webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · General
Not enough ratings
33 Chs

Bab 30

"Mak kau okay."

"?!?" Aku terdiam Amry yang menjawab soalan itu dengan nada perlahan.

"Betul?" Abang mengangkat keningnya bagai meminta kepastian.

"Ya... dan dia masih sayangkan kau lebih dari adik kau , tahu?"

"Tskk... nampak sangatkah?"

"Bolehlah, kan; Mia?"

"Hah? Erm..." aku hanya mengangguk selari memberikan keduanya sebaris senyuman yang terasa kelat.

"Haritu, mak masakkan pulut hitam untuk kau; sedap betul.. banyak aku makan, tahu?"

"Bubur pulut hitam? Sedapnya!"

"Kalau abang nak, Mia boleh minta mak masakkan lagi; nak? Nanti Mia datang hantarka pada abang." Celahku pula sambil terlihat sinar dalam mata abang ketika itu; ternyata dia betul-betul rindukan mak.

"Betul? Kau boleh buat macam tu?" tanganku digenggamnya dengan sebaris senyuman teruja.

"Mestilah! Untuk abang Mia, kan?"

"..." Amry hanya terdiam disisinya tanpa kata mendengarakan perbualan kedua beradik didepan matanya.

"Ayah, abang tak nak tanya?" sengaja Mia menyelitkan topik bapa mereka pula; dengan serta-merta, wajah abangnya bertukar suram buat seketika.

"Erm... apa.. khabar ayah?"

"Alhamdulillah, sihat; bang... masa mula-mula Am datang tu, ayah cuak jugalah sebab abang nampak lain... dipanggilnya ustaz, bagai..." Mia menyambung selari menjeling ke arah lelaki yang duduk disisinya itu sambil melayangkan sebaris senyuman sinis.

"Hah? Aku tak pernah pula dengar cerita ni."

"...." Amier terdiam seketika dengan reaksi terkejut.

"Pfft..."

"Lepas tu, apa jadi?"

"Orang tu kurang siuman... nasib baik aku tak kena cekik dengan dia." Sambung Amry pula sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal; masih rasa agak tak masuk akal dengan perkara yang telah terjadi dulu.

"Hehe..." Mia terkekeh sambil menundukkan kepalanya.

"Serious lah?" Amier tercuit dengan kisah itu selari mula tersengih.

"Pfft...hahahha!"

"Sudahlah tu... kasihan budak tu... dia tertekan, sebab tu jadi macam begitu." Sahut Amry lagi sambil mengalihkan pandangannya ke bawah.

"Hah, awak tak penah cerita pasal dia pada saya... kenapa dengan dia sebenarnya?" Aku terpanggil untuk bertanyakan pada Amry ketika itu.

"Mia..."

"Hmm?" perlahan nada abang memanggilku tadi.

"Mulai sekarang, aku nak kau panggil Am ni abang... boleh?"

"Eh?" aku membeliakkan mata dengan permintaan abang tadi.

'Apa...kah?' aku cuba memproses arahan yang baru kuterima tadi sambil mula mendiamkan diri.

"A...bang? Ta...tak apalah... Amir... aku ni..." celah Amry sambil beberapa kali menjeling ke arahku; ternyata reaksiku ketika itu mengganggunya juga.

"Tak boleh... Mia kena biasakan diri panggil kau abang sebab takut tersasul depan orang lain nanti... alah, bukannya kau tak biasa; kan, Mia? Sebelum ni okay saja kau panggil aku abang?" sambung abang lagi sambil menjeling ke arahku yang masih berasa janggal dengan situasi itu.

"Hah? Er... ya..."

"..."

'Sebelum ni memanglah boleh sebab depan mak dan yang lain... tapi...kalau berdua saja, aku seganlah nak panggil dia 'abang'...' aku mengumam perasaan sendiri sambil menundukkan wajah; dengan serta-merta aku berasa serba serbi tak kena.

"Hah, apa lagi; sambunglah cerita kau tadi."

"Ah... o...kay." Am menyambut ceritanya tadi walaupun dengan nada agak kekok; ternyata Halil yang nampak kurang siuman itu sebenarnya akibat daripada terlalu ditekan keluarganya dan kekasihnya kerana statusnya.

Halil sebelum ini hanyalah seorang lelaki biasa yang membuat kerja-kerja kampung dan hidup secara sederhana. Dia mula ditekan apabila kekasihnya dilamar salah seorang sepupunya yang merupakan seorang bekas graduan universiti di Mesir dan bergelar doktor. Dia terasa disisih apabila keluarganya sendiri mengecil-kecilkan dirinya kerana kurang berpelajaran dan tak memiliki pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

Satu tamparan besar bila kemudian, dia dapat tahu kekasihnya dulu dah terima pinangan sepupunya tadi buatkan dia bertindak keluar kampung dia dan merantau; dan berjumpa dengan seorang orang tua yang mengaku sebagai seorang yang berilmu dan mula menuntut darinya.

"Kasihannya dia... kiranya dia Cuma mangsa keadaan?"

"Lebih kuranglah.... itu yang saya cakap dengan supaya jangan lari dan mula minta bantuan agar dia boleh sembuh nanti."

"...."

"Abang? Abang, kenapa diam?" Abangku yang tadinya kelihatan ceria tiba-tiba mendiamkan diri dengan reaksi mencuka; menarik perhatianku padanya.

"Kalau aku tak kuat dulu... mungkin aku pun ended up sakit jiwa macam tu; kot..."

"?!?!" kata-kata yang keluar dari mulut abang ternyata mengejutkan kedua aku dan Amry apabila kami saling berpandangan sebelum aku mengalihkan perhatian kepadanya semula.

"Abang! Apa cakap macam tu? Tak baiklah!"

"Nasib baik aku tak tinggal lama dalam rumah tu... kalau tak, memang conform conform aku jadi gila."

"Kenapa kau cakap macam tu?" giliran Amry pula bersuara dengan nada sedikit keliru.

"Hai, selama kau jadi aku ni; kau tak nampak? Mia.. dia tak nampak apa yang jadi dalam rumah tu? Macam mana orang dalam rumah tu layan isinya? Layan kau? Kau tak beritahu dia?" aku terkedu apabila perhatian abang dialihkan kepadaku pula.

"...."

"Abang, dah lah tu..." perlahan omel Mia dengan perasaan kekok.

"Dah? Sebab inilah kau jadi macam ni, tahu; Mia? Kau langsung tak nak buka mulut dan cakap apa-apa dalam rumah tu walaupun kau tahu cara diorang layan kau salah!"

"..."

"Amier..." janggal dengan reaksi yang dipamerkan kedua Amier dan Mia, Amry mula bersuara.

"Aku malaslah nak cakap dengan kau... bukannya kau nak dengar pun, apa yang aku cakap. Buat penat saja."

"...."

'Walaupun pahit, aku tahu apa yang abang katakan tadi ada benarnya... selama ni aku hanya diam dan ikutkan apa saja yang diputuskan keluarga ku yang lain buat diriku; baik keputusan tu dari ayah, abang, mahupun mak... sampaikan aku jadi takut untuk membuatk keputusan sendiri walaupun sekarang aku sendiri sepatutnya dah boleh buat keputusan untuk kehidupan aku.' Tanpa seda; air mataku mulai berjujuran jatuh membasahi pipi dengan perasaan yang makin membengkak.

"Eh? Mia?... Amier.." responku ternyata membuatkan Amry menjadi kaget dengan serta-merta.

"!?!? Ma...maaf... saya tak sengaja... saya..." kepalaku makin menunduk dengan perasaan hiba bercampur segan kerana tak dapat menahan perasaan dihadapan kedua lelaki ini.

"Ini sajalah kerja kau, kan? Menangis.. sikit-sikit menangis! Kau ingat kau tu budak lagikah?" kontra dengan reaksi Amry tadi, abang hanya menjelingku dengan reaksi menjengkelkan.

"..."

"Amier dah lah tu..."

"Kau bawalah dia balik dulu... menyampah pula aku tengok dia ni."

"Hah? Er.. okay..." walaupun agak kekok, Amry hanya akur dengan arahan yang kedengaran agak tegas tadi selari mula bangun dari situ.

"Amry."

"Er.. ya?"

"Kau tak payah risau sangat, Mia tu memang macam tu... cengeng semacam saja... bila ditanya, tak nak pula jawab."

"Ah... okay, aku faham... kami gerak dulu? Nanti apa-apa, aku contact kau."

"Am." Sekali lagi Amry terdiam dengan panggilan Amier dari belakang.

"Hm?"

"Mak kau sihat... aku tahu dia sayangkan kau."

"Aku tahu tu... kau tolonglah tengok-tengokkaan mak kau tu, tahu? Jangan berkasar dengan dia." Dengan serta-merta, sebaris senyuman dilayangkan pada Amier ketika itu.

"Insyallah... kau pun, jagakan keluarga aku untuk aku buat masa ni. Aku harap kau boleh biasakan diri dengan 'ona' family aku tu."

"Kau doakanlah... Pfft... okay, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.... Mia, jaga diri." Sempat lagi abang mengalihkan pandangan kepadaku yang masih berdiri sambil tunduk dibelakang Amry sejak tadi.

"... Abang pun."

"..." aku hanya mengalihkan pandanganku pandanganku yang masih kabur itu kepadanya dengan sebaris senyuman paksa.