webnovel

Kecewa

Pedih dan kecewanya hati manusia pabila melihat orang yang selama ini kita percaya, orang yang selama ini kita berikan amanah mengkhianati kita.

Kecewanya, sedih dan remuknya seorang hati seorang ibu pabila anak yang telah diberikan makan minumnya, pakaiannya dan kasih sayang meninggalkan nya hanya kerana orang luar.

Allahuakbar

Sangat pedih kan?

Tapi ingat Allah ada sebut dalam surah at taubah:

La tahzan, innallaha ma'ana...

"Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

(QS. At Taubah : 40)

Allah juga ada sebut:

Surah Al'Ankabut. Ayat 003.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Ini semua adalah ujian bagi orang orang yang beriman.

Surah AlAnfaal. Ayat 028.

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."

Kalau ada anak derhaka ingatlah ini semua ujian dariNya.

Allah bagi ujian kerana Allah sayang dekat kita.

Allah nak mendidik kita menjadi orang yang lebih baik

Menjadi orang yang lebih kuat.