webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasy
Not enough ratings
18 Chs

Aku akan keluar dan kali ini dia tidak menghalang.

Aarav hanya berlalu dan kembali menaiki keretanya meninggalkan Kirania yang masih terpinga-pinga jatuh terduduk ditanah. Kirania memandang belakang kereta Aarav dengan perasaan benci. Lelaki seperti itu tidak sepatutnya hidup. Gadis itu lemah dan air matanya kembali mengalir melihat hamburan uang disampingnya, dia tidak tahu apakah kesalahan terbesar yang pernah dilakukannya dimasa lalu sehingga dia perlu merasakan sakit dipermalukan seperti ini?. Dua orang pelayan wanita datang dan membantunya masuk, pandangan Kirania seakan memudar melihat bayangan rumah agam milik Aarav yang tersergam dihadapannya.

Dia seperti jasad tidak bernyawa, Kirania menghabiskan harinya hanya dengan duduk termenung ditingkap biliknya. Dia juga menolak untuk makan membuat Aarav sendiri yang mendatanginya. Tubuh gadis itu semakin kurus dan Kirania juga merasa kalau daya tahannya menurun. Dia tidak dapat tidur dan lingkaran bawah matanya menghitam. Sudah tentu Aarav tidak ingin Kirania menjadi mayat dirumahnya oleh sebab itu, dia sendiri datang dan membawakan makanan untuknya tapi Kirania masih bersikeras tidak mahu. Aarav berjalan menghampiri Kirania yang sedang duduk memeluk lutut ditingkap bilik, lelaki itu mencengkam pipi Kirania kasar tapi nampaknya gadis itu sudah tidak mengendahkan perilaku Aarav yang kasar. Sinar dimatanya menghilang dan Kirania seakan tidak peduli apa yang hendak dilakukan Aarav terhadapnya.

''Saya dah cakap, jangan melarikan diri dengan cara membunuh diri...'' Aarav menyuap nasi kemulut Kirania tapi gadis itu masih enggan membuka mulut. Tatapannya tajam kearah lelaki dihadapannya. Aarav tersenyum sinis. ''Pandangan yang bagus, saya harap awak tak akan memilih mati setelah menatap saya dengan pandangan seperti itu.''

''Saya tak akan mati... Tidak sebelum saya dapat membunuh awak...''

Aarav bersiul santai mendengar ancaman Kirania yang menggelikan hatinya tapi juga membuat perasaannya seakan terbakar hangat. Dia sangat tertarik apabila gadis itu mencoba menantangnya. Aarav meletakkan dulang makanan yang dibawanya diatas meja berhampiran Kirania. Dia sempat menoleh sekilas, ''Awak takkan dapat membunuh saya seandainya awak lemah seperti ini. Cepat habiskan makanan awak dan berhenti membunuh diri sendiri secara perlahan. Saya tak berkenan nak bereskan mayat awak seandainya awak mati.''

Kirania menggigit bibir bawahnya dengan perasaan marah. Lelaki itu seakan memperolokkan ancamannya. Dia melirik kearah makanan yang terhidang disampingnya. Perutnya lebih jujur walaupun egonya sangat tinggi. Akhirnya, Kirania mencapai makanan tersebut dan memakannya sehingga habis. Dia tidak boleh kalah, ayahnya berada diluar sana dan sedang diincar oleh lelaki bahaya itu. Dia mesti bertahan dan menjadi kuat untuk menyelamatkan ayahnya. Menjadi lebih kuat dan mempunyai keberanian untuk membunuh lelaki itu.

Aarav melihat sosok wanita didalam mimpinya. Mungkin sudah terlalu lama dia tidak bermimpi dan kali terakhir dia bermimpi adalah melihat sosok ibunya dan mungkin juga malam ini ibunya yang datang kedalam mimpinya. Aarav mendengus kesal. Wanita ini langsung tidak tahu macam mana untuk berhenti menghantuinya. Aarav tidak membenci ibunya walaupun ibunya telah pergi meninggalkannya, dia yakin sesiapa juga akan lebih memilih pergi seandainya melahirkan anak kepada ketua mafia berpengaruh dan terkenal dengan kesadisannya. Dia akan menjadi wanita bodoh seandainya masih tetap setia disamping lelaki seperti ayahnya. Dia sendiri tidak tahu adakah dia layak memanggil lelaki seperti itu sebagai 'ayah?'.

Aarav melihat sosok itu mendekat dan dia mula sedar kalau wanita itu bukan ibunya tapi dia tidak merasa janggal dengannya. Siapa dia?. Wanita itu meluru kearahnya sambil membawa sebilah pisau dan dalam sekelip mata, pisau tajam itu tertusuk dalam kedadanya dan Aarav boleh merasakan kulitnya tersiat perih sedangkan kesakitan yang lebih pedih kini bersarang didalam daging didalam dadanya yang sedang berdegup. Nafasnya sesak seraya tubuhnya melemah dan jatuh terbaring dilantai. Wanita itu hanya berdiri menatap dirinya tumbang dengan sangat menyedihkan. Aah, aku tahu sekarang... Dia, sangat ingin membunuhku... Aarav tersenyum dan menguatkan diri untuk bersuara.

''Adakah kamu gembira sekarang, Kiran?.''

Spontan Aarav terkejut dan terjaga dari tidur sebaik dia merasakan rambutnya sedang dibelai lembut oleh jemari kecil yang sedang menyelip kedalam rambutnya dengan belaian yang sangat memanjakan tapi Aarav langsung tidak merasa nyaman malah dia tidak dapat menghentikan degup jantungnya yang melaju bagaikan paluan gong. Peluh bercucuran didahinya dan matanya membulat melihat sosok Elly sedang berbaring disampingnya sambil mengenakan lingerine maroon yang cukup menggoda. ''Awak bermimpi buruk ke, sayang?.'' Tanya Elly sambil jemarinya yang giat membelai kepala Aarav kini turun kedada bidang lelaki itu yang langsung tidak beralas. Aarav menghela nafas panjang. Dia menekup wajahnya dan bingkas bangkit dari ranjang, menghampiri gelas kaca berisi air diatas meja kecil disamping ranjangnya. Elly hanya memerhati gerak geri lelaki itu yang sedang cuba menenangkan diri sambil tersenyum sinis.

''Sejak bila awak datang?.'' Tanya Aarav setelah meneguk minuman ditangannya dan mula menstabilkan rentak jantungnya yang semakin tenang.

''Sejak awak mula mengerutkan kening seakan-akan ada seseorang yang nak bunuh awak.'' Elly hanya tertawa. Aarav hanya menatapnya dingin dan langsung tidak merasa akan tertawa dengan lawak yang diujarkan Elly.

Aarav mengalihkan pandangannya dari Elly dan mengintip keluar tingkap biliknya yang kini ditutupi dengan langsir berwarna hitam kelabu. ''Saya tak cakap kalau awak boleh masuk kebilik saya dengan sesuka hati.'' Ujar Aarav dingin.

Elly bingkas bangkit dari ranjang dan berjalan mendekati Aarav yang masih membelakanginya. Dia menyentuh belakang Aarav lembut sebelum memeluk sosok gagah itu dari belakang. Dia tahu macam mana untuk meluluhkan pertahanan lelaki terutama dengan bahasa tubuhnya yang sememangnya menggiurkan. Aarav masih tidak berkutik. Walaupun Elly sedang merayunya dengan sepenuh hati, dia meraba kedada Aarav dan mencium leher lelaki itu untuk membangkitkan berahinya dan Aarav mula membalasnya. ''Awak hanya akan membuat kening awak berkerut lagi kalau awak terlalu kisahkan hal-hal kecil. Saya tahu tiada siapa yang boleh masuk kebilik awak tapi awak pasti akan mengizinkan saya masuk kan?.'' Elly menarik tangan Aarav mengikutinya keranjang. Sebaik Aarav berbaring diatas ranjang yang empuk miliknya, dia mula merasa letih dan matanya ingin terus tertutup. Elly berbisik perlahan. ''Saya akan buat awak terlupa dengan mimpi buruk tadi...'' Ujar Elly sebelum mengecup bibir Aarav dengan ciuman dalam. Aarav pun melingkarkan tangannya dipinggang gadis itu dan membalas ciumannya.

Kirania berjalan kedapur untuk mendapatkan minuman dan tanpa sengaja, dia mendengar pembicaraan dua orang anak buah Aarav yang baru saja keluar dari ruang bacaan Aarav dan Kirania yakin kalau lelaki itu masih dibilik tidurnya kerana dia hanya melihat Lian yang berjalan keluar dibelakang kedua anak buah itu, Lian menuju kearah pintu depan dan bukannya Kirania suka untuk mencuri dengar pembicaraan orang lain terutama tentang kerja kotor yang akan dilakukan Aarav atau anak buahnya tapi apa yang menarik perhatian gadis itu untuk terus mengekori kedua anak buah tersebut sambil menyorok dibelakang dinding untuk terus mencuri dengar adalah apabila mereka mulai mengungkit tentang ayahnya. Kirania yakin mereka baru saja menyebut nama 'Annam' dan Kirania teringat kalau Aarav akan mencari ayahnya.

''Nampaknya lelaki tua itu tak bernasib baik.' Ujar salah seorang anak buah Aarav yang sedang menarik tali leher supaya lebih longgar, baju formal jelas tidak selesa baginya.

''Tapi, dia sendiri yang mencari masalah dengan bos. Dia patut tahu dimana dia sepatutnya meminjam uang kalau hanya dihabiskan untuk berjudi. Bos takkan melepaskan Annam dengan mudah.'' Sambung lelaki berkulit gelap disamping.

''Haih, bos tahu dia takkan dapat membayar hutangnya apabila meminjamkannya kepada lelaki itu tapi dia tetap memberikan jumlah yang besar dan kini dia sibuk mencari keberadaannya hanya untuk membuat dia 'membayarnya'?. Semua orang tahu lelaki tua itu tidak akan dapat membayarnya ha ha ha...''

Lelaki berkulit gelap yang terdengar lebih lembut menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ''Semua orang boleh mengagak kalau bos memang tidak berencana untuk meminta bayaran dari lelaki itu kerana dia sendiri tahu lelaki itu takkan ada duit. Tapi, dia tetap meminjamkan uang kepadanya berarti hanya ada satu alasan...'' Lelaki itu menghela nafas panjang, dia tampak bersimpati. ''Memang dari awal, bos berencana untuk membunuhnya.''

Mata Kirania membesar dan lututnya melemah, dia seakan tidak percaya apa yang sedang didengarnya. Aarav? dari awal dia berencana untuk membunuh ayah?... Kirania tidak boleh bertenang dan berfikir jelas. Dia menguatkan lututnya untuk berdiri dan berjalan kearah tangga. Matanya kini tertuju kearah pintu bilik Aarav yang masih tertutup. Mungkin dia terpaksa melakukannya sekarang? seandainya dia tidak membunuh lelaki itu sekarang, lelaki itu akan membunuh ayahnya. Kirania menyelip pisau yang diambilnya didapur kebawah kain bajunya. Dia berjalan perlahan dan sebaik tiba dihadapan bilik Aarav, dia menarik nafas dalam sebelum memutar tombol pintu bilik Aarav yang nyatanya tidak berkunci.

Daun pintu ditolaknya perlahan dan Kirania terkejut melihat Aarav sedang menatapnya dengan tatapan tajam dan yang lebih membuat Kirania terdiam kaku adalah Aarav sedang memangku seorang gadis cantik dalam pangkuannya yang jelas tidak memakai sebarang pakaian pun sambil menutup diri dengan selimut. Dada Aarav yang terdedah menunjukkan tatto yang lebih besar didadanya menjalar keleher menghasilkan sebuah sarang labah-labah dan labah-labah besar berada didadanya.

''Awak perlukan sesuatu ke? sampai awak langsung tak tahu untuk mengetuk pintu?.''

Kirania mula menggeletar sebaik mendengar suara Aarav dan terus pisau yang disembunyikannya dibawah baju terjatuh. Aarav melihat kearah pisau dilantai lalu tersenyum sinis. Dia menyuruh Elly untuk bersiap dan pulang terlebih dulu. Walaupun agak keberatan akhirnya Elly terpaksa patuh dan terus memakai semula pakainannya yang berserakan dilantai. Kirania mematung dihadapan pintu dan Elly sempat mengerling tajam kearahnya sebelum berjalan keluar. Aarav turun dari ranjang dengan hanya mengenakan boxer pendek membuat Kirania tidak berani utnuk menatapnya. Aarav mendekati Kirania dan mengutip pisau yang terjatuh dilantai sebelum memberikannya kembali kepada gadis itu. ''Nampaknya, awak jatuhkan sesuatu.'' Ujar Aarav dengan senyum sinis.

Kirania tidak berani untuk megambil pisau tersebut ataupun berjalan pergi dari hadapan Aarav. Tubuhnya memaku ditempat dan terkunci dengan tatapan mata Aarav yang tajam. Aarav mendekatkan wajahnya dan berbisik perlahan ditelinga Kirania. ''Bukan begini cara untuk membunuh seseorang...'' Aarav menyodor pisau ketangan Kirania dan memaksa gadis itu menggenggam pemegang pisau tersebut, kini hujung yang tajam tertuju kedada Aarav. ''Awak perlu membenamkan mata pisau itu tepat disini dan masukkan lebih dalam sehingga awak hanya dapat melihat pemegang yang tumpul sahaja. Tangan Kirania menggeletar da seandainya Aarav tidak menggenggam tangannya sudah tentu pisau tersebut akan kembali jatuh kelantai. Aarav menarik rambut Kirania supaya kepalanya terdangah keatas, bertatapan dengannya. ''Awak perlu melihat kedalam mata mangsa awak. Lihat kedalam jiwanya dan jangan tarik pisau tersebut sebelum awak lihat nyawanya sudah pun keluar dari jasad.''

Kirania melemah dan pisau tersebut kembali terjatuh sebaik Aarav melepaskannya. Kirania jatuh terduduk kelantai. Dia menunduk dan mula menangis. Aarav hanya memutar bola matanya, dia sudah cukup jengkel kerana tidak dapat menghabiskan urusannya dengan Elly dan dia sudah naik muak melihat Kirania menangis.

''Lepaskan saya...''

''Nampaknya awak berkhayal, saya tak rasa saya tengah mengurung awak.''

Kirania mengangkat kepalanya dan melihat kearah Aarav dengan tatapan yang mula berkaca-kaca. ''Saya akan membayar semua hutang awak, saya janji... Jadi lepaskan saya dan saya akan buat duit untuk membayar hutang awak. Saya akan mengirim bayaran awak setiap bulan dan saya janji takkan lari...'' Kirania mula menundukkan kepalanya hingga batas lantai membuat Aarav sedikit terkilan. ''Jadi tolong... beri saya waktu... tolong kasihani ayah saya, jangan bunuh dia...''

Aarav semakin jengkel setiap kali mendengar nama ayah Kirania dan lebih tepat lagi membenci situasi dimana gadis itu selalu berusaha sedaya upaya untuk membela ayahnya sehingga sanggup merendahkan kepalanya seperti ini. Aarav berjalan kearah ranjangnya, mengambil jubah tidurnya dan duduk santai diatas sofa berdekatan dengan tingkap. Dia melirik keluar tingkap dan langsung tidak melihat kearah Kirania.

''Cepat keluar... Saya sudah bosan melihat awak menangis seperti orang bodoh.''

Kirania mengangkat kepalanya dengan mata yang agak bersinar. Dia yakin kalau sekarang dia sudah pun mendapat izin untuk pulang.

''Pastikan awak mengirim duit pada awal bulan dan pastikan nombor awak dapat dihubungi.'' Ujar Aarav dingin.

Pantas Kirania mengangguk patuh lalu berlari pergi dari hadapan Aarav.