webnovel

kisah perjalanan hidupku

mengisah seorang lelaki bernama Zack atau aku bukan nama sebenar mencari jati diri, cinta dan pertemanan. saksikan kisah Zack dalam menempuh dunia tanpa akhir cerita ini tidak berkait yang hidup atau yang mati. kisah ini hanyalah fantasi penulis atau gambaran penulis jika ada terguris hati dengan cerita ini saya berbesar hati memohon maaf

Muhammad_Akmal_99 · Outros
Classificações insuficientes
8 Chs

Keperitan masa lalu berbaloi

Kisah hidup ku ini sudah terbuku dalam novel ciptaan ku sendiri. Tiada apa lagi yang perlu di katakan lagi soal kehidupan aku dulu. Keperitan tanpa makanan, kehidupan tanpa keperluan harian dan keseharian seperti gelandangan. Sekarang nasib buruk itu sudah tidak menhantui diri ku dan keluarga. Hidup kami sudah berubah dengan semua adik-beradik ku sudah berjaya menjadi orang-orang yang hebat dan ibu bapa ku tidak perlu lagi berkerja untuk menyara kami sekeluarga kerana kami semua sudah mampu berdiri sendiri tanpa perlu pertolongan orang. Kami sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT @ tuhan kerana telah memberi kami peluang untuk merasa kebahagiaan walaupun hanya sementara. Keperitan masa lalu selalu akan aku dan kami sekeluarga mengingati nya kerana keperitan masa lalu itulah yang membuatkan kami berjaya hingga sekarang.

Dalam keluarga kami, aku merupakan orang yang tidak berjaya mencapai cita-cita sendiri kerana berbagai hal seperti aku tidak layak dengan aliran tersebut tapi aku berjaya juga untuk menjadi orang yang berguna walaupun bukan bidang yang aku minati. Sekarang aku sudah berjaya melebihi kakak dan abang ku dalam hal kerjayaan seperti menjadi orang penting dalam syarikat besar AKMA dan menjadi penulis novel yang tersohor sehingga mendapat kan liputan meluas dari pihak media antarabangsa. selain itu, aku turut mendapat perhargaan dan anugerah karyawan negara.

Sebahagian besar adik beradik ku berkerja dengan kerajaan seperti abang sulung ku iaitu Zarul berkerja sebagai guru dan askar bantuan, abang kedua ialah zaki menjadi seorang ustaz atau pendakwah, aku yang ketiga sebagai pengiat seni tanah air, adik ku pertama iaitu Zaid berkerja sebagai askar diraja dan adik terakhir ialah Zuraida sebagai bomba. Aku iri dengan mereka kerana mereka mampu merealisasikan impian dan cita-cita mereka sebagai seorang guru, ustaz, askar dan bomba. Aku hanya mampu berdoa dan berharap semoga aku mampu untuk menggapai impian atau cita-cita ku ini, sekarang aku tidak menyesal tentang itu lagi, kerana aku sudah tidak perlu mengeluh lagi walaupun tidak berjaya untuk menjadi seorang yang di impikan. Aku tahu perancangan Allah @ tuhan sungguh menakjubkan kerana ia tahu apa yang terbaik untuk umatnya.

Sekarang apa lagi yang belum cukup untuk ku, semua sudah perfect, keluarga kami sudah kembali seperti dulu, kami sekeluarga sudah hidup senang, aku mendapat seorang sahabat baik dan seorang wanita yang sangat cantik yang selalu bersama ku senang mahupun susah. Kehidupan ini sudah cukup untuk ku tidak ada penyesalan lagi malahan aku bersyukur kerana Allah@tuhan telah membuka jalan untuk ku walaupun bukan bidang yang aku minati.Aku sudah mula terbiasa dengan berserah nasib ku kepada takdir tapi aku berserah setelah aku berusaha sedaya upaya untuk sesuatu yang aku ingin kan.

Sekarang aku sudah seperti seorang lelaki yang mempunyai keterampilan diri yang tinggi , pekerja keras dan akhir-akhir ini aku telah berjaya membuat keuntungan dua kali ganda dari sebelum hasil daripada kerja keras ku selama ini. Aku masih aktif berkerja di syarikat AKMA walaupun karya novel ku sudah terkenal dan laris di pasaran. Aku membuat novel sebagai platform untuk aku mampu sama taraf dengan Siti Syahirah sejujurnya, setelah novel ku laris di pasaran aku mula memikirkan untuk berhenti tapi apa kan daya boss atau ketua di tempat kerja masih memerlukan ku dengan syarat mereka memberi ruang untuk ku berkarya tanpa hambatan kerja.