90 Lelaki Beradab yang Rendah Diri Naik Berang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Saluran umum mula kecoh setelah Cik Yu Li mendedahkan kewujudannya. Zhang Yang terpaksa menghantar mesej peribadi kepadanya untuk mengelakkan perbualan kosong. "Cik Yu, saya perlukan bantuan untuk menjual barangan di Kota Zamrud!"

"Ok. Boleh."

Dia hanya membalas setelah beberapa ketika. Dia mungkin sibuk membalas mesej lelaki menyibuk tadi.

"Zhang Yang, kamu sudah mendapat apa-apa pekerjaan?" Dia bertanya.

Adakah usahanya di "Keajaiban Tuhan" dianggap sebagai sebuah pekerjaan? Zhang Yang membalas. "Saya masih meneroka permainan video ini. Saya cuba mencari jalan untuk menjana pendapatan melaluinya!"

"Tak cukup itu! Zhang Yang Kecil! Kamu menghabiskan empat tahun untuk belajar di universiti! Sekarang kamu membazir masa bermain permainan video ini pula! Beginikah cara kamu membalas jasa ibu bapa kamu?" Seorang pendidik akan sentiasa menjadi seorang pendidik. Yu Li serta-merta memberi ceramah tentang pengajaran daripada kehidupan kepada Zhang Yang. Zhang Yang teringin untuk menekan butang log keluar dan lari daripada semua itu kerana dia tiada keinginan untuk menyeksa dirinya melalui serangan mental tersebut. Namun begitu, dia perlu menghadapinya kerana dia perlu mencari pengedar di Kota Zamrud. Dia menghabiskan masa yang agak panjang untuk memujuk Cik Yu Li, tetapi dia akhirnya setuju untuk menerima tugasan tersebut dengan syarat. Dia akan membantu Zhang Yang menjual posyen tersebut dengan syarat yang tidak munasabah. Sekiranya jualan posyen tersebut tidak menjadi, Zhang Yang perlu melupakan impiannya yang tidak munasabah untuk menjadi pemain permainan video profesional itu dan mula mencari kerja tetap!

Zhang Yang mengeluh panjang, tetapi dia terharu dengan syarahannya tadi. Zhang Yang tidak pernah berasa seronok dalam mendengar pengajaran daripada kehidupannya, tetapi dia tahu Yu Li bimbangkan dirinya. Masa depan dan keadaan pelajarnya sentiasa menjadi keutamaannya. Begitulah perangai Yu Li dan Zhang Yang sangat faham tentangnya.

Yu Li sebenarnya sangat bertuah apabila dia menerima tugasan sebagai salah seorang pengedar Zhang Yang. Dia menjangka posyen tersebut akan menjadi laris di pasaran seluruh dunia dalam masa beberapa hari lagi dan keuntungannya akan mencecah jutaan dolar. Memandangkan Zhang Yang telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan 9:1 dengan mereka dengan potensi ia akan terjual laris, Yu Li boleh bergantung harap kepada lubuk emas ini untuk mengelak apa yang akan terjadi kepada dirinya di masa hadapan!

Namun begitu, perkara itu berada di luar kawalannya apabila Yu Li bukan sahaja enggan menerima bahagiannya, malah dia telah memberi ceramah tentang pandangan kapitalis Zhang Yang yang bercanggah dengan kedudukannnya sebagai seorang pendidik dalam masyarakat! Dia turut menggesa Zhang Yang agar tidak memaksanya menerima bahagiannya atau dia akan menolak bulat-bulat untuk membantunya menjual posyen tersebut!

Zhang Yang akur dan menerima syaratnya tersebut. Dia percaya yang akan ada juga cara lain untuknya mencari kekayaan.

Zhang Yang terus melayari internet selama beberapa ketika dan akhirnya tidur selepas dia mandi. Pada keesokannya harinya, Zhang Yang keluar dari rumahnya untuk berlatih berlari sambil bertinju iaitu sebuah seni di mana seseorang akan bertinju dengan bayang-bayang sambil berlari pada waktu yang sama. Dia log masuk tepat pukul 9 pagi setelah menikmati sarapannya.

"Budak bedebah tak guna! Berani kau tipu aku!?"

Perkara pertama yang Zhang Yang terima setelah dia log masuk ialah mesej daripada Lelaki Beradab yang Rendah Diri. "Orang miskin bedebah! Kau ingat kau boleh lakukan apa sahaja hanya kerana kau telah perolehi beberapa Pencapaian itu?! Kau ingat kau itu siapa! Aku boleh musnahkan persatuan kau yang bertahap rendah itu dengan satu petik jari sahaja! Pulang balik duit aku yang kau curi itu dan tambah 10000 kepada jumlah itu sebagai ganti rugi! Kalau tak, kau tak akan mampu bertahan dengan apa yang aku akan buat kepada persatuan kau!"

Malam tadi, setelah Lelaki Beradab yang Rendah Diri menerima [Posyen Anti Bayangan Pemula] dan membuat bayaran 50000 keping syiling emas yang besar itu kepada Zhang Yang, dia dengan segera membentuk sebuah pasukan dan telah berjaya menyerang Sayap Utama Sarang Marzerway dalam Mod Paling Sukar!

Lelaki Beradab yang Rendah Diri begitu teruja. Dia tertawa memikirkan betapa ceteknya fikiran Zhang Yang dan hampir menghantar rakaman yang menunjukkan kejayaan pasukannya dalam serangan itu kepada Tinggi Langit dan Amarah Membara untuk memalukan mereka! Namun, dia tidak menyangka yang dia akan menerima maklumat daripada pengintipnya di kedua-dua persatuan saingannya tersebut sebelum sempat dia menghantar rakaman itu. Kedua-dua persatuan tersebut telah berjaya menyerang dungeon itu dalam Mod Paling Sukar 10 minit lagi awal sebelum pasukannya!

Lelaki Beradab yang Rendah Diri naik berang! Dia langsung tidak menyangka kedua-dua persatuan itu akan berjaya mendapatkan resipi posyen tersebut dan berada satu langkah di hadapannya! Ini mesti angkara Zhang Yang!

Musang licik yang tamak! Dia tidak kisah tentang harga yang dibayar untuk posyen tersebut, tetapi yang menjengkelkannya adalah Zhang Yang juga telah menjual posyen itu kepada saingannya! Lelaki Beradab yang Rendah Diri pada asalnya telah menawarkan harga yang sangat tinggi untuk menghabiskan stok Zhang Yang! Ini untuk memastikan persatuannya akan menjadi persatuan pertama yang melengkapkan set peralatan Perak Kelabu! Dia sepatutnya boleh bersedia untuk serangan dungeon Tahap 30!

Namun, dia sebaliknya telah diperbodohkan! Ketiga-tiga persatuan telah menyerang dungeon pada masa yang sama! Dia pula telah membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan hasil yang sama! Tentulah dia naik berang! Selain itu, bayaran untuk posyen tersebut datang dari poketnya sendiri! Dia sekurang-kurangnya boleh meminta bayaran semula untuk pembelian posyen tersebut sekiranya dia berjaya menjadi persatuan kedua yang menyerang dungeon itu! Kini, setelah mereka menjadi persatuan keempat yang berjaya melakukannya, bagaimana dia ingin meminta untuk pembayaran semula itu!?

Zhang Yang hanya mentertawakannya. Lelaki ini… adakah dia ingin meminta dia bertarung dengannya untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka?

"Ketua Persatuan Lelaki Beradab! Sudah tentu 50000 keping syiling emas itu hanya umpama duit pecah bagi lelaki kaya seperti kau!"

"Tak guna! Pulangkan duit aku!" Dia berteriak. "Kalau kau hendak terus begini, aku akan bergabung dengan Tinggi Langit dan Amarah Membara untuk dedahkan kelicikan kau! Kau ingat kau boleh tahan dengan serangan daripada ketiga-tiga persatuan kami?"

Lelaki Beradab fikirkan yang Zhang Yang telah menipu ketiga-tiga persatuan itu pada masa yang sama. Sebab itu dia ingin memanggil kedua-dua persatuan itu untuk menyertainya dalam pertelingkahan ini. Dia ingin mengenakan tekanan besar yang boleh menghancurkan Zhang Yang! Namun begitu, apabila dia dapat tahu dia merupakan satu-satunya orang yang ditipu Zhang Yang, raut wajahnya boleh memenangi anugerah "Raut Wajah Paling Menarik"!

Zhang Yang hanya menggeleng kepalanya. Bagaimana agaknya seseorang yang cepat berang dan panas baran seperti Lelaki Beradab yang Rendah Diri ini boleh menjadi ketua sebuah persatuan yang akan menjadi persatuan terunggul satu hari nanti?

"Ehm… Seingat aku, aku tidak mahu menjual posyen itu kepada kau asalnya. Tapi kau tak henti-henti merayu, jadi aku pun setuju jual 100 botol kepada kau! Kenapa kau hendak salahkan aku pula?"

"Kau…" Lelaki Beradab tidak mampu mengatakan apa-apa lagi. Amarah yang dirasakannya membuatkannya tergamam! "Zhan Yu! Kau akan bayar balik duit aku atau tidak!?"

"Ketua persatuan Lelaki Beradab, ada sesetengah perkara yang tidak perlu dihebahkan. Bukan begitu? Contohnya, ada beberapa Perompak yang bersembunyi dan menyerang hendap persatuan aku semalam! Aku tak rasa yang ketua persatuan Pendominasi akan merancang sesuatu seperti ini, bukan…"

Lelaki Beradab terkedu. Bagaimana dia tahu perkara tersebut?

Lelaki Beradab telah mengeluarkan Perompak tersebut daripada persatuannya bagi memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan "misi" mereka sambil terus menyembunyikan identity mereka semua. Dia kemudian telah memasukkan mereka semula ke dalam persatuannya setelah mereka melakukan tugasan tersebut. Ish! Yang mana satu antara mereka yang penakut dan telah membongkarkan rahsia itu!

"Ish!" Rahsianya telah terbongkar, jadi Lelaki Beradab tiada ingin melibatkan dirinya lagi dengan Zhang Yang. Dia tahu Zhang Yang tidak akan memulangkan kembali wangnya. Ini sudah jelas cara Zhang Yang untuk membalas dendam terhadapnya! Dia serta-merta menghentikan perbualan mereka dan menghubungi kedua-dua persatuan lain untuk menyuarakan cadangannya agar mereka sama-sama menjatuhkan Zhang Yang.

Namun begitu, apa yang terjadi setelah itu membuatkannya bertambah kecewa. Pawang Langit telah menghentikan perbualan mereka dengan kata-kata terakhir "Dasar hipokrit!"

Pencari Salji pula meneruskan perbualan dengannya sesopan yang dia mampu, tetapi dia tidak menunjukkan minat dengan idea Lelaki Beradab. Lelaki Beradab memang benar-benar kecewa. Asap Gurun Terpinggir semakin masyhur sementara Pendominasi pula masih lagi mencuba. Ramai ahli lamanya yang sedang bermain permainan video lain dan masih belum menyertai permain video ini. Sekiranya mereka mencetuskan perkelahian antara kedua-dua persatuan pada tahap ini, tidak akan pemenang akhirnya nanti! 

Sebagai sebuah persatuan yang ditaja, mereka tidak boleh mencetuskan perkelahian dengan persatuan lain. Mereka boleh mencuba untuk menentang persatuan lain secara adil, tetapi mereka tidak dibenarkan melakukannya sehingga ada yang tercedera! Sekiranya Lelaki Beradab memulakan perkelahian secara paksaan dengan persatuan Zhang Yang, dia boleh dipecat oleh penajanya! Pada waktu ini, dia tidak dapat melakukan apa-apa selain memujuk dirinya sendiri.

Lelaki Beradab tidak dapat melakukan apa-apa selain menggenggam penumbuknya sendiri. Dia hanya mampu menunggu sehingga semua ahli asal Pendominasi berkumpul untuk mengembalikan kuasa sebenar persatuan tersebut dan menjatuhkan Asap Gurun Terpinggir!

Zhang Yang mendapatkan kiriman yang diterima semalam dan mengeluarkan sejumlah 52000 keping syiling emas hasil jual beli semalam. Dia kemudian terus mengeluarkan timbunan posyen dari ruang simpanannya dan menghantarnya kepada pengedar yang telah dia tetapkan semalam. Dia turut menjual beberapa di dalam rumah lelong dengan harga sekeping syiling emas setiap botol. 

Sebaik sahaja "geng"nya log masuk, Zhang Yang memasukkan mereka semua ke dalam pasukannya dan menyerang Sayap Hadapan dan Sayap Tengah Sarang Marzerway dalam Mod Paling Sukar.

Semasa mereka berada dalam serangan dungeon itu, Zhang Yang menerima banyak permintaan untuk menambah kenalan daripada rakan-rakan universitinya. Satu persatu permintaan itu diterima Zhang Yang dan dia terus-menerus menerima pelbagai mesej peribadi.

"Jahanam! Kaulah Zhan Yu itu! Biar betul!? Kau memang betul-betul berjaya nampaknya ya! Tiga Pencapaian Penyelesaian Pertama berturut-turut dan juga pembunuhan pertama bos lapangan! Hmph! Aku rasa pemain yang menyelindung namanya itu juga sebenarnya kau!"

"Zhang Yang! Abang Zhang! Aku ingin sertai kau tidak lama lagi! Bawalah aku semasa serangan dungeon untuk dapatkan peralatan!"

"Zhang Yang! Aku pun mahu Pencapaian Penyelesaian Pertama!"

Zhang Yang mengabaikan kebanyakan mesej itu dan menumpukan perhatian kepada serangan dungeon. Tidak lama selepas itu, Li Shang Yuan menghantar sebuah mesej.

"Zhang Yang! Posyen itu! Semua sudah habis terjual! Aku jualnya pada harga sekeping syiling sebotol dan semua serta-merta habis terjual! Ya Tuhan! Macam mana mereka boleh menghabiskan wang untuk membeli posyen! Apa kelebihan posyen ajaib ini?!"

Zhang Yang tertawa. Pemain yang mampu dan akan membeli posyen itu selalunya mereka yang menyertai pasukan peneroka dari persatuan besar yang sedang memeriksa Mod Paling Sukar di Marzerway. Persatuan peringkat pertengahan pula akan membeli posyen itu untuk pasukan peneroka mereka memeriksa Mod Sukar sahaja. Tidak kira betapa larisnya jualan hari ini, ia tidak dapat dibandingkan dengan jualan apabila permainan video ini mencapai tempoh matang di mana pemain biasa boleh menjadi pembeli utama posyen tersebut!

Zhang Yang memikirkannya sejenak dan membalas, "Haha! Berita baik itu. Kita cuba naikkan harganya kepada dua keping syiling emas sebotol. Jika posyen itu nanti terjual pada kadar kelajuan yang sama, kita cuba tingkatkan lagi! Kita tengok betapa tinggi harga itu boleh dinaikkan sehingga had harga pasaran tercapai!"

Dia teringat yang [Posyen Anti Bayangan Pemula] akan dijual pada harga tetap sekeping syiling emas sebotol. Namun, itu akan terjadi suatu hari nanti semasa permainan video ini hampir mencapai tempoh matangnya! Setakat ini, dengan pelancaran permainan video ini baru-baru ini, set peralatan mempunyai nilai setinggi emas sendiri! Tambahan pula, tiada pemain bertahap tinggi lagi yang membantu pemain bertahap rendah menyerang dungeon, jadi posyen tersebut masih boleh mengaut keuntungan tinggi!

Li Shang Yuan tersengih di hujung taliannya. "Hehe. Abang, kau memang licik!"

"Hei! Bila ada permintaan, harganya pasti akan meningkat!"

Tidak lama selepas itu, Zhao Xiao Song, Zhou Zhi Yuan, dan beberapa pengedar lain memberi laporan yang sama. Zhang Yang kemudian memberi cadangan yang sama untuk meningkatkan harga seperti yang diterangkannya tadi. Hampir semua pengedarnya telah menyampaikan laporan, tetapi Yu Li pula masih belum memberikan apa-apa laporan. Dia juga tidak menghantar permintaan untuk menambah kenalan kepadanya. Dia tidak pasti sama ada dia berada di atas talian. Zhang Yang telah menghantar permintaan untuk menambah kenalan kepadanya, tetapi dia masih belum memberi respons. Zhang Yang fikirkan dia mungkin berada di dalam kelas dan mengambil keputusan untuk menhantar kiriman kepadanya setelah dia pulang ke kota nanti.

Setelah dia selesai dengan serangan dungeon, dia kembali ke kota dan mengambil kirimannya. Posyen yang dilelongkan di rumah lelong juga habis terjual. Dia telah menjual lima timbunan posyen dan telah mengumpul 100 keping syiling emas.

Zhang Yang kemudian menghubungi Han Gemuk dan memintanya menjual 100 botol posyen bagi pihaknya dengan kadar pembahagian keuntungan 7:3. Zhang Yang ingin memberi Han Gemuk kadar 5:5, tetapi dia tahu Han Gemuk tidak akan bersetuju dengan cadangan itu. Dia kemudiannya memilih kadar perkongsian 7:3. Namun begitu, Han Gemuk tetap enggan menerimanya. Setelah dia mendapat tahu yang Zhang Yang mempunyai 7 pengedar lagi, dia memaksa Zhang Yang untuk memberinya kadar perkongsian 9:1 dan akhirnya bersetuju untuk membantu Zhang Yang menjual posyen itu.

Dia menjangka jualan [Posyen Anti Bayangan Pemula] akan mencapai kemuncaknya dalam masa dua hingga tiga hari lagi sehingga ramai lagi pemain yang mencapai Tahap 30. Apabila ramai pemain mencapai tahap berikut, mereka boleh menewaskan Marzerway dengan mudah, maka jualan posyen itu akan menurun sedikit.

Namun begitu, bilangan pemain belum lagi mencapai titik kemuncak dalam sejarah permainan video ini. Dalam masa tiga tahun lagi, permainan video ini akan mempunyai lebih kurang 1 bilion pemain berdaftar. Walaupun kebanyakan pemain tidak akan membazirkan waktu dan usaha mereka selama beberapa hari untuk menyerang dungeon bagi mengumpul set peralatan pertama, ada sesetengah pemain yang akan melakukannya! Itu tetap akan memberikannya keuntungan besar!

Namun, Zhang Yang tetap akan kehilangan penguasaan pasarannya itu apabila tiba waktunya nanti. Keuntungannya sudah tentu akan menurun. Meskipun begitu, dengan bilangan pemain yang tinggi itu, dia tetap akan mempunyai jualan yang berterusan.

avataravatar
Next chapter