webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Aku benci dia tapi... Aku perlukan dia?...

Dan melihat kelibat Kirania yang sedang sibuk mencatat pesanan pelanggan disebuah restoran yang bertempat berhadapan dengan selekoh dijalan pulangnya dari sekolah. Sudah lebih dua minggu sejak Kirania kembali kesekolah dan dia malah membuat keputusan yang sangat mengejutkan bagi guru kelasnya juga rakan sekelas terutama sahabat baiknya, Dan. Kirania membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan mula bekerja. Sudah tentu dia sendiri tahu kalau dia takkan dapat gaji yang lumayan dengan hanya bekerja sambilan sebaik pulang sekolah, lebih-lebih lagi dia terpaksa mengirim sejumlah uang kepada Aarav setiap awal bulan.

Dan menghela nafas panjang. Dia sangat terkejut apabila melihat kehadiran Kirania dengan tiba-tiba dihadapan pintu rumahnya. Tanpa berfikir panjang, Dan langsung memeluk erat sahabatnya itu. Sudah tentu dia sudah pun melaporkan kejadian yang dilihatnya dihadapan rumah Kirania kepada pihak polis dan petunjuk terakhir yang boleh didapatkan adalah kedudukan tempat pelacuran dimana Kirania dijual dan setelah itu... Kosong. Dan sendiri tidak mengerti kenapa dengan tiba-tiba pihak polis langsung menghentikan siasatan tanpa sebarang alasan kukuh. Tapi, Dan juga sempat mencari tahu kenyataan dengan caranya sendiri dan petunjuk terakhir baginya juga alasan kenapa tiba-tiba pihak polis menghentikan siasatan adalah disebabkan pengaruh besar seseorang yang menutup kes tersebut. Hanya nama, Dan hanya boleh mendapatkan satu nama... Aarav.

Walaupun Dan sudah berkali-kali memujuk Kirania untuk kembali kesekolah tapi semuanya sia-sia. Kirania sudah pun memutuskan dan Dan sangat kenal dengan sikap keras kepala sahabatnya itu. Kirania tahu kalau sahabat karibnya sedang sangat merisaukan dirinya dan juga memikirkan masa depan untuknya tapi, Kirania juga tidak mungkin menceritakan tentang hutang ayahnya yang dipinjam daripada Aarav. Kirania yakin seandainya Dan mendapat tahu pasti dia akan mencoba melibatkan diri dengan lebih dalam sedangkan Kirania mencuba sebaik mungkin supaya sahabatnya tidak terbabit dengan lelaki yang berbahaya seperti Aarav.

Dan duduk dibangku yang bedekatan dengan dinding restoran yang terbuat daripada kaca sambil menunggu Kirania datang dan mengambil pesanannya. Sudah menjadi kelazimannya untuk datang sebaik pulang sekolah dan melihat khabar Kirania. Mereka hampir menduduki ujian semester terakhir dan Kirania melihat sahabatnya selalu datang untuk mengulangkaji juga meminta Kirania mengajarkan hal yang tidak difahaminya seandainya Kirania mempunyai waktu senggang. Kirania turut merasa gembira dengan kehadiran Dan, dia merasa seolah sedang membuat belajar berkumpulan daripada bekerja.

Kirania membuat kerja lebih masa dan sering menggantikan waktu kerja pekerja yang lain seandainya mereka sedang bercuti ataupun mempunyai hal terdesak. Tapi bekerja setiap waktu bukanlah hal yang lazim bagi manusia tanpa berehat. Kirania bukan robot dan tubuhnya mula meminta ampun. Dia mengambil cuti dihujung minggu atas desakan Dan yang menyadari kalau sahabatnya itu sudah terlihat semakin kurus dan dia juga sempat melihat Kirania hampir hilang keseimbangan kerana tidak cukup tidur. Sudah tentu dia akan khawatir. Sejak awal pagi, Dan datang sambil membawakan sarapan dan buku pelajarannya. Dan selalu meminta Kirania untuk membantunya belajar kerana dia tidak dapat menyembunyikan kenyataan kalau sahabatnya itu termasuk rank pelajar terbaik 5-keatas. Kenyataan selalu saja berbeza dengan apa yang kita sangkakan. Dan hanya memerhati belakang sahabatnya yang sedang sibuk membuatkan minuman hangat untuknya. Sekarang sudah masuk musim gugur dan suasana sudah semakin sejuk, Kirania datang membawa dulang berisi dua gelas susu hangat serta sedikit manisan untuk snek mereka belajar. Walaupun dia sudah berhenti sekolah tapi Kirania tidak pernah bosan untuk belajar kerana baginya ilmu pengetahuan itu seluas lautan, walaupun kita termasuk rank pertama pelajar terbaik sekalipun... masih terdapat jutaan ilmu lain yang masih belum kita ketahui. Oleh kerana itu, Kirania tidak ingin membuat otaknya tumpul hanya kerana dia sudah tidak lagi mengambil ujian. Hampir tengah hari barulah Dan meminta diri untuk pulang, walaupun dia sebenarnya berencana untuk menemani Kirania lebih lama lagi tapi gadis itu langsung mencari alasan kalau dia terlalu penat dan hendak berehat. Sebenarnya, Kirania mencari alasan seperti itu supaya Dan turut pulang dan berehat sebelum menghadapi ujian keesokan harinya.

Sebaik sahabatnya beredar, Kirania langsung menghempaskan tubuhnya diatas katil sederhana miliknya dan jelas kalau tubuhnya juga merasa penat kerana terlalu banyak bekerja. Urat-uratnya sekan bersimpul dan bahunya mengeras. Dia pun tertidur. Suara hujan yang turun dengan sangat lebat membuat Kirania terjaga dan tersentak kerana dia terlupa mengambil kain jemuran atau lebih tepatnya terlanjak tidur kerana suasana diluar sudah pun gelap. Akhirnya dia mengeluh panjang dan hanya membiarkan kainnya basah. Ketika dia hendak kembali menutup mata, dia terkejut melihat suasana biliknya yang sudah terang dengan cahaya lampu. Seingat dia, dia tertidur pada waktu tengah hari dan dia langsung tidak menyalakan lampu jadi kenapa... Belum sempat otaknya habis berfikir, pandangan mata Kirania langsung tertuju kearah sosok seorang lelaki bertubuh tegap dan siap dengan segelas minuman hangat ditangannya sedang duduk santai ditas sofa miliknya seolah-olah tempat ini adalah miliknya.

Pantas Kirania mengangkat tubuhnya untuk lebih mengamati sosok yang tidak ada sopan santun itu dan bola matanya membesar melihat Aarav sedang duduk sambil memainkan telefon pintarnya.

''Dah bangun?, saya ingatkan awak dah mati sebab awak langsung tak bergerak-gerak.''

Kirania melihat kearah Aarav dengan pandangan benci, jijik seolah dia sedang melihat haiwan reptilia yang bersisik yang sudah menjadi haiwan yang paling tidak disukainya sejak dulu. Wajahnya berkerut dan dia memasang ekspresi jengkel melihat Aarav sedang menatapnya dengan pandangan kosong, langsung tidak merasa bersalah kerana sudah menceroboh kedalam rumah orang sesuka hati. ''Apa yang awak buat kat sini? Hari ni saya cuti, esok saya akan kirim duit awak...''

Aarav menutup smartphonenya dan menilik kearah Kirania yang sedang berdiri dengan rambut acak-acakan dan muka setengah sedar, dia masih merasa mengantuk walaupun sudah tidur setengah hari.

''Saya bukan datang nak minta duit jadi jangan tatap saya seolah saya ni lintah darat yang akan menyedut darah awak sekarang.'' Aarav melebarkan tangannya dan bersandar pada punggung sofa, membuat dirinya merasa selesa.

''Kalau awak bukan nak minta duit, apa awak buat kat sini?.''

''Melawat...'' Aarav menilik kearah Kirania dari atas kebawah dan naik keatas lagi. Dia menopang dagunya. ''Awak tak makan ke? nampaknya tubuh awak semakin surut.''

Kirania langsung memeluk tubuh dan menghindar dari pandangan Aarav. ''Awak... Awak kisah apa?.''

Masih dengan tatapan bersahaja dan tidak terlihat kisah. ''Mestilah saya kisah, kalau awak mati... Siapa yang akan membayar hutang orang tua tu?.''

''Heh, jadi awak risau kalau duit awak tak kembali?''

''Lebih kuranglah.'' Aarav mengangkat kedua bahunya.

''Awak tak payah kisahkan hal seperti itu, saya boleh jaga diri dan saya akan tetap mengirim duit awak setiap bulan jadi, awak juga harus menepati janji awak. Jangan pernah apa-apakan ayah saya.''

Aarav diam. ''Kenapa saya nak buat janji dengan awak pula?. Keadaan janji ni tak beri banyak faedah kepada saya jadi tak. Saya tak janji.''

Darah Kirania menyirap naik mendengar kata-kata lelaki tak berhati perut itu tapi, dia harus tetap tenang. Satu hal yang dia belajar adalah tiada guna untuk berdebat dengan lelaki ini, dia takkan mengalah walau apapun. Selalu saja berbuat mengikut kehendaknya sendiri.

Melihat Kirania mula mendiamkan diri, Aarav bangkit dari sofa dan berjalan kearahnya. Kirania mengangkat kepalanya melihat kearah Aarav sebaik bayangan tubuhnya mula menghadang cahaya kepada Kirania. Berdiri sangat dekat dengannya membuat Kirania menyedari sedikit sebanyak kelebihan fisik lelaki ini. Kirania baru sedar kalau Aarav mempunyai mata hijau yang langka dan rambutnya yang perang terlihat bersinar dibawah cahaya lampu. Kirania baru sahaja berpindah kerumah apartment yang kecil jadi wajar kalau atap rumahnya sangat rendah dan seandainya lelaki bertubuh tinggi seperti Aarav melompat, kepalanya pasti akan menghentak atap tersebut. Aarav mempunyai bibir atas yang agak tipis dan berdampingan dengan bibir bawahnya yang lebih tebal dan sedikit terbelah ditengah, Kirania larut melihat bibir seksi itu dan mula memikirkan gerak mulutnya ketika makan dan mungkin juga... bibir itu akan terlihat seksi ketika... bercium?...

Tersentak, Kirania tidak sedar kalau dia mula memikirkan hal yang tidak sepatutnya. Mungkin kerana dirinya tidak pernah bercinta dan dia juga belum pernah melihat lelaki sedekat ini jadi imaginasinya mula hilang kawalan. Aarav tidak menghiraukan ekspresi wajah Kirania yang mula merona lalu menepuk kedua bahu gadis itu perlahan seakan meminta gadis itu untuk kembali kealam nyata. Kirania sedikit tersentap.

''Pastikan awak ganti kunci pintu, apartment murah seperti ini penjagaan keselamatannya sangat rendah. pastikan awak memakai baju yang tebal ketika tidur dan...'' Aarav menyerahkan sebuah beg plastik yang terasa sangat berat sehingga tangan Kirania hampir gagal untuk memegangnya. ''Pastikan awak makan dengan banyak. Jangan keluar dalam keadaan seperti mayat hidup seperti ini.'' Dia sempat mengocak rambut Kirania kasar sebelum berjalan keluar.

Kirania melihat kedalam beg plastik tersebut yang dipenuhi dengan beras dan bermacam bahan dapur lainnya, dia melihat kearah pintu dimana kelibat Aarav menghilang dan merasa sedikit terharu. Mungkin... Dia tidaklah seteruk yang disangkakan. Kirania mengeluarkan bahan dapur tersebut dan mulai memasak, nampaknya dia akan makan besar malam ini. Tanpa sedar gadis itu tidak hentinya tersenyum sendiri. Mungkin pertama kali mendapat hadiah seperti ini? tak, Kirania tak merasa kalau mendapat beras dan bahan dapur akan sangat menyenangkan. Mungkin, kerana dia sangat terdesak untuk duit tapi bukan kerana ini, ada satu hal yang membuatnya sangat bahagia sehingga tidak henti-hentinya tersenyum.

Adakah aku merasa bahagia kerana dia ambil berat?....