webnovel

Menghargai?

Penatkan bila kita buat sesuatu untuk seseorang tapi dia tidak pernah langsung menghargai apa yang kita buat untuknya.

Sabarlah kawan memang lumrah kehidupan kita macam ni.

Mairah tak nafikan yang memang ada orang yang akan menghargai kita tapi jumlahnya sangatlah sedikit.

Malah satu dalam seribu betul tak?

Tapi yang peliknya walaupun kita tahu si dia tidak pernah menghargai langsung pemberian, bantuan dan pengorbanan yang telah kita lakukan tetap sahaja kita ingin berbuat baik kepadanya.

Kita mahukan penghargaan walau kita tahu dia jenis yang tidak menghargai.

Mairah juga tak nafikan dulu mairah juga seperti itu, malah lebih teruk lagi.

Tapi bila kita mengejar penghargaan dari tuhan itu yang lebih baik.

Kerana apa?

Kerana Dia takkan mensia siakan hambanya malah tuhan lebih suka.

Dia sangat suka orang yang mengejar penghargaan dariNya.

Malah Dia akan membalas semula dengan cara menurunkan rahmatNya, rezeki kita semakin luas, selalu merasa cukup walau hakikat gaji atau pendapatan kita tidak lah banyak mana, keluarga bahagia dan banyak lagi.

Tidak akan rugi jika kita mengejar penghargaanNya.

Jadi berhentilah pengejar manusia yang tidak menghargai kita kerana itu ada lah sia sia malah merugikan kita.

Okey?

Ingat banyak lagi manusia yang akan menghargai sesuatu yang kita lakukan.