lagi
" Haah, so how? " celah Fika pula
" Diorang? Maksud kau Hazzem, Adlin, Aiman and Fizi ke? " Aku dan Fika mengangguk
" Oh diorang tu aku kenal masa aku darjah 6 dulu, masa tu diorang sekelas dengan aku. Nak kata rapat tu takde la rapat sangat. Aku dengan diorang just kawan biasa je " terang Bahyah panjang lebar. Aku dan Fika meng'o'kan saja.
Setelah kitorang lama berbual kosong, kitorang perasan yang Cg yang menggantikkan Cg Julie itu telah tiada di meja guru di depan mungkin sudah keluar. Kemudian Cg lain pula yang masuk ke kelas kami, Bahyah dan Fika dengan bergegas bangun dari kerusi yang dia rembat entah sape punya dan menuju ke mejanya. Maka sesi belajar pun bermulalah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kringg!!!
Menandakan waktu balik. Semua murid pun keluar dari kelas. Aku mengemas semua barang-barang aku yang berada atas meja dengan cepat maklum la nak balik awal😂. Kemudian aku menggalaskan beg sekolahku dan menuju ke arah Fika dan Bahyah.
" Jom " ajakku kepada diorang dan diorang hanya mengangguk. Masa kitorang nak melangkah keluar dari kelas itu, Adlin telah menegur kitorang
" Eh korang, nak balik dah ke? "
" Haah. Asal? " Soal Bahyah. Aku dan fika hanya menjadi cctv sahaja😂
" Oh, jom ar balik sekali. I mean kita jalan sama-sama sampai depan pagar "
" Hm,, aku okey je but tak tahu la diorang ni okey ke tak " balas Bahyah seraya menandang kepada aku dan Fika untuk mendapatkan jawapan daripada aku dan Fika.
" Aku okey je "
" Aku pun "
" Okey cun.. Dah jom" kemudian kitorang pun meninggalkan kelas itu. Semasa dalam perjalanan menuju ke pagar hanya suara Hazeem, Adlin, Aiman and Fizi sahaja yang kedengaran manakala aku, Bahyah dan Fika hanya mendengar sahaja perbualan mereka dan kitorang tiada pula rasa hendak menyampuk. Setelah beberapa minit berjalan bersama maka sampailah jugak didepan pagar sekolah dan disitu juga kami bertujuh pun berpecah mengikut haluan masing-masing. Sebelum aku menuju ke arah abahku, aku sempat melambai tangan kepada Fika and Bahyah, diorang juga membalas lambaian aku.
Sesampai sahaja aku dirumah, aku meletakkan kasut aku di tepi tangga dan melangkah masuk kedalam bilik. Tudung aku tanggalkan dan aku menghempaskan badanku diatas katil dan lama kelamaan mataku kian memberat dan aku pun tertido dengan beralaskan pakaian sekolah.
Maaf pendek je bab ni..sebab saya tak ingat sangat kisah dulu heheh
Maaf jika ayat berterabur.