webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Wanita simpanan?! Dia, lelaki yang merendahkan harga diriku.

Sudah hampir seminggu Kirania menetap ditempat Aarav dan dia sudah kehilangan akal untuk mencoba melarikan diri dari rumah agam yang besar ini. Melalui pagar utama memang mustahil, pintu belakang? tak berjaya, memanjat dinding? percayalah, Kirania sudah mencoba bermacam cara. Hanya saja Aarav memiliki ramai anak buah yang berkawal didalam dan juga diluar kawasan rumahnya. Kirania duduk sambil mengeluh panjang sambil memerhati halaman rumah Aarav dari tingkap biliknya ditingkat dua. Iya, sekurang-kurangnya Aarav sudah pun menyediakan bilik untuknya dan dia juga tak payah tidur didapur lagi juga tidak terdesak untuk masuk satu katil dengan lelaki itu. Kirania masih memikirkan cara untuk dia melarikan diri dan sepanjang minggu ini, dia tidak hanya duduk ditingkap sambil mengeluh panjang tapi dia juga sudah boleh membaca rutin harian Aarav dan bila waktunya pengawasan dirumah agamnya menjadi lenggang. Kirania tersenyum sinis, dia sangat yakin kalau plan yang dirancangnya sekarang akan berakhir dengan jaya. Tunggu sajalah! Aku akan angkat kaki dari tempat tak guna ni!.

Kirania tidak terburu-buru kerana setelah beberapa percubaan gagal, dia tahu kalau Aarav meningkatkan sistem pengawasannya dan Kirania akan bersabar sampai waktunya tiba. Setahunya, Aarav akan menghadiri suatu majlis pada malam isnin minggu depan. Inilah saatnya!, fikir Kirania. Dia tak sengaja mendengar perbincangan Aarav dengan Lian beberapa hari yang lalu dan dari situlah gadis itu mulai menyusun rencana. Dia hanya perlu bertenang dan bersikap patuh selama seminggu ini untuk mendapatkan kepercayaan Aarav bahwa dia sudah putus asa untuk lari dan Aarav mengurangkan pengawasannya. Lelaki itu juga kelihatan tidak terganggu kerana Kirania sudah pun berubah menjadi hak miliknya yang patuh dan tidak lagi berusara lantang tapi Aarav juga tidak lagi mempersendakan Annam, kerana dia tahu Kirania mungkin akan kembali kesifatnya yang asal. Dia berencana untuk mendapatkan kepercayaan gadis itu supaya gadis itu tidak lagi coba melarikan diri.

Sepanjang waktu makan malam, Aarav dan Kirania tak banyak bercakap. Mereka larut dalam fikiran masing-masing. Aku harus bersikap patuh supaya aku dapat melarikan diri secepat mungkin, desis hati Kirania.

Dia nampak tenang, aku tak boleh memancing kemarahannya lagi. Berbuat baik dan menjaga hatinya supaya dia tidak lagi melarikan diri. Batin Aarav berkata.

Mereka seakan bercakap dalam diam kerana setiap tatapan dari Aarav dan Kirania mereka seakan mengadu mulut tanpa henti. Tiba-tiba Aarav bangkit dari tempat duduknya sambil meletakkan sudu ditangannya diatas meja. ''Saya dah siap, awak lanjut makan.'' Aarav menghampiri Kirania dan mengesat kesan sos tomato yang menempel disisi mulut gadis itu. ''Makan banyak-banyak, saya tak nak tengok awak jatuh sakit.'' Ujar lelaki itu dengan nada dingin. Dia berjalan keluar dari ruang makan diikuti Lian dibelakangnya, nampaknya dia akan kedatangan tamu kerana dia sudah memakai kot hitam rasmi sebelum makan malam. Kirania mencuri-curi mengerling kelibat Aarav yang semakin menghilang disebalik daun pintu.

''Siapa tetamu dia agaknya ya?''.

Kirania melanjutkan makannya. Dia sedar kalau sikap Aarav sudah semakin berubah terhadapnya. Lelaki itu tidak lagi membentaknya walaupun bahasanya sendiri jelas terkesan kasar. Dia mulai terlihat risau jika sesuatu menimpa dirinya, pernah Kirania terluka kerana terkena kaca dan Aarav dengan kelam kabut mencoba membuat darah ditangannya berhenti. Lelaki itu juga merawat tangan Kirania dengan lembut, dia juga sangat peduli dengan porsi makan Kirania kerana Kirania pernah mogok makan seandainya Aarav tidak melepaskannya sehingga akibatnya dia pitam dan terpaksa dirawat selama beberapa hari dan sudah tentu, Aarav mengupah doktor peribadinya untuk datang supaya dia sendiri tidak perlu kerumah sakit. Tapi, lelaki masih tetap seorang ketua mafia yang kejam. Kirania pernah mendengar pembicaraan Aarav ditelefon yang mengarahkan anak buahnya untuk menamatkan riwayat seseorang. Lutut Kirania terasa lemah saat mendengar suara tidak berprikemanusiaan itu, dia tidak henti-henti berfikir bagaimana jika seandainya satu hari Aarav akan mengarahkan anak buahnya untuk menamatkan riwayat ayahnya?. Kirania terlalu takut untuk memikirkannya.

Sebaik Kirania selesai makan, dia kembali kebiliknya dengan menaiki tangga utama tapi dia malah berpas-pasan dengan tetamu Aarav. Kirania melihat seorang lelaki berisi dengan perut buncit sedang diganding tangannya oleh seorang gadis cantik terlihat anggun dan dewasa. Mungkin bukan seusiaku tapi juga tidak terlalu jauh lebih tua, dalam pertengahan 20-an. Fikir Kirania.

''Aarav, sejak bila awak bela kucing liar ni?'' Gadis cantik itu sedang memperolokkan Kirania yang sememangnya terlihat selekeh dengan baju T-shirt milik Aarav yang saiznya memang jauh lebih besar dari bentuk tubuhnya juga rambutnya yang tidak tertata rapi kerana Kirania selalu memanjat kesana sini dan masuk kesemak samun skeliling kawasan rumah Aarav untuk mencarii jalan keluar. Kirania tidak mempedulikan kata-kata gadis itu dan terus berjalan menaiki tangga. Gadis itu melepas tangannya dari lengan lelaki disampingnya lalu berjalan kearah Aarav dan mengapit tangan lelaki itu pula dengan mesra. ''Awak menyimpan 'kucing liar' tu disini?. Sejak bila selera awak bertukar kepada jenis perempuan seperti itu?.'' Gadis itu mengukir senyum lebar sambil berbisik ketelinga Aarav, bibir yang dioles gincu merah itu jelas terlihat menggoda dan suaranya juga jelas terdengar seperti racun. ''Saya boleh temankan awak kalau awak rasa bosan, jadi tak payah buang masa dengan kucing seperti itu.''

Aarav tersenyum sinis dan menoleh kearah gadis yang bernama Elly disampingnya. ''Awak mungkin boleh temankan saya...''

Elly tersenyum sedang tangannya giat membelai lengan Aarav. ''Sekurang-kurangnya sampai dia sendiri mengalah dan berhenti bersikap kuat. Bila saatnya dia sendiri yang akan datang untuk naik keatas katil saya dengan sendiri, waktu tu mungkin saya akan mula bosan dengan awak.''

Ekspresi Elly berubah mendengar kata-kata Aarav, dia terus melepas lengan Aarav yang diapitnya dan melontarkan pandangan tajam kearah lelaki itu. ''Lagipun, awak salah besar.'' Ujar Aarav seraya meletakkan sepucuk rokok kemulutnya sambil Lian menyalakan api untuknya.

Aarav melirik kearah pintu bilik Kirania yang terletak ditingkat dua. ''Awak mungkin tak tahu jadi biar saya bagitahu... Dia bukan 'kucing liar', tapi... 'seekor serigala'. Jaga belakang awak Elly sayang... kalau seekor serigala nampak seperti seekor kucing dimata awak, silap langkah dia akan terus menerkam dari belakang saat awak tak peka.'' Lelaki itu tertawa besar sambil memeluk leher Elly dan megecup pipinya. ''Saya ada banyak janji dalam minggu ni jadi datang kebilik saya minggu depan.'' Bisik Aarav membuat Elly tercengang. Aarav terus mengarahkan Lian untuk mengambil keretanya kerana dia sudah siap untuk keluar. ''Jangan sampai mereka menunggu lama.'' Ujar Aarav. Lian menunduk patuh.

Sudah jelas dia sudah mendapatkan apa yang diinginkannya tapi Elly tidak puas hati kerana jelas-jelas dia hanya dijadikan perempuan simpanan dan Elly boleh membaca apa yang terlintas dimata lelaki itu saat ini. Dia langsung tidak melihat kearahnya walau sudah beberapa kali mereka menghabiskan malam bersama, Aarav langsung tidak berencana menjadikannya pendamping ketua mafia yang sangat berpengaruh ditimur tengah. Elly sangat mengimpikan posisi disamping Aarav dan dia mencoba sebaik mungkin untuk membentuk hubungan yang baik diantara kumpulan Aarav dan juga kumpulan ayahnya yang terkenal sebagai pengedar obat terlarang dan juga dadah. Sebelumnya, Elly tidak pernah kisah seandainya Aarav tidak melihat kearahnya kerana dia tidak melihat sinar dimata lelaki itu. Walaupun dia hanya tempat pemuas nafsunya tapi Elly yakin Aarav tetap akan memanggilnya kembali. Tiada siapa yang lebih pantas mengganti tempatnya yang terkesan dekat dengan Aarav walaupun tanpa perasaan sentimental. Gadis itu sudah cukup dengan hubungan yang seperti itu tapi, malam ini berbeza. Pertama kali Elly melihat Aarav menatap seorang perempuan dengan pandangan mata yang bebinar bahkan setelah sosok itu hilang disebalik pintu, Aarav masih terlihat senang membicarakannya. Aarav membanggakannya, memerhati gerak gerinya dan Elly sangat yakin kalau Aarav berencana untuk menempatkan gadis itu tepat disampingnya, mengganti malah mendapatkan posisi yang diimpikan Elly. Dia hanya menunggu waktu seolah Aarav menjaganya membesar dengan perlahan, menatangnya bagaikan sesuatu yang rapuh dan berharga. Elly menatap tajam kearah pintu bilik Kirania dengan penuh benci dan cemburu.

Tiada siapa yang dapat menggantikannya! Tidak untuk berada disamping Aarav!!.. Elly membuat ikrar untuk dirinya sendiri. Dia bersumpah tidak akan pernah melepaskan tangkapannya kepada orang lain dengan mudah.

Kirania menjenguk keluar tingkap, melihat kelibat Aarav yang hampir bepergian dengan Lian. Gadis itu tersenyum, sekaranglah waktu untuk menjalankan rancangan melarikan diri terbesarnya. Sudah seminggu dia menunggu dengan bersikap bersahaja dan tidak lagi mencoba melarikan diri dan tepat seperti sangkaannya, Aarav mengurangkan pengawasan diseluruh rumahnya. Sebenarnya, Kirania bukan dikurung tanpa boleh kemana-mana hanya saja kemana dia pergi pasti akan ditemani oleh seorang anak buah Aarav dan Kirania sedar beberapa yang lain akan mengekor tidak jauh dibelakang. Oleh sebab itu Kirania tidak suka untuk keluar walau hanya sebatas kekedai serbaneka, semua orang akan melihat kearahnya dan berbisik-bisik. Mereka akan menjauh dan ada yang hendak menelefon polis tapi sempat dihentikan oleh pemilik kedai yang mengenali anak buah Aarav. Hendak masuk campur dalam hal ketua mafia berdarah dingin itu? sebaiknya mereka berfikir dalam-dalam sebelum melakukannya.

Sebaik kereta Hitam SUV itu menghilang disebalik pagar utama, Kirania pantas berlari turun dari biliknya dan terus menuju kepagar belakang, mengikut perkiraannya malam ini adalah malam minggu dan kebanyakan anak buah Aarav akan minum bersama selama ketua mereka berpergian. Bukan Aarav tidak mengizinkan lagipun mereka hanya mendapat waktu senggang seperti ini hanya pada awal bulan oleh sebab itu Aarav tidak melarang mereka walaupun mereka ingin berparty sampai pagi. Kirania hampir bertembung dengan tukang kebun tapi dia sempat menyorok dan menunggu kelibat tukang kebun itu menghilang sebelum mencapai kunci pagar belakang dari dalam poketnya, dia sudah pun mencuri kunci tersebut lebih awal ketika membantu tukang kebun itu tadi pagi. Dia juga menawarkan diri untuk membuang sampah yang membuatnya harus keluar dari kawasan rumah Aarav melalui pagar belakang walaupun beberapa hari ini dia diawasi ketika keluar tapi mereka terlihat lebih tenang kerana tahu dia tidak lagi cuba melarikan diri tapi malam ini, dia akan membuat jalan yang rutin dilaluinya untuk melarikan diri. Seandainya perkiraannya tepat, tepat disebelah luar pagar tiada siapa yang berjaga-jaga dan Kirania tersenyum sebaik melihat tebakannya tepat. Dia berjalan dengan berhati-hati dan berjaga-jaga supaya tidak berpas-pasan dengan mana-mana pengawal.

Sebaik melalui selekoh, Kirania hampir bertembung dengan salah seorang anak buah Aarav tapi dia sempat menyorok dan anak buah Aarav juga terlihat mabuk dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada sekitarnya. Kirania melanjutkan langkahnya sebaik dia merasa keadaan mulai aman tapi, nahas.

Kirania kini diseret masuk kerana bertembung dengan tukang kebun yang difikirnya sudah pun masuk untuk tidur. Sudah tentu, tukang kebun yang bekerja dengan Aarav juga salah seorang anak buahnya. Tidak mungkin seorang tukang kebun biasa akan sanggup bekerja untuk seorang ketua mafia. Sebaik mendapati kunci pagar belakang tiada pada tempatnya, dia secepatnya mencari keberadaan Kirania dan mendapati bilik gadis itu kosong. Nasib tidak berpihak pada Kirania seandainya seorang saja pun dari mereka mendapati dia cuba melarikan diri. Kini Kirania meronta dilepaskan dan dia berdiri dihadapan rumah agam Aarav sambil kedua tangannya dikunci kebelakang. Tidak lama setelah itu, kelihatan SUV milik Aarav kembali memasuki halaman rumahnya. Dia sudah dikhabarkan tentang tindakan Kirania sehingga dia terpaksa memutar kembali keretanya untuk kembali. Dia boleh saja meminta anak buahnya untuk mengatasi masalah sepele seperti itu tapi untuk beberapa hari kebelakang, setiap sesuatu yang berkaitan dengan gadis itu dia sendiri yang akan datang. Lelaki dengan kot hitam dan tato dilehernya itu turun dari kereta dan melihat keadaan Kirania yang sedang meronta, menatapnya dengan tajam. Aarav tersenyum sinis.

''Sudah beberapa hari awak bersikap patuh, semua tu cuma nak buat saya rasa selesa? sekarang awak dapat tahu saya nak keluar terus awak buat perangai lagi?...'' Senyuman Aarav semakin sinis, dia berjalan kearah Kirania dan menatap wajah gadis itu lekat. ''Cakap, sejak bila awak dah buat rancangan macam ni?.''

Kirania merasa sudah tiada alasan untuk dia mencoba menipu sebab lelaki itu sudah tahu semuanya. Dia diam dan Aarav tertawa besar. ''Saya akui kalau awak berjaya buat saya rasa tertipu, memang tak disangka... Ha... Ha...'' Aarav menepuk mukanya sendiri dan tertawa lepas walaupun hanya untuk beberapa ketika sebelum wajahnya kembali dingin seperti ais batu. '' Awak rasa awak akan dapat lari dari saya?'' Kali ini dia kembali seperti sifatnya yang asli. Dia mencengkam leher Kirania kasar membuat gadis itu sesak nafas.

''Tolong... Lepaskan saya...'' Rayu Kirania.

Aarav melepas tangannya dan kini menarik rambut Kirania supaya wajah gadis itu terangkat menatapnya, Kirania mengerang kesakitan tapi Aarav seakan tak mendengar suaranya. ''Awak nak pergi mana seandainya awak dapat lari dari sini?. Saya tak suruh awak bekerja pun dan saya dah tawarkan kerja bagus untuk awak yang saya tak bagi untuk sesiapa yang lain. Jadi, apalagi yang awak tak puas hati?''.

Kirania mulai meneteskan air mata. ''Saya takkan buat kerja macam tu walau awak bayar berapa sekalipun.''

''Heh, awak nak berlagak suci lepas saya sendiri yang beli awak dari tempat pelacuran?.''

Tangis Kirania semakin kuat. ''Bukan saya yang nak berada ditempat macam tu...''

''Saya tahulah orangtua tak guna tu yang jual dan sepatutnya awak sedar sekarang kalau boleh jadi lepas ni si'tak guna' yang lain akan datang dan jual awak ketempat lain pula... Bukan lah macam awak ada banyak duit untuk membayar hutang orang tua tu!'' Aarav melepas rambut Kirania kasar dan membetulkan kotnya.

''Saya akan bekerja kuat, saya janji saya akan membayar hutang awak dan semua hutang ayah supaya kami tidak lagi dikecam pemiutang... Saya akan bayar semuanya... Jadi... Tolong lepaskan saya...''

Aarav merasa loya mendengar kata-kata Kirania yang menurutnya sangat naif dan dungu. Kenapa perlu membebankan diri sendiri dengan hal orang lain? walaupun keluarga sekalipun... Seandainya dia sudah tidak berguna dan hanya menyusahkan, hapuskan saja kerana itu adalah peraturan didalam keluarganya jadi kenapa gadis ini? sangat terdesak untuk ayahnya yang jelas tidak berguna?. Aarav tak dapat memahami pemikiran Kirania.

''Awak nak sangat duit untuk bayar hutang si tua tu?...''

Kirania terkejut mendengar kata-kata Aarav, dia mengangkat kepalanya dan melihat kearah lelaki itu. Aarav terus mencapai seikat uang dari poket kot hitamnya lalu menghamburkan uang itu dihadapan Kirania. Dia mengisyarahkan anak buahnya untuk melepaskan Kirania sehingga gadis itu jatuh terduduk ketanah, tergamam.

''Ambillah.'' Ujar Aarav santai. Seluruh tubuh Kirania seakan terpaku ditempat, dia tidak dapat bergerak dan hanya boleh mengangkat wajahnya mendongak kearah Aarav yang menatapnya dengan pandangan dingin. Langsung tiada kehangatan atau prikemanusiaan didalamnya. ''Kenapa? tak cukup?'' Aarav mengambil seikat lagi dari poketnya yang lain dan menghamburkan lagi uang itu dihadapannya. Kirania semakin terdiam kaku diperlakukan dengan sangat murah.

''Ambil semuanya...''

Saat itu seakan terhenti dan Kirania bersumpah kepada dirinya sendiri. Dalam kesedihan dan rasa harga diri seperti dinjak-injak, gadis itu bertekad kalau satu hari... Dia akan membunuh lelaki ini.

Creation is hard, cheer me up!

Creation is hard, cheer me up!

Charlotte_97creators' thoughts