webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Geral
Classificações insuficientes
33 Chs

Bab 31

'Mesti abang sunyi sebab tak boleh nak bercakap berterus-terang dengan sesiapa selama ni...' aku mengomel dalam hati selari mengalihkan pandangan ke luar tingkap teksi yang kami naiki tadi; dengan tak semena-mena, aku terganggu dengan reaksi yang diberikan abang tadi.

"Mia?" suara yang datang dari sisiku menarik perhatianku padanya; Amry kelihatan memandangku dengan reaksi bimbang diwajahnya.

"Ya?"

"Awak... okay? Dari tadi saya tengok, awak macam ada masalah saja?"

"T...tak adalah.. saya cuma teringatkan abang... mesti abang sunyi sebab terpaksa tahan perasaan sendiri."

"Itulah... saya bernasib baik sebab saya masih boleh bercakap dengan awak... abang awak tu, cuma ada Lan yang tak tahu pun apa yang jadi sekarang ni."

"...." Aku sekali lagi terdiam sambil melayangkan pandangan ke luar tingkap teksi yang kami naiki ini sambil ia melayari jalan menuju ke taman perumahan kami.

"Mia."

"Hm?" sekali lagi dia memanggil namaku perlahan.

"Janganlah risau... saya yakin Amier tu akan okay; tengok sajalah abang awak tu semasa diatas pentas tadi... yakin mengalahkan saya, tahu?" bagaikan cuba menenangkan hatiku yang masih merasa dari kesan khuatir tadi, Amry bersuara lagi sambil memberikanku sebaris senyuman sinis.

"Pfft.. abang memang macam tu... kalau ikutkan, dia dah try jadi pelakon dah... "

"Kenapa tak cuba?"

"Mungkin bukan rezeki?" aku mengangakat kening sambil menahan perasan; aku tahu ada satu kebohongan dalam ayatku tadi yang kucuba simpan dalam-dalam.

".... Mia, saya ada benda nak tanya awak ni.."

"Tanyalah.."

"Kenapa...?!?!"

"Eh? Dah sampai...jom, kita turun dulu; Am..." tanpa sedar; aku terus mencelah apabila perasan akan teksi yang kami naiki tadi telahpun berhenti di hadapan pintu pagar kami.

"Hah? Er... ya...jom."

"Terima kasih." Amry membayar tambang mereka sebelum mengikuti Mia untuk keluar dari perut kereta itu.

"Nampak macam ayah tak balik lagi... bolehlah kita nak lepak di bawah lama sikit." Gadis itu tersengih selari memerhatikan bahagian luar pagar rumah mereka sebelum mengeluarkan kunci rumah untuk membuka mangga rumah.

"Mia."

"Hmm?"

"Awak memang takut dengan ayah, kah?"

"?!?! Ke...kenapa awak cakap macam tu?" walaupun pada dasarnya, Mia agak terkejut dengan apa yang ditanyakan padanya tadi, gadis itu hanya berlagak biasa selari sengaja masih membelakangi lelaki itu sambil membuka mangga pagar rumah tadi.

"Saya perasan... awak lain bila bercakap dengan mak, adik beradik yang lain... dan terutama sekali dengan ayah awak... kenapa? Boleh saya tahu?"

"...." sekali lagi Mia terdiam dengan soalan yang agak 'sensetif' itu.

"Mia?"

"Awak... terlalu fikirkan yang bukan-bukanlah... saya... mana ada takut! Saya cuma... saya segan bila nak bercakap dengan ayah tu... lagipun, saya tahu; yang deep down, ayah kecewa dengan saya...eh, dahlah tu... jom kita masuk? Nanti mak perasan pula kita tercongok lama-lama disini.. apa pula yang diingatkannya nanti..."

"..." dari menunggu jawapan dari lelaki yang persis abangku ini, aku terus menolak buka pintu agar itu selar masuk ke dalam; bagai cuba untuk melarikan diri dar situasi itu.

'Kenapa aku rasa macam Mia tu tak cukup berterus terang dengan aku, tadi?' detiknya pula selari mengumam perasaan sendiri.

"Assalamualaikum, mak?"

"Waalaikumussalam... hah, dah balik dah dua beradik ni? Keman asaja kamu tadi?"

"Kerjalah mak... kan Amier ada cakap sebelum ni... Mia pun dapat kerja juga tahu, mak?"

"Am!"

"Kenapa? Tak boleh?"

"Eh? Mia pun dapat kerja? Kerja apa pula yang kamu minta, Mia?"

"Hah? Er... itu..."

"Sama dengan Amier, mak... jadi pembantu."

"Pembantu...?"

"Kau jadi pencacai siapa pula ni, Mier?"

"Abang Hakimi..."

"Hakimi, apa cakap macam tu dengan Amier?" sempat lagi ibu mereka menegur sebelum duduk berdekatan Mia kembali.

"Kau macam dah tak ada kerja lain dalam dunia ni, kan? Jadi kuli, pencacai juga yang kau nak... sekarang, kau tarik sekali adik kita ni...."

"Biar kita mula belajar dari bawah... baru kita boleh berada diatas satu hari nanti."

"Hmm?" ayat selamba Am tadi menarik perhatian yang ke arahnya selari dia kelihata

"Aku nak belajar dari kerja pembantu ni dan cuba belajar dengar arahan... lagipun, aku sedar selama ni aku ada masalah untuk kekal dengan kerja sebelum ni... kalau aku boleh bertahan dengan kerja ni, insyallah aku boleh bertahan dengan kerja dibawah orang nanti... betul tak, abang?"

"Er... ya... ba..baguslah kalau kau fikir macam tu... ada kemajuan... aku.. nak pergi masuk bilik kejap." Bagai cuba untuk melarikan diri dari perbualan itu; Hakimi cepat-cepat bangun dari situ sambil menghabiskan ayatnya sebelum berlalu pergi ke biliknya di tingkat atas.

"...."

"Pfft..." Mia menakup mulutnya sabil cuba menahan gelak dari tadi sambil diperhatikan Am dari sisinya.

"Mia... kenapa ketawa?"

"Abang cuba nak bahan abang Am tadi... last-last dia yang kena balik...hehe.." Mia tersengih sambil menjeling ke arah Amry yang maish kelihatannya bereaksi ketat dari tadi.

"Dahlah.. tak ada apa yang hendak dihairankan... saya sedar macam mana pun, saya perlu belajar untuk berubah... tapi, awak rasa ayah marah tak kalau tahu pasal kerja kita ni?" perhatiannya kembali kepada Mia yang berada disisinya dengan reaksi agak khuatir.

"Ayah takkan marah kalau tahu niat kamu, Amier."

"?!?!" suara perlahan wanita pertengahan umur itu menarik perhatian kedua mereka kepadanya.

"Mak..." Mia tersenyum melihatkan ibunya yang memerhatikan Amry dari tadi.

Petang itu, aku mengetuk pintu bilik abang Amier selari berdiri tegak dihadapan pintu yang tertutup rapat itu.

"Terima kasih, Am." Aku bersuara tanpa membuang masa tatkala Amry telah pun terpacak dihadapanku dengan reaksi keliru.

"Eh? Kenapa pula ni? Kalau pasal kerja tadi; saya rasa awak memang layak... tak perlulah nak berterima kasih dengan saya." Lelaki itu menggaru kepalanya sambil memerhatikan aku yang masih menundukkan pandangan darinya.

"Pasal kerja pun saya nak berterima kasih, pasal tadi pun saya nak berterima kasih dengan awak."

"...tadi?"

"Apa yang awak buat tadi... terima kasih sebab pertahankan abang Amier depan abang Hakimi... memang selama ni abang tu suka cari pasal dengan abang Amier... mungkin niat dia baik dan sekadar untuk berseloroh... tapi, cara abang tu agak kasar..."

"Oh... pasal tu... tapi, selama ni; macam mana respon Amier pada abang awak tu?"

"Selama ni.... memang abang lawan juga bila diusik macam tu... tapi, selalunya abang akan diam sebab tak nak bergaduh depan mak."

"Ah... figures... awak jangan risaulah... selama saya boleh, saya akan cuba untuk elakkan Amier dari kena buli dengan abang awak tu lagi, okay?"

"Saya tahu yang saya tak perlu risaukan hal tu... tapi, macam mana dengan kerja kita tu? Ayah akan approve tak, awak rasa?"

"Kan tadi mak dah cakap... kalau ayah tahu niat kita, dia akan benarkan... lagipun, saya yakin yang ayah awak tu lagi rasional dari abang Hakimi."

"Awak rasa?"

"Ya... jangan risaulah... awak turun dulu... kejap lagi, ayah awak balik; kita beritahu dia, okay?"

"Eh? Kena beritahukah? Tak payah kot..." aku jadi panik apabila terfikirkan apa yang bakal terjadi apabila topik ini disentuh dihadapan ayah nanti.

"Awak nak ayah awak tahu dari mulut kita sendiri ataupun dari abang Hakimi kesayangan awak tu?"

"Hah? Er... " sekali lagi kata-katanya membuatkan aku makin terkedu.

"....so?"

"O...kay... tapi, awak yang cakap; okay? Saya tak berani nak bersuara... nanti takut salah cakap pula..." lantas aku membuat keputusan walaupun terasa agak bersalah sambil menjeling ke arahnya yang kini kelihatan memberikanku sebaris senyuman sinis.

"Fine, i'll do the talking. Dahlah, awak jangan risau sangat,ya?"

"Thanks... saya... turun dulu? Nanti awak turun, tahu?"

"Ya..." aku memberikannya sebaris senyuman sebelum menyusun langkah untuk turun dari situ menuju ke tingkat bawah.

"..."

"Budak ni... tadi cakap, tak takut dengan bapak sendiri..." pintu biliknya di tutup sambil dia merungut perlahan.

"Tok! TOK! TOK!" bunyi ketukkan pintu itu menarik perhatiannya sekali lagi ke arah pintu yang baru tertutup rapat itu.

"Eh? Ni dah kenapa datang balik ni? Bukan saya suruh awak..?!?!?"

"Amier."

"Ha..kimi?" Amry terdiam apabila yang terpacak di hadapan pintu itu bukanlah Mia, tapi lelaki tinggi lampai yang memegang pangkat abang long dalam keluarga itu.