webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasia
Classificações insuficientes
16 Chs

Bab 15 : Makhluk Pengambil Jiwa Manusia.

Max terbaring di atas katil bercadarkan kain sutera.Claire berada di sisinya mengusap lembut rambut Max yang berwarna perang berkilat itu.

•••

"Tuanku, ada kekacauan berlaku di Dunia Manusia."ujar seorang lelaki yang berpakaian hijau muda,John mendekati Hans.

"Kekacauan?Adakah berlaku pertumpahan darah?"tanya Hans ingin tahu.

"Tiada,tuanku.Cuma..."John mendekati Hans lalu berbisik ke telinga Hans.Hans berasa terkejut dengan berita yang dikhabarkan John.

Hans berencana untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain untuk berbincang tentang hal ini dan melakar strategi.

Hans berpusing lalu lesap meninggalkan debu-debu berkilau.

•••

"Hah?!Kekacauan di Dunia Manusia?"Arlin terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Hans.

"Siapakah angkaranya,Hans?"tanya Tony yang berada di sebelahnya.

"Masih tak diketahui.Kita kena buat pemantauan di Dunia Manusia."balas Hans sambil memandang semua rakan-rakannya.

"Apakata kita pergi hari ini.Lagi cepat lagi bagus.Kita menyamar menjadi manusia biasa."ujar Sharon sambil tersenyum.

"Aku rasa itu idea yang bagus."sampuk Claire dituruti anggukan kepala yang lain.

"Baiklah,memandangkan yang lain setuju dengan rancangan ini,kita bertindak!"ujar Hans dengan bersemangatnya.Tangan kanannya digenggam erat dan diangkat tinggi.

Claire pun memandang Max yang kaku di sebelahnya.

"Jangan risau,Claire.Tiada apa akan berlaku pada Max."ujar Bruno kepada Claire.Claire tersenyum ke arahnya.Setelah mendengar kata-kata Bruno itu baru hatinya tenang untuk meninggalkan Max di situ.

Mereka berdiri lalu berpusing dan lesap meninggalkan debu-debu berkilauan di situ.

•••

Mereka sampai di dunia manusia yang pesat membangun.

"Kenapa dengan mereka?"tanya Zuna apabila mendapati beberapa orang awam seperti kurang waras.

"Mana?"tanya Sharon.Zuna pun menuding jari ke arah yang dimaksudkannya sebentar tadi.

Mereka memandang ke arah yang ditunjukkan Zuna.

"huh?"Claire terperasan sesuatu yang aneh.Claire memaklumkan hal itu kepada Hans dalam nada berbisik.Hans mengangguk.

Selepas itu, Hans memejam rapat matanya.Seterusnya,dituruti dengan yang lain.Mereka pun mengangguk faham.Mereka membuka mata lalu memandang sesama sendiri dengan wajah yang serius dan mengangguk sedia untuk beraksi.

Mereka berpecah ke beberapa bahagian di bandar itu.

Beberapa minit sebelum itu,...

"Ada makhluk pengambil jiwa di sini!Apakata kita berpecah dan memeriksa keseluruh tempat."ujar Hans serius sekali.

"Baiklah ,Hans!"ujar Arlin dituruti anggukan yang lain.

•••

Claire berasa ada yang mengekorinya di belakang.Dia tetap berjalan ke hadapan tanpa gentar.Claire menoleh ke belakang namun tiada yang mengekorinya.Namun apabila dia berpaling ke hadapan, dia diserang.

"Argh!"Claire terpelanting ke belakang.Claire sempat melihat makhluk bertubuh merah dan bermata empat itu.Makhluk itu cuba mengambil jiwanya namun tindakan itu gagal kerana Claire mempunyai kuasa magis.

Claire lekas melakukan telepatinya kepada Hans dan yang lain.Dia memejam mata rapat.

"Eh,eh!Ada makanan lah!"sorak makhluk berwarna merah tapi bermata dua.Makhluk itu cuba mangambil jiwa Claire.Claire mendapati semakin ramai makhluk yang hampir menyerupai makhluk yang menyerangnya sebentar tadi.

"Ergh!"Claire bangun dengan semangat bertarungnnya.Pakaiannya bertukar menjadi gaun rasmi dan dilengkapi perisai.Sebilah pedang muncul di tangannya.Pedangnya berkilat.

Semua rakannya muncul seperti kilat

Makhluk bertubuh merah hairan dengan manusia-manusia yang ada di hadapan mereka.

Hans dan yang lain berubah pakaian kepada pakaian rasmi mereka serta dilengkapi perisai.Para makhluk itu terkejut dengan perubahan mereka.

"Justice World?"makhluk merah dan bermata empat itu bersuara.

"Serang mereka!!!"jerit makhluk merah itu.

Para makhluk merah itu menuruti arahan ketua meraka.

Sebelum Claire dan yang lain membuka langkah untuk bertindak balas, beberapa bilah anak panah menembusi badan makhluk hodoh itu satu persatu. Makhluk-makhluk yang dipanah sehingga mati itu bertukar menjadi abu hitam berterbangan.

"Zup!!!"bunyi desupan anak panah bagaikan deruan angin di situ.Pantas bagaikan kilat menyambar.

Mereka mendongak ke atas.Mereka melihat dua susuk tubuh manusia yang memegang busur dengan gagah sekali tanpa gentar.Sasaran mereka langsung tidak terlepas dari panahan mereka.Mereka dapat melihat susuk perempuan memakai sutera merah gelap yang menawan sesuai untuk tona kulitnya yang cerah itu manakala lelaki itu bersut putih terang.

"Grrrrrgh!!!"makhluk merah bermata empat itu sungguh marah.Ditangan makhluk itu muncul sebuah cahaya kuning kehijauan.Semakin lama semakin besar saiznya.

"Bergabunglah dengan kami!!"jerit perempuan yang memegang busur itu.Hans dan rakan-rakannya mengangguk faham.Mereka turut terapung di udara dan busur muncul di tangan mereka bertujuh.Mereka menarik tali busur seperti ingin memanah dan automatik anak panah muncul di tali busur mereka.

"Zup!!!"anak panah dilepaskan dari busur mereka serentak.Anak panah mereka bertembung dengan cahaya kuning kehijauan mkhluk merah bermata empat itu.

Kuasa makhluk itu tidak dapat menahan gabungan kuasa magis mereka.Sekaligus makhluk itu hancur dan hilang menjadi debu-debu hitam.

Perempuan dan lelaki itu tersenyum puas ke arah mereka bertujuh.

"Terima kasih kepada...?"ucap Sharon.

"Ivan dan Selna."balas lelaki itu sambil tersenyum.Mereka pun hilang menjadi debu-debu berkilauan.

"Selna?"ujar mereka bertujuh dengan hairan seolah-olah pernah mendengar nama itu.

Mereka pun turun perlahan-lahan ke atas tanah.

"Bukankah Selna ialah Ratu Sutera,bukan?"Bruno membuka bicara setelah turun.

"Tetapi,siapakah Ivan itu?"tanya Zuna pula sambil diiringi anggukan kepala ingin tahu yang lain.

"Kita tanya Max setelah dia sedar."balas Claire lalu memandang yang lain.Yang lain mengangguk setuju dengan cadangan Claire sebentar tadi.

Setelah itu mereka pun lesap meninggalkan debu-debu berkilauan.