webnovel

Apabila khabar mengenai pertempuran itu sampai ke khemah komander, Chu Qiao yang kebiasaannya tenang sambil merancang taktik ketenteraannya pun berasa sedikit panik.

Seorang jeneral Tang kemudiannya mencadangkan, "Tuanku, kita harus berikan bantuan kepada mereka supaya mereka dapat berundur. Kita tak buat apa-apa persediaan dan Sungai Tiexian juga hampir dengan pusat tadbiran Yan Bei. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga."

Sebaliknya, Chu Qiao menggelengkan kepalanya dan menjawab dengan tegas, "Kita saja ke yang tak bersedia? Menurut maklumat yang kita dapat, pertempuran ini berlaku secara spontan. Kedua-dua pihak tak bersedia."

"Tapi..."

"He Qi, saya mahu kamu memimpin 20,000 orang tentera infantri ke Sungai Tiexian dengan segera. Saya harapkan kamu untuk memimpin tentera kita dalam pertempuran pertama kita."

He Qi berasa terkejut lalu dia pun bertanya, "20,000 orang tentera infantri?"

Chu Qiao mengangguk. "Ya."

"Tapi Jeneral, sebahagian besar pasukan kita terdiri daripada pasukan berkuda ringan dan unit berperisai berat. Kita mempunyai kurang daripada 8,000 orang tentera infantri."

"Tinggalkan kuda-kuda itu di belakang. Ingat, saya mahu setiap orang askar untuk mempunyai pedang pertempuran sekurang-kurangnya sebanyak tiga bilah setiap seorang. Tinggalkan gear berat dan bertempur dengan perisai ringan tetapi mudah alih."

He Qi berkerut tetapi apabila dia menyedari niat Chu Qiao yang serius itu, dia mengangguk sebelum berjalan pergi bersama pedang pertempurannya.

Tatkala He Qi melangkah keluar, jeneral Tang pun bertanya, "Tuanku, cukup ke 20,000 orang? Kenapa kita tak gunakan tentera dengan lebih banyak? Lagipun, pusat pentadbiran Yan Bei terletak berhampiran Sungai Tiexian. Musuh akan cepat mendapatkan bantuan daripada kita."

Chu Qiao menggelengkan kepalanya dan menjawab dengan tenang, "Tak perlu. 20,000 orang pun sudah mencukupi."

Tatkala bunyi telapuk kaki kuda bergema, sebuah pembentukan pasukan gergasi mula muncul sambil menghunuskan pedang perang mereka dan bersiap sedia dengan pertempuran akan datang.

Hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari telah mengubah tanah yang suatu ketikanya sangat kukuh menjadi sebuah kolam lumpur yang melekit. telah menjejaskan pergerakan dan ketangkasan kuda-kuda perang itu. Walaupun demikian, kedua-dua belah pihak bertembung dalam lumpur tebal itu sambil bertukar serangan antara satu sama lain diikuti dengan bunyi pertempuran mereka.

Dengan hanya rambut putih di kepalanya, Mo Xu yang berusia lebih 70 tahun menunggang kudanya sambil memegang pedang pertempuran. Wajahnya merah dengan kemarahan. Apabila para pengawalnya menarik tali kekang kudanya, mereka menjerit, "Tuan! Lari!", sebelum ditendang ke lantai olehnya. Penjaga senior dan veteran itu menaikkan pedangnya tinggi lalu mara ke hadapan bersama kudanya sambil berseru, "Bunuh musuh demi negaraku!". Dia mengetuai serangan itu walaupun selepas dipanah oleh sepuluh anak panah. Di belakangnya terdapat tenteranya, termasuklah anak cucunya yang berusia lebih 30 tahun serta cicitnya yang berusia tidak melebihi 16 tahun.

Apabila He Qi dan pasukannya tiba, pertempuran itu sudah sampai di peringkat penghujungnya. Para pegawai dan tentera Daerah Wuling yang dipimpin oleh para pemimpin yang berani telah bermati-matian berjuang untuk menumpaskan puluhan ribu tentera berkuda pihak musuh. Pada masa ini, mereka sudah mencapai had mereka. He Qi tidak berkata apa-apa, malah dia terus bergegas ke medan perang bersama pasukannya. Pertempuran terdahulu semuanya telah menyebabkan kawasan sekitar Sungai Tiexian menjadi sebuah kolam lumpur yang menghalang pergerakan pasukan tentera berkuda. Askar-askar Yan Bei yang berperisai berat di atas kuda terpaksa melompat dan melibatkan diri dalam pertempuran jarak dekat. Keistimewaan tentera berkuda bertentangan dari yang sepatutnya kerana mereka lebih hebat dalam pertempuran jarak jauh di dataran yang luas. Perisai berat yang digabungkan dengan lumpur tebal bermakna pergerakan tentera sangat terhad.

Pembunuhan besar-besaran lantas tercetus dan bunyi jeritan bergema di udara. Tatkala darah meresap ke dalam permukaan bumi, tanah perlahan-lahan berubah menjadi merah.

Setelah menyedari kelemahan mereka, beberapa orang askar Yan Bei cuba menyingkirkan perisai berat mereka. Namun, percubaan itu hanya telah mensia-siakan detik-detik berharga dalam sesebuah pertempuran kerana pasukan He Qi dapat menyembelih mereka dengan mudah.

Jarak yang dekat dengan Sungai Tiexian bermakna sebarang khabar mengenai pertempuran yang berlaku akan diterima oleh Yan Xun dan orang bawahannya yang berada di pusat pentadbiran dahulu. Namun, hal ini juga sering disalah-tafsirkan oleh pengawal yang menjaga pusat pentadbiran itu kerana tatkala mereka mendengar bunyi teriakan pertempuran, mereka menganggap bunyi yang didengari mereka itu sebagai satu percubaan untuk menyerang pangkalan itu. Lantas, mereka pun menghantar pasukan yang lebih banyak sebagai bantuan.

Tatkala Yan Xun mengarahkan tentera berkuda itu pulang, ia sudah pun terlambat kerana mereka telah terlibat dalam pertempuran di medan perang tersebut.

Para jeneral di pangkalan itu pada mulanya mencemuh Pasukan Tentera Xiuli kerana mereka terlalu bercita-cita tinggi. Walau bagaimanapun, apabila khabar mengenai pertempuran itu sampai ke telinga mereka, raut wajah mereka berubah cemas. Permintaan untuk menghantar infantri ringan sebagai bantuan telah ditolak oleh Yan Xun tatkala dia menggelengkan kepalanya. Dia menyedari mereka sudah terlambat. Kawasan sempit di sepanjang Sungai Tiexian bermakna lebih 50,000 orang askar dan kuda tertumpu pada sebidang tanah yang bertindak sebagai titik sesak. Sebarang bantuan atau percubaan akan membawa kepada pertumpahan darah dan kerugian yang akan berakhir dengan sia-sia.

Namun, dia enggan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Pertempuran pertama di Hanshui sangat penting kerana kekalahan akan mempengaruhi semangat tentera yang kemudiannya akan menjejaskan pertempuran pada masa depan.

Dengan serta-merta, Yan Xun mengarahkan semua tenteranya ke Weiliao untuk melancarkan serangan penuh.

Apabila bulan mula naik bersama-sama kegelapan malam yang menenggelamkan bumi, seorang pegawai muda Yan Bei sekali lagi menegaskan pendapatnya sebagai pihak pertahanan, pasukan Yan Bei harus bertumpu di sekitar Sempadan Hanshui untuk memelihara tentera mereka.

Yan Xun yang pada mulanya telah mengabaikannya akan menjadi kecewa dengannya sehingga dia mengarahkannya dibuang ke dalam sel. Tanpa peringatannya yang menjengkilkan itu, Yan Xun akhirnya dapat bertenang dan berfikir tentang pilihan yang memalukan ini.

Pakar strategi ketenteraan, tentera dan para jeneral yang telah berdiri di sampingnya melalui pelbagai pertempuran semuanya berasa bingung dengan niat pemuda itu sekarang.

Sesungguhnya tujuan Pasukan Tentera Xiuli ialah tiba di ibu negara Tang supaya dapat membantu maharaja menentang pengepungan Puteri Jingan. Untuk berbuat demikian, mereka harus melalui Sempadan Hanshui. Hal ini bermakna selagi mereka menumpukan tentera mereka di Sempadan Hanshui, pertarungan dengan Pasukan Tentera Xiuli adalah pasti. Berada di bahagian pertahanan juga bermakna mereka dijamin untuk mengalami kerugian yang sedikit terhadap musuh mereka.

Keputusan mendadak untuk memimpin tenteranya melancarkan sebuah serangan lalu kehilangan kelebihan yang kritikal itu lantas menimbulkan kebingungan dalam pasukan tenteranya.

Namun, hanya dia seorang sahaja yang memahami situasi yang sedang dihadapi mereka sekarang. Sebagai bandar terbesar dan paling ramai penduduk di Tang dengan lebih sejuta orang, Sempadan Hanshui merupakan bandar terpenting di Tang. Satu-satunya sebab yang membolehkan Yan Bei menduduki bandar itu tanpa sebarang perlawanan ialah disebabkan kekacauan yang dicetuskan oleh penyamun yang menyerang bandar itu dahulu dan faktor kejutan dan mengagumkan yang ditunjukkan oleh Yan Xun secara peribadi untuk mengetuai tenteranya yang tidak pernah kalah sewaktu berarak ke dalam bandar.

Dia tahu walaupun dengan gabungan kekuatan dirinya dan Puteri Jingan, dia tidak akan dapat mengatasi seluruh kekuatan tentera dari Empayar Tang. Malah, Raja Luo sendiri pun telah gagal dengan rampasan kuasanya setelah tewas kepada Li Ce walaupun dia telah merancangnya selama lebih dari sepuluh tahun.

Bagaimana mungkin dia dapat menghapuskan empayar seribu tahun ini dengan sendirnyai? Dia juga sedar di bahagian barat Sempadan Hanshui, beberapa pasukan lain sedang menonton dan menunggu pertunjukan peperangan di antara Pasukan Tentera Yan Bei dan Pasukan Tentera Xiuli, bersiap sedia memanfaatkan tanda-tanda keletihan.

Semua ini hanya menyampaikan kepentingan pertempuran di Sungai Tiexian. Walaupun ia hanya pertempuran kecil, ia pertempuran yang Yan Bei tidak boleh tewas. Memimpin sebuah serangan bermakna dia dapat menutup fakta ini sambil memberikan inisiatif strategik dan menunjukkan keupayaan sebenar Tentera Yan Bei.

"Ah Chu, peperangan di Sungai Tiexian mungkin tidak disengajakan, tetapi proses pemikiran awak berada di tahap yang lain." Dalam kegelapan, Yan Xun duduk di dalam pedati diraja, berpakaian jubah hitam sambil memandang ke arah bandar yang bercahaya di kejauhan. Di hadapannya, terdapat sebuah konvoi yang terdiri daripada lapan ekor kuda perang.

Seorang penari sedang berada dalam posisi separa bertinggung di atas pedatinya. Kulitnya licin ibarat sutera, tubuhnya kurus dan menyerupai sekuntum bunga. Dia mendongakkan kepalanya lalu mengajukan minum ucap selamat dengan segelas wain dan berkata, "Saya harap Tuanku meraih kemenangan yang luar biasa, harap segala kekesalan dapat dihapuskan dan hidup Yan Bei!"

Yan Xun menatapnya dengan senyap sambil tersenyum, "Kamu dari Yan Bei ke?"

Penari itu berasa terkejut dan segera menjawab, "Saya dari Hanshui. Tetapi, saya telah menghormati Tuanku buat masa yang lama. Sekarang, apabila saya berada di sebelah Tuanku, saya kini milik Tuanku. Sememangnya, saya milik Yan Bei!"

Yan Xun tersenyum lebih lebar. "Saya telah menyerang tanah kamu dan membunuh rakyat kamu. Dengan mengatakan kamu milik saya menunjukkan kesetiaan kamu."

Teruja melihat Yan Xun yang berasa kagum, penari itu segera menjawab, "Dah tentu saya milik Tuanku. Selagi Tuanku pinta, saya akan buat apa saja untuk Tuanku."

"Apa saja?" Yan Xun mengangkat keningnya sedikit dan menjawab.

"Ya," Penari itu menjawab dengan menggoda apabila dia meletakkan dadanya di atas riba Yan Xun, sebelum mengetap bibir bawahnya dan berbisik, "Apa saja."

Yan Xun terus terlepas tawa sebelum berpaling kepada pelayan-pelayan di sebelahnya dan berkata, "Dia cakap yang dia akan buat apa saja untuk saya. Apabila kita serang bandar Weiliao nanti, letak dia di barisan hadapan."

Hampir serta-merta, pengawalnya meraih penari tadi. Mukanya terus berubah pucat seolah-olah darahnya telah diserap. Dengan berani, dia menjerit panik, "Tuanku! Tolonglah melimpahkan belas kasihan kepada saya! Saya seorang wanita biasa! Saya tak boleh berperang! Tolonglah bersimpati dengan saya!"

Dia telah diheret keluar tatkala dia bergelut. Yan Xun bersandar di tempat duduknya sambil meraih gelas wain dan bergumam, "Apa saja?" Kemudian, dia tertawa dingin, seolah-olah mengejek.

Pada masa yang sama, seorang lagi wanita lemah sedang berdiri di Bandar Weiliao. Dia dilengkapi perisai tatkala sedang berdiri di atas blok bandar yang tinggi, melihat ke arah pembentukan ketenteraan di bawah. Beribu-ribu obor yang menyala kelihatan seperti waktu malam sudah berubah menjadi waktu siang, memancar di sepanjang ufuk. Dia juga sedar Yan Xun berada di antara ribuan obor tersebut. Setelah lama tidak berjumpa dengan satu sama lain, hari ini merupakan hari bagi mereka untuk bertemu semula. Mungkin, ketibaan hari ini telah dijangka. Lagipun, sebagai seorang kanak-kanak yang degil, nasib akan sentiasa mencari jalannya sendiri untuk mengejar kedua mereka.

Chu Qiao yang sedang berdiri di atas tembok bandar yang menjulang tinggi sebelum mengangkat kepalanya sedikit. Angin telah mengibaskan rambutnya dan api di bawah menerangkan langit malam. Bertahun-tahun dahulu, mereka berdiri sebelah menyebelah, mengasah pisau untuk memecahkan kunci penjara, meninggalkan jejak darah di belakang mereka ketika mereka cuba berlari keluar. Adakah mereka akan lakukan perkara yang sama sekiranya mereka tahu apa yang akan berlaku pada mereka pada masa ini?

Dia memejam matanya sambil mengekalkan raut wajahnya yang tegas dengan fikiran yang bercelaru. Tiada sesiapa yang tahu bila gelombang serangan akan bermula. Tatkala dia memegang erat pedangnya, seorang lelaki turun dari langit ke arahnya sambil diam-diam menatapnya. Pada ketika itu, dia seolah-olah dibawa kembali pada musim itu, yang mana pokok bunga epal masih mekar berbunga sepenuhnya.

Li Ce, saya akan menjaga tempat ini untuk awak.

Bunyi gemuruh tiba-tiba bergema dan seorang lelaki tak berbaju sedang berdiri di bawah cahaya merah di platform yang menjulang tinggi sambil memukul gendangnya. Bunyi dentuman gendang itu terpahat dalam dada semua orang, seolah-olah bumi itu sedang bergerak.

He Xiao kemudiannya menaikkan busur dan menarik picunya sehingga betul-betul tegang. Apabila dia melepaskannya, sebatang anak panah terbang dengan laju, menerangkan langit seperti pancuran meteor. Namun, dengan serta-merta, musuh bertindak balas dengan anak panah mereka yang bertalu-talu dilepaskan, menghancurkan anak panah He Xiao sebelum meneruskan perjalanannya.

Setelah melihatnya, Chu Qiao menghunuskan sebilah pedang pertempuran dan memintas anak panah itu, menyebabkan kedua-dua objek itu jatuh ke tanah.

Kedua-dua tentera pada masa itu bersorak sebelum bunyi laungan perang tiba-tiba bergema. Apabila semua orang melihat ke bawah, tentera Yan Bei telah bermula dengan gelombang serangan pertama mereka. Lebih memeranjatkan, sekumpulan tentera infantri dan bukannya tentera berkuda mengetuai serangan itu.