webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Jogos
Classificações insuficientes
856 Chs

Zhang Yang menghantar 1000 botol kepada kedua-dua Pencari Salji dari Amarah Membara serta Pawang Langit dari Tinggi Langit terlebih dahulu. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia menghantar 100 botol kepada Lelaki Beradab yang Rendah Diri. Apa yang perlu dia lakukan telah diselesaikan. Tiada apa-apa lagi yang boleh dia lakukan sekiranya Amarah Membara atau Tinggi Langit masih ketinggalan di belakang Pendominasi.

Segala yang perlu dilakukan di Tahap 20 telah disempurnakan. Satu-satunya benda yang masih boleh dicapai ialah rekod kelajuan penyelesaian Mod Paling Sukar! Namun begitu, Zhang Yang tidak begitu berminat untuk mendapatkan pencapaian tersebut kerana ganjarannya tidak cukup lumayan baginya!

Terdapat situasi di mana keadaan boleh menjadi suram! Sekiranya dia sahaja yang bertanggungjawab dalam memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama ataupun Pencapaian Kelajuan, persatuan lain mungkin tidak akan berpeluang untuk merasai kemasyhuran tersebut. Penonton juga akan bosan sekiranya Zhang Yang satu-satunya pemain yang terus-menerus terkenal.

Terdapat juga satu situasi lain. Sekiranya pemain tidak memberi peluang kepada pemain lain, pemain lain akan turut enggan memberi peluang kepadanya! Persatuan lain mungkin bersatu dan bersekutu semata-mata untuk menjatuhkan persatuannya! Dia tetap tidak akan mampu menumpaskan semua orang walaupun dengan kebolehannya yang nyata itu! Sebab itu Zhang Yang hanya mengutamakan Pencapaian Penyelesaian Pertama. Pencapaian Kelajuan hanya satu cabaran tambahan buat hiburan pemain. Dia tidak perlu menjadikannya satu keutamaan!

Dia memanggil keempat-empat rakannya untuk menyertainya melakukan grind di Tanah Rata Berhantu Terpinggir. Dia telah menetapkan objektif untuk mencapai dua dungeon bertahap 30 di Istana Bayangan Rembulan. Dia telah mempunyai lima orang ahli pasukan yang layak untuk dungeon 10 orang sepasukan. Dia hanya perlu mencari empat orang ahli lagi untuk menubuhkan pasukan tersebut. 

Malam Dingin menolak pelawaan untuk grind tersebut kerana dia perlu kembali bertugas.

Zhang Yang menjadi tertanya-tanya dengan keupayaannya. Wanita ini bekerja sepenuh masa, bagaimana dia dapat mencari masa untuk meningkatkan tahapnya dengan sangat laju? 

Zhang Yang log masuk selepas menikmati hidangan makan malamnya lalu membentuk tiga pasukan untuk menyerang Makam Bangar. Sebuah pasukan lagi diketuai Bukit Besi sebagai tank utama dengan Si Salji sebagai penyembuhnya. Zhang Yang mahu meningkatkan kebolehan semua ahli persatuannya dalam bertarung. Dia tidak boleh bergantung harap kepada rakannya semata-mata dan mendominasi kemasyhuran dalam permainan video ini. 

Selepas serangan dungeon tersebut, Zhang Yang kembali melakukan grind. Menjelang pukul 10 malam, dia telah mencapai Tahap 24 dengan 91% mata pengalaman dan terlalu hampir dalam mencapai Tahap 25. Dia kemudian log keluar dan melayari laman sesawang.

Dia melayari laman sesawang rasmi dan mendapat tahu sebuah berita yang menarik!

Syarikat perfileman Amerika Studio Miramax akan bekerjasama dengan pemaju permainan video Teknologi Mimpi untuk menghasilkan produksi tembak-menembak dalam permainan video yang dipanggil "Roh Seorang Kesatria"! Skrip, pengarah, serta pelakonnya telah ditetapkan dan penggambaran akan bermula tidak lama lagi!

Berita itu menjadi perbualan hangat antara peminat permainan video ini. Sesetengah mereka meninggalkan ulasan manakala sesetengah yang lain pula meninggalkan aduan. Sesetengah mereka menunjukkan minat sementara sesetangah yang lain menyatakan kemungkinan yang produksi ini akan gagal. Terdapat banyak pendapat yang memenuhi forum!

Zhang Yang hanya mengeluh dalam. Situasi ini memang terjadi dalam "sejarah" silamnya.

"Roh Seorang Kesatria" merupakan filem pertama yang dihasilkan dalam 'Keajaiban Tuhan'. Mereka telah berjaya menghasilkan sebuah filem yang menempa sejarah setelah menggunakan persekitaran dan watak manusia permainan video yang sangat realistik ini! Filem tersebut dianggap sangat berjaya disebabkan penggunaan ciri-ciri permainan video yang menakjubkan ini. Keuntungan jualan tiketnya dalam dunia sebenar melebihi 700 juta USD sementara "tiket wayang" dalam permainan video mencapai bilangan mengejutkan iaitu 8.8 bilion keping syiling emas!

Peristiwa ini terjadi enam bulan selepas kadar pertukaran menurun ke kadar 1:1. 8.6 bilion keping syiling emas boleh ditukarkan kepada 1.5 bilion dolar!

Kos asal pembikinan filem ini pula hanya 2 milion USD!

"Roh Seorang Kesatria" bukan sahaja sebuah pelaburan perniagaan yang menguntungkan, ia juga merupakan batu lonjakan buat industri perfileman! Selepas Studio Miramax berkongsi tentang keuntungan mereka, penerbit filem lain turut mengikut jejak langkahnya dan mula menumpukan projek mereka kepada 'Keajaiban Tuhan'!

Terdapat banyak faedah dalam menghasilkan filem bersama 'Keajaiban Tuhan', tetapi kelebihan utamanya ialah seperti berikut:

Kos Pembikinan yang Rendah

Sesiapa pun boleh mereplikakan suasana semasa gempa bumi, gegaran kerak bumi, babak letupan, atau hari kiamat sekalipun! Itu semua boleh dihasilkan dengan mudah dalam permainan video ini! Tambahan pula, pelakon boleh mengubah penampilan mereka menjadi sekacak atau secantik yang mereka inginkan! Teknologi Mimpi boleh bekerjasama dengan penerbit untuk mereplikasikan apa-apa ciri-ciri filem yang mereka mahu. Mereka juga boleh mengubah suai struktur sebuah bangunan untuk bertemakan purbakala, menghasilkan sebuah distopia selepas hari kiamat, atau mempermudahkan reka cipta latar langit dalam sains fiksyen! Mereka turut boleh menghasilkan bilangan NPC tanpa had sebagai watak tambahan! Mereka seolah-olah boleh menghasilkan planet bumi kedua! 

Realisme

Penghasilan filem seram dalam dunia sebenar memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mewujudkan babak kematian yang kreatif dan sentiasa menarik perhatian. Namun, lakonan dan kesan yang dihasilkan itu ada hadnya. Namun begitu, tiada had tersebut dalam 'Keajaiban Tuhan'! Sesiapa pun boleh membunuh dengan apa cara sekalipun! Watak itu pula boleh bangkit semula selepas dibunuh! Selepas kejayaan "Roh Seorang Kesatria", ramai penerbit filem menumpukan projek mereka dan bekerjasama dengan 'Keajaiban Tuhan' lantas mewujudkan kesan yang ketara ke atas masyarakat. Pekerjaan seperti artis solek, pelagak ngeri, pasukan kesan khas, dan sebagainya tidak lagi diperlukan! Tidak lama selepas itu, rakyat negara demokratik yang terkesan dengan keadaan berkenaan telah bersatu dan menyuarakan usul bagi menghentikan atau mengehadkan penghasilan filem yang melibatkan kerjasama dengan 'Keajaiban Tuhan'. Meskipun begitu, usul mereka ditolak sepenuhnya. Kesemua 14 ahli juri tersebut merupakan pemain tegar 'Keajaiban Tuhan'.

Menonton sebuah filem yang dihasilkan dalam 'Keajaiban Tuhan' merupakan sesuatu yang menakjubkan. Penonton boleh menikmati persekitaran dalam 360 darjah yang lebih '3D' berbanding filem 3D sebenar!

Ia juga tidak terhenti di situ! Lebih banyak industri yang mula tertarik dengan permainan video ini dan banyak juga yang telahpun memindahkan perniagaan mereka ke dalam permainan ini! Sesetengah daripada mereka ialah penerbit, syarikat pengiklanan, syarikat rakaman muzik, dan banyak lagi! Pada ketika itu, 'Keajaiban Tuhan' bukan lagi sebuah "permainan video' kerana ia telah berubah menjadi syarikat gergasi yang melahirkan sebuah dunia dengan budaya yang baru!

Ini semua akan berlaku dalam masa enam bulan!

Zhang Yang menarik nafas dalam-dalam. Pelancaran "Roh Seorang Kesatria" akan diadakan serentak dengan kemaskini pertama permainan video ini. Kemaskini tersebut akan merangkumi pelancaran Liga Profesional serta pelaksaan sebuah sistem pertarungan yang dipertingkatkan dalam sebuah pelancaran baik pulih besar-besaran permainan video tersebut!

Zhang Yang membuka senarai kenalannya dan memeriksa palang di mana dia telah menyusun semua rakan sekelas dan kenalannya dari universiti. Dia mendapati hampir kesemua 37 orang pelajar berkenaan berada di atas talian. Pukul 10 malam masih dianggap awal dan merupakan waktu aktif bagi semua orang yang gemar berjaga malam. 

"…Argh! Aku masih di Tahap 19! Esok aku akan serang Sarang Marzerway!"

"Hei semua! Semalam, aku dapat kumpulkan but Tembaga Hijau! Dengarlah ini! Ia sebuah OP!"

"…"

"Hei! Li Qi baru masuk! Tepat pada waktunya. Ajak dia sertai persatuan Bintang Gemilang dan dia tidak perlu risau tentang peralatan lagi!"

"Hei hei. Aku ini cuma ahli pasukan ketiga! Masih ada lebih 20 orang elit dalam kumpulan lagi satu!"

"Eh! Semua! Tengok! Zhang Yang akhirnya log masuk! Budak tak guna! Kita tamat belajar 100 tahun lepas, kawan! Kenapa baru sekarang kau masuk atas talian!"

Li Shang Yuan orang pertama yang menegurnya. Zhang Yang cepat-cepat menegurnya kembali.

Setelah Zhang Yang menegurnya kembali, dia menambah, "Yo! Bekas ketua kelas! Kau bermain 'Keajaiban Tuhan', bukan?"

"Ya, aku main permainan video itu. Permainan yang menakjubkan. Aku bermain bersama kawan sekerja aku! Hah! Aku baru sahaja log keluar daripada permainan video dua minit lepas! Kita boleh bertembung dalam permainan video itu tadi!"

Li Shang Yuan terhenti sejenak dan teringatkan sesuatu. "Betul itu, kau pernah kata kau ingin bermain permainan video sebagai mata pencarian kau, bukan! Jadi… kau macam mana sekarang?"

Zhang Yang tersengih. "Aku masih hidup lagi. Jadi, itu sudah cukup bertuah pada aku! Li Shang Yuan, kau berada di kota mana sekarang?"

"Kota Bayu Sentosa, kau?"

"Aku di Istana Jed Putih!" Zhang Yang tersengih sambil membalas, "Aku perlukan bantuan kau untuk sesuatu. Bolehkah kau tolong aku sedikit?"

"Boleh! Cakaplah apa yang kau perlukan!" Li Shang Yuan memang seorang lelaki yang terus-terang. Dia memang seorang yang cakap serupa bikin. Tiada langsung ragu-ragu!

Zhang Yang mengangguk kerana dia puas hati. Dia telah terjumpa seorang yang sesuai untuk menjalankan rancangannya.

"Aku ada sebuah barangan yang sangat laku di pasaran sekarang. Tapi aku tak boleh jual banyak dalam kota aku. Aku hendak minta tolong kau untuk jual sedikit di kota kau juga di samping kumpulkan beberapa bahan!"

"Hoho! Boleh, aku akan tolong kau! Hantar sahaja kepada aku. Oh, barangan jenis apa itu? Macam mana kau hendak jual mereka?"

Zhang Yang membalas. "Barangan tersebut adalah [Posyen Anti Bayangan Pemula]. Ia akan meningkatkan penangkisan 100 mata Bayangan. Kau boleh menjualnya di rumah lelong pada harga sekeping syiling emas sebotol!"

"Zhang Yang! Ya Tuhan! Mahalnya harganya! Sekeping syiling emas sebotol!? Kawan, selepas aku beli kemahiran Tahap 20, aku hanya akan ada tujuh hingga lapan keping syiling sahaja lagi! Aku tidak mampu hendak betulkan peralatan aku pun dengan jumlah wang yang aku ada!" Li Shang Yuan menyuarakan rasa sangsinya.

Zhang Yang hanya tertawa. "Tak mengapa! Cuba jual sahaja dengan harga sebegitu! Tak mengapa kalau barangan itu tidak terjual, tapi jika ia terjual, kita akan bahagikan keuntungan 70/30?"

"Haha! Ini cuma perjanjian kecil-kecilan. Aku ikut sahaja!"

"Janganlah begitu, kawan! Nilai itu besar dan bukan kecil-kecilan seperti yang kau fikirkan!"

"Urgh… baiklah! Kalau begitu, kita tidak perlu ikut 70/30. Kau boleh bayar seberapa banyak yang kau mahu."

Pada ketika ini, Li Shang Yuan masih belum dapat menganggarkan berapa banyak keuntungan yang dia akan dapat.

"Baiklah kalau begitu, aku akan hantar esok!"

Selepas Zhang Yang berjaya mencari pengedar untuk Kota Bayu Sentosa, dia terus mencari bekas rakan sekelas lain yang sekurang-kurangnya rapat dengannya atau yang boleh dia percayai. Dia bertanya kepada mereka seorang demi seorang sama ada mereka bermain 'Keajaiban Tuhan' dan di kota mana mereka berada. Selepas dia bertanya kepada lebih kurang 10 orang, dia berjaya mencari "Pengedar" untuk kesemua enam kota utama, selain Kota Zamrud!

Zhang Yang terus bertanya, tetapi dia gagal menjumpai sesiapa pun dari Kota Zamrud. Zhang Yang memeriksa senarai pelajar tersebut hingga ke bawah. Tiada seorang pun yang rapat dengannya baginya menghantar mesej peribadi. Dia kemudian bertukar kepada saluran umum dan menghantar pesanan. "Buat semua rakan yang bermain permainan video 'Keajaiban Tuhan', adakah sesiapa di sini dari Kota Zamrud?"

Selepas beberapa ketika, dia menerima beberapa jawapan.

"Aku di Kota Naga Hitam! Kenapa kau tanya?"

"Apa yang istimewanya dengan Kota Zamrud?"

"Zhang Yang! Kau sekarang di tahap berapa? Kami tersenarai sebagai Raja Penarafan buat masa ini! Setakat ini , Li Shang Yuan berada di kedudukan pertama dengan Tahap 21! Beritahulah tahap kau!"

Ramai yang membalas mesejnya, tetapi tiada seorang pun antara mereka mengatakan tentang Kota Zamrud! Zhang Yang berasa sangat kecewa. 'Begitu ramai orang dalam kampung pemula, tetapi tiada seorang pun yang memilih Kota Zamrud!? Kenapa pula begitu? Adakah semua membenci warna hijau sekarang?'

"Uhm… saya di Kota Zamrud!"

Zhang Yang ternampak sebuah mesej pendek di kalangan perbualan tersebut. Zhang Yang memilih mesej berkenaan dan mendapati orang di sebalik mesej itu ialah pensyarah universitinya, Cik Yu Li! Orang yang sama yang akan menjalin hubungan intim dengannya pada satu malam lima tahun akan datang!

Yu Li memang kerap "bersembunyi", tetapi dia tiba-tiba mendedahkan dirinya!

"Wah wah wah! Cik Yu Li lah!"

"Hai Cik Yu Li!"

"Cik Yu Li! Aku rindu pada kau!"

"Wah! Aku tak sangka Cik Yu Li akan bermain "Keajaiban Tuhan'! Apa IGN yang cik guna?"

Hanya lelaki yang akan teruja sebegitu! Merekalah sekumpulan pelajar lelaki gatal yang minat dengan pensyarah cantik itu semasa mereka belajar dulu! Dia memang merupakan "dadah" haram buat ramai pelajar lelaki!