webnovel

Lonvely

Biar lah nak jadi apa pun. aku peduli apa. she dont care about people. she love it to being ALONE. dia lebih gembira bersendiri. dia lansung tidak peduli siapa yang mencitainya. "ada aku kisah kau nak kawan ke tak? ada aku minta nak berkawan dengan kau? takde kan? so? kau buat apa pun ada aku peduli ke?" "aku just bagitahu je kan! yang kau nak marah kenapa?!" "aku tak nak tahu." ****** "sampai bila kau nak alone macam ni?" "sampai mati" ***** "tolong lah. terima aku jadi kawan kau. kau jangan kaitkan masa lalu kau dengan apa yang jadi sekarang!" "so?" ******* "please, i just want you be my lovely." "sorry, i still want to be a lonely" LONELY o r LOVELY? "lovely" anda pasti?

Nrblack_ · Adolescente
Classificações insuficientes
8 Chs

00:01

"Qhairyn binti Qhairil"

Qhairyn berdiri dan menuju ke arah guru wanita yang memanggilnya.

"Mari saya tunjukkan kelas baru awak"

Qhairyn hanya mengikuti langkah guru itu tanpa banyak soal.

Setibanya dia di hadapan kelas barunya. Dia berhenti dibelakang guru wanita tadi. Hampir semua pelajar di dalam kelas itu memandang ke luar. Guru wanita itu mengetuk pintu dan memberi salam.

"Lyn. Ada budak baru" beritahu guru wanita itu kepada guru di dalam kelas itu yang bernama lynda.

"Ha, baiklah. Suruh dia masuk. Terima kasih lina." Ucap Puan Lynda kepada guru wanita yang bernama Salina itu.

"Ha, awak pergilah masuk." Suruhnya dengan mesra dan berlalu pergi. Qhairyn hanya tersenyum nipis dan mengangguk sedikit.

Dia mulakan dengan langkah kanannya. Jujur dia kata bahawa jantungnya berdegup laju. Dia takut dan risau, namun dia menyembunyikan gugupnya dengan menayangkan riaksi yang tiada perasaan.

Dia menghentikan langkahnya apabila sudah bersebelahan dengan guru lynda. Niatnya hanya satu apabila dia melangkah di sekolah ini.

Dia tidak akan bergaul dengan sesiapa.

"Kenalkan diri awak"

Qhairyn menelan air liurnya kelat. Dia hanya memandang ke bawah.

"Qhairyn"

"Ha?!!"

"Kau bisik ke siot!"

"Tak dengarlah cikgu!!"

Qhairyn mengeluh. Suaranya memang perlahan dan lembut. Seperti orang takut bercakap.

"Nama dia Qhairyn. Qhairyn, awak boleh duduk dekat tempat yang kosong ya?" Nasib Puan Lynda dengar apa yang Qhairyn kata. Qhairyn hanya mengangguk dan berjalan ke tempat duduk.

Setiap pergerakkannya diperhati sehinggalah Qhairyn berhenti di tempat duduk yang paling belakang di sebelah tingkap.

Ada dua tempat duduk kosong tidak berpehuni. Dia mengambil tempat disebelah tingkap dan disebelahnya pula kosong. Memang di situ sahaja tempat yang kosong.

Perasaan kekok yang menguasainya sedaya upaya dia menolak ke tepi dan mula fokus pada Puan Lynda yang ingin mulakan pelajaran.

Setelah selesai subjek yang pertama dan Puan Lynda juga sudah keluar dari kelas. Semua pelajar perempuan berkerumun di meja Qhairyn kerana ingin berkenalan.

Qhairyn merengus perlahan. Dia dah agak benda ini akan jadi. Mula-mula je semangat nak berkawan nanti semua hilang.

Qhairyn terus menyembamkan kepalanya beralaskan lengannya. Dia menoleh ke luar tingkap yang menghadap padang. Dia memejamkan matanya. Betul-betul dia mengabaikan sekeliling.

"Hai newbie! My name is rose!"

"Nama aku shima!"

"Aku ella!"

"Ehehe, nama cantik. Kau boleh panggil aku si cantik" Ella menolak kepala gadis yang memuji diri itu.

"Ish! Hehe.. gurau gurau. Nama aku adina, tapi nak panggil cantik pun boleh" sempat lagi gadis itu ingin memuju dirinya lagi.

"Nama saya ialah, ain"

"Panggil aku eira je"

Qhairyn hanya mengabaikan. Walau semuanya peramah baginya. Tapi dia terlalu tawar hati untuk berkenalan dengan sesiapa.

Kesemua pelajar di dalam kelas ini hanya ada 17 orang sahaja. 7 pelajar perempuan termasuk Qhairyn dan 10 pelajar lelaki. Tapi harini hanya 16 orang kerana seorang pelajar tidak hadir.

"Uish! Sombong gila! Kitorang nak berkawan  je. Takyah berlagak sangat! Mentang-mentang dari bandar" bebel Adina si mulut laser yang memang cakap lepas.

"Ish! Dia tak selesa kot. Takpelah janji kita dah bagitahu nama kita." Kata Rose. Seorang pelajar Top 10 yang bersikap positif selalu.

"Yelatu. Tak kisahlah. Kita nak kawan je tu pun nak palau" omel Shima pula. Mulutnya sama sahaja seperti Adina.

Ain dan Eira sudah kembali ke tempat mereka. Dah orang tak sudi nak bergaul buat apa lagi duduk bertandang di tempat orang kan?

Ella mendekati Qhairyn. Hidung kecil Qhairyn dicuit olehnya. Ella tertawa kerana melihat wajah Qhairyn yang terkejut tapi kelihatan comel.

Qhairyn memandang mereka tajam. Dia menjeling dan kembali ke posisinya tadi. Matanya dipejam semula.

Semua terkedu. "Dia jeling lah bodo! Bapak kerek! Dah lah. Jom jela duduk tempat balik. Budak macam ni mesti ngan laki je dia layan" Adina mula panas. Dia memang suka bercakap tanpa berfikir.

Pelajar lelaki sudah memandang hairan pada kumpulan pelajar perempuan itu. Baru seronok nak main lawan pemadam.

Rose menggeleng. Penat sudah mahu nasihat kawan-kawannya yang bersikap negatif itu.

Mereka semua mengambil tempat masing-masing dan guru lain pula masuk ke kelas.

Qhairyn menggalaskan begnya. Dia berjalan keluar dari kelas tanpa menghiraukan sekeliling. Rambutnya di betulkan sedikit agar tidak kelihatan lebih serabai. Gayanya agak kemas berbanding dulu. Makin besar makin pandai bawa diri. Sebab itulah pemakaiannya dia sendiri yang jaga. Walau memang dari dulu lagi dia sendiri yang jaga.

Tapi kini dia sendiri yang membuat perubahan untuk dirinya sendiri.

Qhairyn menuruni tangga sehinggalah ada sekumpulan pelajar lelaki melepak di bawah tangga. Langkahnya terhenti, perasaan gugup dan awkward menyerbu dirinya kembali.

Pelajar lelaki yang seronok berbual terus terhenti dan memandang ke arah Qhairyn. Ada yang sudah bersiul nakal dan memandangnya dengan pandangan makna.

"Hai awek, pelajar baru eh? Tak pernah nampak pun" kata salah seorang dari mereka.

Qhairyn hanya beriak beku dan jalan sahaja melepasi mereka tanpa perasaan walau dalam hatinya seperti ingin menjerit takut.

Pelajar lelaki di situ semuanya sudah terkejut kerana kawan mereka yang seorang ini di pulaukan begitu sahaja.

"Bapak sombong lah siot!" Kata mereka serentak. Lelaki yang menyoal Qhairyn tadi berdecit geram.

"Firstime aku tengok kau kena reject dengan easy" kata Hazim kepada Akid.

"Ye do. Selalu budak perempuan kat sekolah ni semua jenis melayan. Baru gurau sikit dah gelak pastu tergedik-gedik. Lagipun budak perempuan sekolah ni bukan ramai pun. Rose yang baik tu pun jenis melayan je aku tengok. Budak tadi tu, bapak cool do!" Terang Khairul panjang lebar.

"Dia macam susah je nak tackle. Muka dia comel bodo!" Puji Aleef.

"Kalau aku dapat dia. Mesti aku ni di kira romeo sejati" kata Akid.

Kawannya sudah ketawakan Akid yang berangan tu.

"Kalau dapat. Aku tengok dia macam satu dalam sejuta pun ada. Sebab dia satu-satunya perempuan yang cool yang pernah aku jumpa" kata Hazim teruja.

"Itu yang pernah kau jumpa. Ceh" sampuk Aleef.

"Apa-apa jelah. Yang penting aku nak pergi ngorat dia! Bye!" Akid terus berlari meninggalkan Kawan-kawannya dan meluru ke arah kantin sekolah.

"Buaya sekolah lah katakan" gumam Khairul perlahan dan mendapatkan persetujuan oleh rakannya yang lain.

Hai korang! Korang boleh cari story ni dekat wattpad juga tau kalau nak tengok cast dia :) jangan lupa vote ehe