webnovel

Bab 2

Keesokan harinya, macam biasa aku masuk dalam kelas dan melangkah menuju ke meja ku. Masa tu fika dah datang, fika ni selalu datang awal kecuali bahyah.. haa dia ni selalu datang lewat, nak kata lewat tu tak lewat sangat pun..dalam pukul 7.15 gitu.

Seusai aku meletakkan beg sekolahku di kerusi, aku duduk termenung sekejap. Lepastu fika pun datang kearah ku dan bertanya

" weh, kau dah siap ke kerja sekolah mat semalam yang Cg Julie bagi tu? "

" Dah " jawabku sepatah

" Oh, aku nk pinjam buku kau buleh? " aku hanya mengangguk. Kemudian aku membongkokkan badanku sedikit untuk mengambil buku yang berada didalam laci meja. Kemudian aku memberikan kepadanya.

Aku ni nak kata pandai mat tu taklah jugak, aku pandai pun gitu gitu je.. kalau stakat soalan yang senang senang tu aku buleh lagi laa...tapi kalau soalan tu susah memang aku tak jawab terus arh😂.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah menunggu fika menyiapkan kerja sekolahnya akhirnya dia siap jugak

" Nah " aku mengambil huluran bukuku dan kembali ke mejaku lalu aku memasukkan semula buku kedalam laci meja. Kemudian aku pusing balik badan ku untuk pergi kearah Fika dan kami hanya berbual kosong sambil menunggu kedatangan Bahyah. Setelah itu, bayangan Bahyah telah pun tiba dan menghampiri kitorang.

" Aliya, kau dah siap ke kerja sekolah mat? Aku tak siap lagih doe,, mati lah aku! " tanya Bahyah dengan gelabahnya sambil menggoncangkan lenganku sampaikan aku rasa macam nak tumbang kan situ pun ada🤦‍♀️. Aku hanya mengangguk. Fika pula hanya menjadi pemerhati antara aku dengan Bahyah,, dia siap tergelak lagih dengan kelakuan Bahyah yang menggocangkan lenganku

Aku pun still tak faham lagi dengan diorang yang sebenarnya..ya memang mat tu susah nak faham konsep konsep mat tu tapi asal aku buleh je nak faham benda tu.. asal ek? Ke atas orang ek?

" Asal kau tak siap ke? " Celah Fika setelah lama menjadi pemerhati

" Haah weh, dahla banyak doe Cg bagi semalam, satu pun aku tak faham apa yang dia ajar, ibarat macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan." Aku hanya tergelak apabila mendengar telatah kawanku sorang ni.. Bahyah ni memang macam ni dia jenis susah nak faham apa yang Cg ajar. Tapi takpe sebab diorang ada aku. Aku ni bukan jenis yang kedekut ilmu,, Cehh!!🤣

" Ish kau ni selalu macam tu. Dah bawak keluar buku latihan kau. Meh sini aku ajar kau sampai kau faham" dengan pantas Bahyah mengeluarkan buku latihannya dari beg sekolahnya.

" Oke step dia macam n... bla bla bla..... " aku menerangkan satu persatu mengenai soalan yang Bahyah tak faham. Bahyah menganggukkan kepala tanda dia faham akan peneranganku. Manakala Fika pula membuat kerja sendiri dimejanya. Tanpa aku sedar ada orang lain yang mendengar akan peneranganku.

Meanwhile..

" weh, pandai giler doe dia punya mat tu.. sampaikan aku yang dengar pun buleh ingat setiap step yang dia ajar kawan dia tu. " Kata salah seorang daripada mereka

" Kan " mereka hanya menggangguk

***

" Ada lagi ke soalan yang kau tak faham Bahyah? "

" Takde dah. Aku dah faham semua yang kau ajar tu. Kalau Cg ajar memang sampai ke sudah aku tak faham,dahla dia ajar tu cepat nak mampus..pening kepala aku tau nak faham satu satu..HAHA" Aku hanya mengelengkan kepala mendengar telatah Bahyah.

" So maknanya kau dah fah....?" dengan lajunya Bahyah memotong percakapanku

" Aku dah faham dah... thanks Aliya " Aku hanya tersenyum dan mengangkat punggungku menuju ke meja sebab masa tu Cg Sue iaitu Cg Bahasa Melayu sudah datang. Actually masa mat tu selapas rehat so maknanya sebelum rehat ni masa BM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kringgg!!!!! (Menandakan waktu rehat).

Semua murid-murid melangkah kaki untuk menuju ke kantin.

Aku menyimpan semua alat tulis ku dalam pansel box. Kemuadian aku bangun dan menuju ke arah Bahyah dan Fika. Kalau korang nak tahu masa tu meja kitorang jauh.. Fika duduk kat depan sekali, Bahyah pula di tengah manakala aku di belakang.

" Korang! Jom rehat " ajak ku kepada diorang. Diorang hanya mengangguk. Masa kitorang nak melangkah kaki untuk keluar dari kelas, ada suara garau yang menegur kitorang.

" Erm,, Hai " tegur salah seorang daripada diorang berempat. Kemuadian aku, Fika dan Bahyah menoleh ke arah tersebut..

" Err.. Hai " sapa aku dan Fika. Kenapa aku kata aku dengan Fika je? asal Bahyah tak? Sebab Bahyah dah kenal diorang tu,, diorang sama sekolah dengan Bahyah masa Sekolah rendah. Kemudian diorang memperkenalkan diri..

" Nama aku Hazeem Syed. Panggil aku Hazzem je "

" Nama aku Adlin. Panggil aku Adlin or Lin" katanya sambil menapakkan gigi jongangnya🤣

" Nama aku Aiman Izzuddin. Panggil aku Aiman je. Takyah nak panggil nama panjang "

" And nama aku Fakrul Hafizi. Just panggil Fizi " Aku dan Fika hanya Mengangguk. Lepas diorang memperkenalkan diri, kini aku pulak memperkenalkan diri aku dan kawan kawanku..

" Em.. Nama aku Aliya Alisya. Just panggil Aliya ataupun ikut keselesaan korang dan ini Syafika Alzahra panggil Fika je. Dan ni pulak Bah..." belum sempat aku memberitahu dorang, diorang terlebih dahulu memotong percakapanku.

" Oh, yang ni aku kenal. Ni Bahyah kan?" aku hanya mengangguk.

"Erk.. macam ma..."Belum sempat aku nak tanya diorang macam mana diorang kenal dengan Bahyah, aku dapat merasakan ada orang yang tarik tangan aku dan Bahyah siapa lagi kalau bukan Fika😒. Kemudian aku memusingkan badanku menghadap Fika.

" Dahla tu, aku lapar nih. Kang aku pengsan kat sini baru kau tahu" seloroh Fika. Dia ni memang tak reti sabar kalau nak makan maklumla dia ni ada gastrik. So dia takleh kalau makan lambat.

" Ish kau ni. Oke lah jom " kitorang pun meninggalkan mereka dan menuju ke kantin. Hazzem, Adlin, Aiman dan Fizi juga menuju ke kantin setelah kitorang pergi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hahahah rasa macam panjang pulak bab ni😂

Macam biasa kalau ada typo tu tegur tau..stay tune😋

Kalau korang nak baca cepat korang baca dalam watpadd sebab saya akan update dalam watpadd dulu baru saya update dalam ni..heheh